Friday, July 6, 2012

wanita itu fitnah dunia.

salam wtbh..
tajuk je dah buatkan hati wanita pening?
kenapa pulak fitnah?
what's wrong?

saya terpanggil untuk menulis tentang ni.
barangkali saya dah banyak melihat fitnah tu berleluasa di muka bumi ni.
Allahuakhabar.
terutama membabitkan wanita.

masih jelas di ingitan saya tentang ceramah ustaz kazim dalam youtube tentang wanita.
kurang lebih seperti ni;

kawin muda, orang kata "sebab menggatai ler tuu"
kawin  average 25 , orang kata "mengandung ler tuu"
kawin lambat, orang kata " memilih sangat. takda orang nak"

jadi serba salah di buatnya.
jangan kata wanita lain, amik contoh saya lah.

baru-baru ni saya ada menyatakan hasrat saya mahu kawin awal, di usia 21 ni.
ada seorang hamba Allah ni kata; "amboi tak sabaq naaa" dalam erti kata lain>
gatalnye hang ni.
nampak tak fitnah tu akan datang meskipun niat kita baik?
kepelikkan..

tahukah anda perkahwinan merupakan salah satu medium melengkapkan separuh dari agama yg kita anuti ini?
besar hikmah pernikahan ini.
ikatan suci lelaki & perempuan yg menuju redha Allah.
*terms & conditon apply for nikah awal.
^_^

next,
untung bagi wanita yang pernah mempamerkan auratnya di luar ketika kecil dahulu.
untung juga buat saya kerana genap usia 10 tahun, saya sudah berada di alam akil baligh.
hee~
kerana dari kecil saya tidak di besarkan dengan persekitaran membuka aurat.
umi dah pastikan dari kecil saya menjaga aurat.
syukur. terima kasih umi
by age of 10 i'm fully cover my body with proper cloth.
Alahmdulillah.

ada untung bagi setiap wanita, berbeza-beza.
^_^

tak kurang juga, sekarang terlalu banyak medium yg boleh membuatkan fitