Sunday, November 20, 2011

berita terbaru

salam & hye everyone.
such a long time, i dont post anything about myself to this blog.
maybe hidding from someone.
ye lah..
hide from last memory that kept haunting me..


it almost 2 month i've already make myself as ninja girls.
hehe.

sejak akhir-akhir ni, pelik je rasanya.
kenapa pelik?
bulan ni ada sorg yg lamar. melamar jd suri hidupnya.
last month, 3 orang!
erkkk~

adui..kes berat ni.. hehe..
yg x berepa betul (senget) pinang main2 tu..
boleh jalan lah.. *budak2*
kalau yg serius tu.. kena banyak lagi kena fikir.
sebab ada rezeki akan sambung pengajian di luar.
insyaAllah.

ada hikmah kisah lalu trputus di tengah jalan.
di saat Allah amik matahri dari sinar hidupku dan uji aku dengan hujan dan ribut, sebenarnya Allah nak beri pelangi..
:)

semangat nak hidup mesti di besarkan kembali.
eh, bukan lah nak kata masa DUMP him.. i feel like wnt to kill myself..no..
tak nangis pon.
cumanya, rasa lebih tenang..
meskipun dulu ckp> nak hidup sama2..(janji budak2)
hehe..


new story...
btw, alhamdulillah.. novelku > soul mate sudah di terima oleh gang2 penerbit galeri ilmu.
ada lah 50% based on my true story.
the rest> hasil pengolahan cerita sendiri.
huhu..
hopefuly, cerita ni bagi iktibar pada semua teenager kat luar sana..esp> muslim~

well, novel kena tambah lagi 150pages. sbb penerbit nak novel  jenis novel dewasa ni lebih dr 400pages.
before ni 250 pages..
:P

alhamdulillah nak dah proceed..siap almost 70%..
insyaallah, kalau ada rezeki akan keluar di semua kedai2 buku>MPH,popular & semua kedai buku..
terbitan galeri ilmu. tajuk> soul mate
:)
nama pena? Zeeshan Heikal.

benda best bulan november ni jgk> my cat> kunyit..
dapat 6 kitty..
seronoknya..
have fun habis...
:D


now dlm prepairation with novel tht going to release soon..then my agenda to fly abroad .continue my studies..
:)
insyaAllah kalau ada jdoh, bertunang ke nikah ke..
errkkk..
dengan siapa pun tak tahu..
kawan umi, ada dok tanya2 jugak ni..
amboi2...
terasa mcm hot stuff la pulak..
hehe...
ape2 pon, kena istikarah lagi..
bukan senang cari bakal suami. orang yang nak lead kita, kena betul2 pilih.so, make a wise decision.
peluang & ruang masih di buka.
apa2 pun, doakan yang terbaik untuk semuanya.
ok?
oklah, catch u later.



my favourite song. hehe.. 

take care all.

love,
aliahelmi

Monday, October 17, 2011

AKU NAK MATI!!

AKU NAK MATI!!


Salam alaik’....
Umum tahu saya ni suka menulis artikel di blog sendiri mahupun di nota2 fesbuk.
Btw, title tajuk> takda kaitan dgn penulis. :)
Di sebabkan ‘kelazatan’ dalam bidang penulisan ini membuatkan saya gemar mencurahkan idea mahupun berdiskusi tentang sesuatu tajuk tanpa prejudis serta masih menitik beratkan Islam.

Baru-baru ini saya di kejutkan dengan seorang kenalan yang kata, dia mahu Allah matikan sahaja dirinya. Tak mampu baginya untuk mengharungi dugaan hidup yang di hadapinya. Serta meminta di hilangkan ingatan agar kisah-kisah sedih dan duka dalam masalah hidup boleh lenyap begitu sahaja.

Tindakan saya? Tersenyum melihat keletah manusia yang berada di dunia serba teknologi dan modern, yang bodoh.
Ya, tidak keterlaluan rasanya memberi gelaran itu. Meminta untuk mati segera macam mee segera dan minta hilang ingatan macam sesi drive through?

Acap kali saya mengingatkan mereka yang mengadu perihal ini supaya mendalami Quran. Ya, dalami Quran. Itu solusi terbaik.
Namun jawapan yang saya terima, “aku dah baca Quran, tapi aku masih rasa masalah ni beban dan Allah kejam teradap aku”.
Apa jenis ‘reptilia’ anda ini?
Kalau engkau benar-benar menghayati ayat suci Allah, kalam suci itu. Aku yakin hati engkau tenang umpama lautan  yang di tinggalkan sejuta tahun.
Kalau engkau benar-benar taddabur dengan Quran, kau tidak akan gelisah umpama cacing di gigit api mentari.

Kalau engkau benar-benar mempercayai Allah swt sebagai pencipta, engkau tidak akan mempersoalkan apa yang telah Dia tuliskan dalam karya agung hidup mu yang sudah tercacat di loh mahfuz.

Apa kau sudah lupa makna kufur nikmat?
Apa kau belum mengerti konsep syukur?
Apa kau buta dengan di katakan syukur dengan nikmat?

Muda-mudi sekalian.
Aku berbicara bukan kerna nama. Ya, jauh aku merunung manusia yang sering menyalahkan takdir dan berkata dunia ini kejam.
Sedarlah manusia! Andai kau pencinta ayat-ayatNya, kau pasti mendengar ayat ini “Allah tidak akan memberi ujian selagi kau mampu untuk menanggungnya”
“Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”
“Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada engkau sahajalah kami memohon pertolongan”

Tahukah kau, Allah tidak beri ujian ini melainkan kau mampu?
Jika kau merungut-rungut, apa kau sedar kau ini maksum? Tiada sekelumit debu dosa yg ada di badan mahupun rohmu? Maka dengan itu kau tak layak menerima ujian?
Klasifikasikan kembali diri kau, apakah kau Tuhan atau hamba? Jadi layakkah seorang hamba mempersoalkan ujian yg diberi kpdnya?


Atau jika kau masih dalam kebodohan yang nyata, luangkan lah masa kau membaca surah Az-Zalzalah. Ini terjemahannya;
1.     Apabila bumi di gegarkan dgn gegaran yg sedahsyat-dahsyatnya
2.    Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya
3.    Dan berkatalah manusia (dgn perasan gerun) ; “apakah yang sudah terjadi kpd bumi?”
4.    Pada hari itu, bumi pun menceritakan khabar beritanya
5.    Bahawa Tuhanmy telah memerintahnya (berlaku demikian)
6.    Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk di perlihatkan kpd mereka (balasan) amal-amal mereka.
7.    Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah (nuclei atom), nescahaya akan di lihatnya (dalam surat amalannya!)
8.    Ddan sesiapa membuat kejahatan seberat zarrah (nuclei atom(, nescahaya akan di lihat (dalam surat amalannya!)

Hadirin-hadirat sekelian pembaca artikel saya. Jika di baca ayat di atas, apa kalian masih mahu meminta mati?
Apa amalan kalian kerjakan sudah cukup melayakkan kalian untuk cium bau syurga?
Jikalau bau syurga kalian tidak layak untuk hidu, apakah kalian layak menjejakkan kaki ke dalam syurga?
Apa kalian ingat hidup sbg khalifah di atas bumi ini umpama kartoon ‘spongebob’?
Kalau mati, boleh hidup balik. Dan ulang seberapa banyak kalian mahu.
Ingat, mati adalah tempat istirehat yg tiada jalan kembali untuk hidup. Hanya kehidupan ketika alam baru kelak, alam akhirat.



Mahu di beri lupa ingatan?
Apa kalian fikir ini umpama drama? Nanti boleh sembuh bila sampai waktu.
Tak pun, umpama novel karya luar negara ‘remember me’ ?
Apakah kalian lupa kejadian otak dan keberkesanan akal fikiran melakukan kerjanya?
Apakah kalian lupa, yg membezakan manusia dan haiwan itu bagaimana?

Apakah itu cara manusia yg mengaku hidup di zaman berteknologi seperti ‘real steel’ berfikir?
Apa guna jadi manusia, jika keajaiban dunia tak di terokai.
Apa guna jadi manusia, andai tidak mengenal Sang Pencipta.
Apa guna jadi manusia, andai dunia masalah menjadi titik kematian sebelum tiba waktunya.

Sedarlah manusia, dalam doa yang kau kirimkan pada Allah tiap kali selepas solat
“ya Allah, ampuni dosaku, kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sprt mereka mengasihiku ketika aku kecil dahulu. Jangan lah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau beri nikmat kurnia. Sesungguhnya aku manusia yg mudah lupa dgn kurnian-Mu”

Contoh nikmat kurnia?
-Islam
-nyawa
-oksigen

Tiga-tiga nikmat ini seharusnya sudah mengajar kita apa itu nikmat mengsyukuri.
Nasihat untuk diri saya mahupun anda, lebihkan lagi waktu bermunajat di tengah malam. Mencari ketenangan dan menginsafi.
Akhir kata dari petikan surah An-Nasr ayat terakhir ;
“maka ucapkanlah tasbih dgn memuji Tuhanmu dan meminta ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat”

tolong lah 'REBORN' diri dari masalah. Belajar menjadi muslim sejati dan bertindak menggunakan otak dan bukannya kaki!

Wallahualam

-aliahelmi/ZH-

Tuesday, October 4, 2011

Better LATE than NEVER









salam.
entry ke-4 untuk hari ini.
hmm...
hari ni, abi again ingatkan aku tentang study.
alhamdulillah.
tapi abi soh aku amik kos yg aku tak suka.
guess what?
dia suggest amik law or TESL.

erk. aku just mampu tersenyum, rupanya dah lama abi nak target aku untuk jadi minah lawyer!
:P

how can i say, semua ni aku tak minat.
sangaat...
eventough aku sangat berbakat. markah oral/speaking mse SPM> aku full marks.
:)

my passion was> post mortem.

tergiang2 di telinga "nanti kawan2 kamu dah grade, kamu tak habis belajar lagi"
sigh~

actuarlly, i'm not straight A's student just like u.
but, with my passion.i want to work hard and show that i can perform.


aku akui, ambik jurusan medik ni penat, tapi tak susah pun kalau kita minat.
mungkin jalan aku tak macam kawan2 yang semua A dlm SPM untuk terus sambung medik.
tapi aku percaya dengan usaha kuat, aku boleh perfom well.

as my dad told me, u work smart and we always keep supporting u.
*terharu okeyyy~





ingat jadi doktor ni result kene smua jaid jiddan ke baru layak? kne 4 flat baru layak?
cuba tanya doktor2 yg dah grade skrg lah. ape dorang masa bljr dulu smua jaid jiddan & 4 flat?
nahhhhh~
takdanya!
yang penting konsisten dan bermatlamat dalam mencapai cita2.
aku percaya pada benda tu.




now, kalau orang cakap macam2 kat aku.
aku tak pernah nak amik bother if takda unsur2 positif.
sebab yg nak tentukan hidup aku, was me. and i only need positive words to make myself foward.

insyaAllah aku mampu.
doakan kejayaan.
amin ya Rabb~



(permudahkan urusanku dan sinarilah hidupku dengan keimanan)


-aliahelmi-

nilai sahabat




salam & moshi-moshi.

ni entry ke-3 untuk hari ni....


semalam, aku bersama seorang sahabat keluar sama2, sama2 mencari ketenangan. bermusyawarrah.
kongsi2 ilmu. aku pun tanya ilmu2 yg dia bljr kt UITM tu.
huhu
seronok.
aku harap sahabat aku tu pun seronok dapat keluar bersama dengan aku.
kami pusing bandar raya Ipoh & picnic.
motif kami, pergi ke taman2 yang terkenal di Ipoh ni, taman DR, then taman Polo. last sekali  ke Ipoh Parade. carik buku.

2 hari lepas, aku berkesempatan mengajar sahabat aku tu buat kek.
harap2 ilmu tu bermanfaat untuk dia.
dan dua hari lepas aku serta dia bersama seorang lagi kawan keluar ke taman Botani, berpicnic.

semalam masa keluar dgn sahabat aku tu, dia cakap> "budak bilik aku cakap, tak malu ke kawan dengan orang macam ko. yelah kau pakai purdah kan"
"aik, mana budak bilik tahu aku pakai purdah & ko kawan dengan aku?" soal aku hairan.
"dia nampak aku bukak wall fb ko time aku online" kata sahabat aku ni.
"owhhh"
"tapi, aku balas balik kat budak bilik aku tu yang aku bangga kawan dengan orang-orang macam ko. sejuk hati aku. tenang" kata sahabat aku sambil matanya melihat jalan, sambil memandu dia bercerita tentang itu.

aku hanya mampu tersnyum di balik purdah.
Alhamdulillah, dapat jugak sahabat yang menghargai aku. bukan main dia back up aku.
huhu.



semalam kami pakai JUBAH, sama2 pakai jubah warna hitam.
dah lama tak borak dengan dia since aku habis sekolah. aku form 4 aku masuk asrama.
bila kami borak2, last2 kantoi yang kami ni minat Taylor. watak jacob dalam twilight!
haha..

aku senang bila kami bercerita, sama2 senyum.sama2 seronok.
menikmati persahabatn.
indah, tak dapat aku ungkap dengan kata2.





dalam bersahabat, tak perlu lah nak menilai dari segi pakaiannya.
janji sahabat kita itu baik2.buruk pakaiannya hanya Allah yang boleh nilaikan.
tiadalah kita punya hak untuk menilai pakaiannya, mahal atau berjenama, bertutup atau terbuka.


aku rasa,semua tahu previous university aku mana kan?
terus terang aku cakap, mostly kawan-kawan di sana jenis berada dan tak berapa bother tentang aurat.
tapi jujur aku cakap, mereka sangat menghormati aku. dan kalau mereka rosak sekalipun (clubbing) mereka tak pernah memesongkan aku. mereka tak berburuk sangka.
aku hanya mampu berdoa agar Allah buka pintu hati mereka untuk lebih mengenali Allah.
so, dalam konteks persahabatn tu. aku tak layak nak judge life dorang, pemakaian dorang.
tu semua dia dengan Allah. Allah je layak menilainya.
jauh di sudut hati, aku bersyukur dorang menghormati pendirian aku & ikhlas berkawan dengan aku.
aku ada ramai kawan lelaki di sana, kawan kelas. almost semua perokok.
tapi bila kami ramai-ramai2 keluar makan lepas habis kelas, bila dorang nak merokok, dorang mintak izin atau dorang gerak gi meja lain untuk merokok.
bertapa dorang hormat aku, aku jugak berdoa aku sentiasa menghormati kawan2 aku. dan aku mendoakan mereka menjadi baik di mata Allah.





bulan lalu, aku dapat seorang sahabat baru jugak. budak lelaki.
baik orangnya meskipun orangnya tu sedikit lurus & MONTEL.
hehe..

aku seronok bersahabat dengannya. dalam kesibukkan dia membuat contest paper reseach dia, dia sempat carik CD Opick yang aku pesan (if sempat & if jumpa) semasa dia di Jakarta semperna festival tentang petroluem APOGCE 2011.


whatsoeva.
:P
some more,aku dapat buku best dari sahabat ni.thanks again.






alhamdulillah, di kurniakan sahabat di sekeliling aku yang baik2 hati. kadang2 sahabat aku ni lah yang sumber inspirasi untuk aku kuat dalam bidang yang aku ceburi, dalam bidang perubatan & pada masa yang sama aku penulis bebas.
kritikan dan nasihat mereka membuatkan novel yang aku tulis semakin mendapat perhatian pembaca.
sahabat-sahabat aku ni juga, baik. setia dan sudi mendoakan kejayaan aku.
aku bersyukur sangat, malah aku juga mendoakan kejayaan mereka.



bagi aku, tu definisi seorang sahabt.

nikmat mendapat seorang sahabat ialah, dia mampu membuat aku tersenyum dan aku membuatkannya tersenyum juga.
dan bila berduka, kami sama-sama menangis. serta aku memberinya semangat dan begitu juga dia. dan dia tak mahu melukai hatiku serta aku juga. dan kami senang dengan kejayaan masing-masing.


bukan senang nak dapat seorang sahabat meskipun di sekeliling kita penuh dengan kawan-kawan.
:)


sesungguhnya jangan pernah berhenti berharap kepada Allah dalam hidup ini, atau kita tidak ubah seperti mayat.

carilah sahabat. jangan penah penat okey?
selamat berjaya.





-ALIAHELMI-

bercinta LAGI

salam and hye.

2nd entry for today.
kadang2 benda yang membuatkan kita benci untuk ingat, bring benefit act. meskipun sikit.
:)
as shown in Quran, Al-Baqarah:216
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

aku pernah ada pengalaman cinta MONYET.
uuuuukk.uuuukk.. (bunyi monyet) :P

faedah yang aku pelajari, aku lebih menghargai buku, mencari ilmu.
:)
yang tak berfaedah, semua aku dah tinggalakn. *mmng patut break lah* haha..
:P
tu zmn kanak2 ribena.
:)

hari ni, aku bercinta lagi..
jengggg..
suspen!

bercinta dgn buku lah chaaaa...














special thanks kpd kwn sy sbb almost 90% ni semua buku dia.
cuti ni, rasanya dah plan untuk menghabiskan waktu dengan membaca bahan yang lebih relaks.
bila bukak semester baru, banyak buku akademik nak kena baca.
pening~
haha..

my book > bercinta kerana Allah & pilihan terbaik kisah aneh dan iktibar dari Mekkah.
siapa nak pinjam, boleh2..
:)


bagus jugak baca buku2 ni, boleh cari idea untuk tambah dalam novel.
:)


oklah, nak sambung baca buku, Great Discoveries.


bye~wslm

its just a PUPPY!





salam & hye everyone.
yeah, from here i can see you half sawan sebab i tak update blog since Ramadhan.
i'm sorry for that dear.

bukan apa, kadang-kadang hati ni dah berkobar-kobar nak type, bila sampai depan netbook> you-tube menggoda!
hesh~
astagfirullah..
:)

yup, rasanya tak terlambat nak wish selamat hari raya. meskipun last syawal 4 hari lepas.
:P

chill sudah.
i baru balik afrika, jadi lambat sikit.. hehe.. *pertukaran waktu.

owh, hari ni nak cerita pasal anjing.

"omaigod, comelnya anjing tuuuuu" kata sumi-sumi kepada lolipop.
"kau gila, anjingkan haiwan yang haram. mana boleh pegang anjing, berdosa!" confident muka lolipop.
"aiikk, sedap hati kau cakap aku gila. weii, aku sumi-sumi lah" marah sumi-sumi
"pegang anjing tu berdosa kalau ada keadaan yang darurat & ada sebab?" sambung sumi-sumi.
"dulu time sekolah, ustaz cakap camtu" lagi sekali minah ni buat muka confident konon.
"woi, kau tu yang tak habis belajar. time belajar dalam kelas, kau gi main dengan coklat sape suh? kan dah mengong kepala kau. ni mana ada berdoasa pegang anjing tu. kalau 2-2 kering, si pegang dan yang di pegang, tak perlu di samak. kalau salah satu basah, kena samak dengan air tanah. lagi satu, kalau dah emergency boleh je pegang. sebagai contoh kau nampak ada puppy yang tersepit kat dahan pokok, ko boleh alihkan pokok tu and pegang puppy tu. atau kerjaya kau nanti sebagai doktor haiwan. faktor kerja untuk menyelamatkan haiwan. tapi ada limit lah, kalau Allah kata benda tu haram kena tengok dari sudut apa haramnya. kaji betul-betul. memang haram, tapi ada beberapa sudut yang boleh kita pegang kalau kedaan darurat" kata sumi-sumi
"eleh kau ni, ya lah tu cakap kau ni" perli lolipop.
"ni, yang kau pegang tangan boyfriend kau hari-hari tu tak haram ke? cara kau suci balik dosa kau tu? guna air samak ke?puiiiii~ takde kan?pernah kau terpikir, kalau kau peluk-peluk boyfriend kau. pastu kau gelabah cari air tanah nak samak? ade? puiiii~ takda! owh kalau bab anjing tu, cepat sangat kau cakap haram, yang bab boyfriend kau tu? hape?" berapi-rapi ayat sumi-sumi bagi ceramah FREE.
lolipop sentap then buat muka cmni =.=' (ok fine)


the END.

apa ya mesej dalam short story kat atas tu?
mesejnya, soh u all ke kedai beli sumi-sumi & lolipop!
haha..
memang takkk lah kan..
benda yang nampak haram, tak semestinya boleh buat berdosa. tapi benda yang tak nampak haram pun boleh buat dosa.
macam pening kan?
haha..
bagus, pergi beli panadol. pastu baru sambung balik baca entry ni..
hehe..
:P


ada cerita lain nak kongsi lagi ni.
di besarkan dalam keluarga yang ada duit ini, benar-benar mengajar aku erti bersyukur.
hmm...
ape taknya, umur aku 7 tahun. aku dah pernah ikut abi site projek. tengok pekerja abi susun batu, kacau simen> last> jadilah sebuah rumah/rumah kedai/sekolah and macam2 lah.
umur 8,9 tahun> aku dapat naik backhore naik krain. and so whateva.
dengar bunyi orang buat piling (bakkk 'anngggg, bising gila dow!)

setengah family or anak gadis tak pernah rasa nikmat macam aku dapat..
:)
pekerja warga asing ayah aku dok pnggil " cik! jangan main kat situ. bahaya, ada paku!"
hehe..
aku dah biasa dengan semua tu.
sejak kecil jugak, abi akan bawak makanan2 atau tulang2 ke tempat kerja untuk bagi anjing makan.
sampai anjing yang garang pun, goyang2 ekor bila nampak abi datang. suka!
jinak.
tapi kami takda la pegang. sebab takda purpose pun nak pegang.so tak payah.


aku nak tanya lah korang, berapa ramai kat sana ada persepsi buruk dengan makhluk Allah yang lain?
mesti malu-malu nak cakap kan?
berapa kerat dari kalian ikhlas dengan kejayaan kawan-kawan kalian?
berapa kerat dari kalian mengsyukuri menjadi sahabat yang lain?

hmmm....
di besarkan dalam macamana jenis keluarga sekali pun, jangan lah nak angkuh or perasan AWSOME.
muak okeyyy.




cerita balik pasal puppy.
dua hari lepas, abang aku yang jaga site projek ayah kat sri iskandar cerita ada puppy kecik mati lemas.
kat lopak air kat site projek.
abang aku cakap, dia kesejukan & macam terhimpit dengan benda berat kt site projek.
aku ni dah la animal LOVER. jadi, tacing sikit bila dengar citer tu.
timbul rasa kesian.
dalam syahdu dengar abang aku cerita pasal puppy yang kasihan tu, dia tiba-tiba marah.
(bakkk 'annngggg, tekejut dow!)
dia cakap pekerja kt tempat projek baling batu besar kat puppy lain.
*standard lah kat tempat pembangunan projek ada anjing,or anak-anak anjing)
abang aku pon sound lah worker dari negara jiran tu.
"heyyy, apa pasal pukul anak anjing tu, kenapa baling batu?" abang aku ni spesis penyayang sikit.
"bos, saya tak suka itu anjing!"
"kenapa nak pukul anak anjing tu? dia pun mahu hidup jugak! sekali lagi saya nampak kamu pukul itu anak anjing atau anjing lain, siap kamu!"


aku kurang suka cakap dengan orang yang rendah IQ ni. aku cakap
 " nasib baik aku tak gi site projek tu, kalau tak, memang aku hempuk worker tu" hehe...
agama kita tak pernah ajar untuk membenci. tapi agama kita cakap untuk menghargai.
ada sebab kenapa Allah cakap kita tak boleh buat itu ini, tapi janganlah kita menghukum dan menyeksa benda yang takda dosa dengan kita tanpa pertimbangan akal.
benda itu lansung tak menganggu gugat kita, so why must kita torchue dia?

for me, its just a puppy. baru nak belajar erti hidup. apa dosa dia? dia tak berakal, dia tak da harm kita pun. kita tiba-tiba nak seksa dia.
bodoh lah namanya, kita pun macam haiwan jika kita behave like that. pukul anjing or babi tanpa binantang tu harm kita.
Islam just cakap benda itu haram untuk di bela sbg haiwan peliharaan (alau takda purpose, tak payah pegang), di makan.
so just follow yang tu jelah.
takda pulak Islam cakap> semua haiwan yang haram ni> perlu di pukul sampai mati.
takda.
so, tak payah buat fakta baru.
kang dapat pulak huruf 'F' lain kang.
hmmm...


meskipun anjing haram di pegang tanpa tajuan, haram di makan.
kita semua makhluk Tuhan, jadi tak wajar sebab itu kita nak benci lalu menderanya atau membunuhnya.
only looser je nak harm benda yang lemah.

aku bela kucing kat rumah ni, si kunyit tu.
aku bagi je kunyit tu makan.
ada tulang-tulang lebih, aku campak kat dalam rumah jiran depan yang bela anjing tu.
& ada anjing jinak yang tak bertuan yang datang ke rumah aku menjelang malam.
anjing2 yang garang ni, kalau nampak aku kuar rumah , bukan main dia goyang ekor suka!
tambah lagi kalau aku panggil dorang dengan nama manja "puppy!" (padahal anjing tu dah beso gadabak)
hehe...
nilai kemanusiaan tu penting, jangan lah di buang.
please show some MERCY sikit untuk haiwan.



bagi jelah binatang apa2 pun makanan.
aku respect lah orang2 barat ni dari segi kasih sayang.
kalau haiwan injured atau teperangkap kat ceruk mana sekalipun> dorang ada specialist untuk rescue haiwan2 ni.
dorang kalau haiwan tu bisa macamana, buas ke ape ke. dorang tetap try untk dekati.
sbg contoh host rancangan crocodile hunter tu, Steve. mendiang sangat mencintai haiwan.
dalam agama tidak menjadikan kita sebagai kejam kan? kita di ajar untuk menyayangi haiwan dan alam sekitar serta semua yang ada di bumi & langit sebagai tanda kita menikmati ciptaan-Nya.


so, motif hari ni punya penulisan.
aku nak remind korang.
haiwan haram ni, haiwan juga. tp jangan lah seksa dia.
agama Islam just mention, haiwan ni haram. tapi takda mention> perlu bunuh/pukul/seksa.
kalau kita buat,
kita yang berdosa.

tu je.
saje nak bawak citer tentang anjing~
hehe..
k, bai~



lalalalala...
wslm.


-aliahelmi-

Wednesday, August 31, 2011

aliahelmi = niqabi ?

salam and hye!
:)

di kesempatan yang ada, saya nuraliah bt helmi (aliahelmi) ingin mengucapkan selamat hr raya, maaf zahir & batin buat pembaca/follower blog.
dah lama tak update blog.
maaf ya.
:'(





alhamdulillah, Ramadhan benar-benar mengajar sy menjadi muslim yang baru.
di harap amalan2 di bulan Ramadhan yg lalu tak hilang mcm tu shj, ttpi tetap akan menjadi amalan2 kita di waktu bukan Ramadhan juga.
syukur alhamdulillah, Ramadhan ni juga sempat kita nak merasa sampai ke penghujungnya.
bagaimana dgn Ramadhan thn dpn? harap2 Allah masih bg kita peluang nak rasainya.
:)


Alhamdulillah, sejajar usia makin meningkat (20). ada yg perlu di touch up dlm diri ni.
perubahan sikap, perubahan dan peningkatan jiwa/spiritual/diri...

27.8.2011.
tarikh yg sy tanpa sedar sy amik untuk menjadikan sy wnita 'ninja'.
hehe...
di hadapan cik elifah dan cik padilah.
korang sgt supporting. tarikih kita ziarah ke rmh ank2 yatim jasa di Manjoi.

tp tarikh sebenar was 28.8.2011.
:)
alhamdulillah perjalan sebagai niqabi brmula.
ya Allah, ku mohon.. kuatkan semangatku, kuatkan rasa istiqamah ini ya Allah.

terima kasih shbat2 yg mmberi skongan moral dan nasihat.
hanya Allah mampu mmbalasnya. terima kasih juga atas doa2 yg kalian kirimkan itu.
:)



kenapa tiba2 sy nak pakai?
mesti ramai tertanya2 kan?
heeee~

alhamdulillah sy di kurniakan umi yg solehah.
mungkin ni antara pnyebab, nmpak umi lebih tenang dgn imej begitu.
btw, sy bnyk buat research tntg 'be a niqabi' .
:)

mendengar cerita umi, how she decide to be a niqabi. she said, she live in house yg housematenya pakai jilbab labuh, then ada yg brpurdah. solat pun slalu jemaah..
ada kawan umi masa tu ada yg nama aliah & aqilah. my name ngn my lil sis di amik dr nama dorang. :)
ada kwn2 hadiahkan tudung labuh untk umi. :)
dlu umi x berjilbab tau.
alhamdulillah, Allah pilih umi untk sampaikan hidayah tu. akhirnya umi berjilbab dan brpurdah
pada 4 januari 1983.
4 januari??? woooo..sama tarikh ngn my besday!
:p
tapi mine> lahir january 4 year 1991 lah.heeee~

dlu masa zmn sekolah, rmai yg ckp> "itu mak ko ke aliah? mak ko tabligh ye? bila ko nak pakai mcm ko? muka mak ko cmne?"
soalan2 cepu mas betullll...
kuangajjjaaaq nooh!
tu soalan2 stndard la..
chill..
meh sy jwb soalan2 tu.
yes, itu mak aku... comel kan? hihii
mak ak bukan tabligh.. dia muslim biasa mcm kita juga. :)
bila? bila Allah dah titipkan rasa berniqab tu. (alhamdulillah now dah)
muka mak aku? mcm muka aku lah.. tp lg cntik, kulit dia xda wrinkle then licin habis... bersih.....
bukan cm aku dlu2, time sekolah.. jerawat bersepah!
:p






kelebihan,
bg sy menjadi niqabi bukan trletak pd> wowww... pkai purdah wanita solehah!
tp, sbrnya> pd nilai akhlak yg kita jaga/nilai kurniaan Allah yg kita rasa begitu precious smpai kita nak jaga dan beri pd mereka yg ada kaitan keluarga dan suami shj yg lihat. atau mereka2 yg kita yakin,  tidak akan timbul/adakan fitnah jika lihat wajah kita.

jgn risau, be a niqabi> bukan wajib lahhh..
chill sudeh~
:p

selain itu, secara tak lansung, org akan rasa nk lebih dekat dgn kita. esp kaum muslimah. bila bjabat tgn, kita rasa nk brpelukan. ukhwah tu makin MESRA. kita nampak org, kita nak bagi salam or dia akan bg salam.
saling mendoakan kesejahteraan org lain.


kena faham apa cabaran2 seorang bergelar niqabi.
apa yg sy rasai *spnjang be a niqabi* terasa lebih nyaman, meskipun mind set org kata> panas gila dow..
ttup2 bagai ni...
:)
cik abg/cik akak.. panas tu kejap je... sy tgh 'praktikal', risau dgn kepanasan di alam akhirat.



plus, msa ni iman kita makin di uji2...panas terik, nak mkn pon> cm sikit sawan.. (beginer)
hmmm..
kadang2 risau jugak.
lolz... diri ni kuat dah ke? ckup ke 'suppliment' yg di amik before ni?? ke kena tambah lagi?
huhu..
apa pun, sy akan cuba kuat ya. mohon doakan sy sukses.


mirah/najihah : kenapa kak aliah pakai purdah? tak panas ke?
me: rasa macam nak lebih dekat dgn Dia. sbb kak alia rasa tak cukup dekat ni dgn Dia. hmm..
alhamdulillah tak panas, kat sini kan ada kipas. kang naik kreta> ada aircond! :p

mak busu : sejak bila pakai purdah ni liya? boyfriend kau suruh ke?
me : alhamdulillah sejak Ramadhan. hish, untunglah bf kpd sesiapa pun, kalau di suruh gf pkai purdah, terus gf pakai purdah. alia pakai atas diri sndiri. plus, dah lama break up... now single mingle.. tak da kaitan dgn bf bagai. BERSIH dr gossip liar ni smua.. insyaAllah. hehehe...

:)


now, takda la isu... bdk2 skola agama boys boleh tahu tgok pp girl bila dorang *girl2* ni senyum lebar2....
*hnya mereka yg faham je tahu. :p
now, kalau senyum... hnya 'smiley eyes' shj yg berbicara.
:)

namun, prjalanan menjadi seorang doktor pakar forensik masih di landasannya.
insyaAllah, kalau smbung studydi egypt> takda hal nak pakai purdah. tp kalau ke manipal or bangelore...
myb during lecturer cls je kot 'off' sebentar. hormat lecturer asing, kang dia ckp "aliah, are u sleeeping!"
then kalau kerja, myb dlm bilik ruangan mayat tu> pkai mask ..cm doktor2..
kat luar, mcm biasa.. niqabi..
kalau dpt hubby yg rajin brusaha.. dan bkemampuan nak sara> myb tak kerja. jst kerja doktor personal mana2 company or family je.
:)


kpd adik2, jgn risau.. apa pun pakaian kalian. jgn rasa 'something' bila dduk ngn org brpurdah..chill sudah..
:p
akak nasihatkan diri akak ngn korang, jaga imej, jaga diri, jaga hati,jaga iman...
pakai lah apa pakaian pun, janji mengikut syariat.
xda baju sendat,tudung pendek, jarang..
nak berhias make up pun kena tahu batasannya.
:)

akhir kata,
*speechless!
:p

bye all..
biiznillah.


Saturday, August 20, 2011

nak baby TWINS

salam....


dlm diam cita2 aliahelmi dari dulu ;
nak anak kembar.
:)
insyaAllah, semoga Allah perkenankan doaku...



nak dengar cerita wanita bersalin tak?
hmm.. hope you like it...
(saja letak nama Alya. malas letak nama org lain. nanti kena saman)
:P

Alya duduk di ruang tamu, menanti Furqan pulang dari pejabat.
Siaran TV lansung tidak menarik perhatiannya, matanya tertumpu di lembaran kertas di atas meja.
"Ibu, aku rindu padamu".
artikel semperna hari ibu itu benar-benar menarik perhatian Alya..

baju t-shir berlengan pendek dan kecil itu sengaja Alya pakai, sengaja mencari mood ibu mengandung.
kelihatan perutnya yang sarat hamil anak pertama, kakinya juga jelas bengkak.
Leka Alya membaca artikel, tersenyum, tertawa dan menangis sendirian.
Luahan dari seorang anak yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara.
Luahan dari anak kecil yang rindu pelukan hangat dari Sang ibu.

Selesai membaca, Alya bingkas bangun untuk ke dapur. Cadangnya mahu memasak menu kegemaran suaminya.
Furqa bekerja sebagai engineer, memiliki syarikat sendiri. Pada usia 32 tahun, Furqan mampu untuk menampung kesemua keperluan Alya dan keluarganya di kampung.

"Liya, nanti tengahari abang balik. Kita makan sama-sama ya" ujar Furqan ringkas dan ceria.
"Ok darling. I love you" Alya tersenyum
"Love you too my beautiful wife. Sayang, abang ada meeting pagi ni. Kalau apa-apa , call S/U abang Kak Tipah. Take care"

Perut terasa senak. Jam di dinding meniti ke pukul10 pagi. Senak yang makin kuat di rasakan.Leka-lekas Alya duduk. Alya mula mengerang sakit,
"Ya Allah, sakitnya perut ni... Tadi salah makan ke? Allahurobbi " ,tangan Alya mula meraba di sekitar bawah perut.
Air yang hangat mula membasahi seluar yang di pakainya.
Alya segera menelefon telefon bimbit Furqan.

"Hye, i'm Furqan. I'm busy right now. Please leave ur name and phone number, and i'll get u back later"

Peti simpanan suara benar-benar membuatkan Alya memangis dalam sakit.
Segera Alya mencapai kunci kereta Honda yang di beri Furqan semperna perkahwinan mereka tahun lalu.

Di capai jaket labuh, tudung dan handbag Alya terus berlalu ke Hospital Rawang.
Sebelum sempat sampai ke hospital, Alya berhenti beberapa kali di tepi jalan. Alya tekad memandu sendirian.
Sakit yang di rasakan bukan kepalang. Mulutnya di basahkan dengan istighfar sambil memujuk diri untuk terus bertahan sehingga sampai ke hospital.
Air ketubannya kini mula membasahi seat pemandu. Apabila kesakitan mula berkurangan, Alya meneruskan memandu. Di tekan pedal minyak laju.

Tiba di pintu masuk hospital, Alya segera keluar dan menekan hon di hadapan hospital. Mujur ada beberapa attandance hospital di situ sedar dengan kehadian Alya.
Alya di papah masuk ke dalam wad dengan kerusi roda. Keretanya di biarkan dan di berikan kepada penjaga hospital....



p/s: dah3...
tu citer merepek..
hua3..
tak tahu ayat pon lintang pukang..
pe de hal..
adoiii..
kalo betul2 cmtu.. balik2 je, siap lah suamiku! "abang tido luar rumah.. tak maw kawan!"  :p
dushhh~


sebenarnya melihat ibu2 yang hamil ni, terasa seronok sgt.
seri yg hadir di wajah mereka sgt lain.
perasaan kagum mula menyelubungi diri.
wanita hebat ini di pilih Allah untuk mengandungkan seorang insan.
wanita hebat ini juga di uji kesabarannya, tatkala tidur malamnya terganggu dengan tendangan kecil anak di dalam kandungan.
wanita hebat ini juga mampu memandu, menjalankan tugasan harian meskipun kepenatan hamil itu terlalu sukar di ertikan.

mnyedari hakikat menjadi wanita/isteri yg hammilkan benih2 cinta hasil kemesraan suami dan isteri, sy rasa macam nak kawin sekarang.
Nak rasa pengalaman menjadi ibu.
:)

cita2 nak anak kembar. kenapa?
rahsia....
hehehe


k lah,bai2..
wsalam.
hve a nice weeknds peepz..


Friday, August 19, 2011

nak KAWIN eh? amboiiii~


salam..
bismillahirrahmanirahim....
*ayt di copy dr group kami nak nikah awl..( act, mmng nk tulis cmni.. tp shabat i dah tuliskan dlu.. tq Siha)




sahabat sy cakap, "usah la difikirkan sgt hal kawin. lebih baik kita risaukan azab kubur dan azab kat akhirat kelak. pelajaran pun penting jgk, fokus kan yg tu dulu.."

memang betul dia cakap yg kita mmg perlu risaukan azab2 Allah dan fokuskan diri dalam pelajaran..

tapi sy teruja bila dapat tahu bahawa pernikahan tu dapat menyempurnakan separuh daripada agama kita..

sy teruja bila dapat tahu bahawa salah satu tanda keberkatan bagi seseorang wanita adalah nikah awal..

sy teruja bila dapat tahu bilamana seseorang wanita itu solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatan dan taat kepada suami, maka dia boleh pilih mana2 pintu syurga yg dia mahu dan seisi alam beristighfar untuknya selama mana dia taat kepada suaminya..

sy teruja bila dapat tahu bahawa selama seorang wanita itu taat berkhidmat untuk suaminya, maka tertutuplah pintu2 neraka dan terbukalah pintu2 syurga untuknya..

sy teruja bila dapat tahu para malaikat beristighfar untuk wanita yg hamil..

sy teruja bila dapat tahu bahawa solat wanita yg hamil lebih baik daripada solat wanita yg tidak hamil..

sy teruja bila dapat tahu bahawa apabila seirang wanita mulai rasa sakit hendak bersali, maka Allah memberikan ganjaran orang yg berjihad di jalan Allah..

sy teruja bila dapat tahu bahawa apabila seorang wanita melahirkan anak, gugurlah dosa2 nya seperti bayi yg baru lahir..

sy teruja bila dapat tahu bahawa seorang wanita itu mati syahid jika dia meninggal kerana melahirkan anak..

sy teruja bila dapat tahu wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya dan jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka para malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya..

sy teruja bila dapat tahu syurga anak2 itu terletak di bawah telapak kaki ibu..

sy teruja bila dapat tahu bahawa sebenarnya kelebihan2 menjadi isteri dan wanita yg solehah itu tidak terkira banyaknya..

sy teruja bila sahabat2 sy yg dah kawin cakap bahawa pernikahan sgt membantu dalam pelajaran dan kehidupan..

jadi, salahkah jika sy mempunyai cita2 untuk berkahwin awal sedangkan terkandung terlalu banyak hikmah di dalamnya..?





Everytime u scream at yr woman, there’s another man wishing he could whisper in her ears. When u humiliate, offend and insult her,there’s another man wanting to remind her how wonderful and beautiful she is. When u hurt her, there’s another man wishing he could hug the pain away. And when u make her cry, there’s another man wanting to steal smiles from her.Treat ur ladies right coz there's some1 out there who can and will..! 
-Post this on ur wall if u’re against Abuse and Domestic Violence~


yg benar,
aliahelmi
:)

sahabat ~_~


salam n hye fellow frenz....




mesti gelabah smcm kan bila baca title kt ats..
dont worry kwn2, maut ,jdoh, rzeki smua rahsia Allah di loh mahfuz,
hmm..
act, thing that i wnt to highlight was > 
SEKIRANYA INI RAMADHAN TERAKHIR BUATKU, APAKAH KALIAN MENGANGGAPKU SAHABATMU?
APAKAH KALIAN SUDI MEMAAFKAN KESILAPANKU?

hmmm...
APAKAH AKU SAHABAT YG BAIK?
APAKAH AKU SUDAH MENGGEMBIRAKAN HATI KALIAN? (pernahkah aku meberi kalian senyum tawa?)
APAKAH KALIAN SUDAH MEMAAFKAN AKU?




apa yg sy nak minta/mohon dr kalian..
maafkan ksilapan sy,mohon kemaafan dr lubuk ht yg kecil ni.
kerana bg sy,
yg namanya SAHABAT ialah bukan yg MEMUJI-MUJI kamu,
tetapi yg mencari KESILAPAN kamu.
:)


kpd mereka2 yg sudi mencari kesilapan sy, mahu pun mnegur sy..
Allahurobbi. kalian lah yg di cari.
terima kasih kerana mengingatkan sy, terima kasih kerana sudi meluahkan rasa nasihat itu kpd sy.
:)
i do appriciate that.




dari AKU BUKAN SAHABAT YG BAIK,
aliahelmi

(post ni sebijik mcm kat my fb notes)
:)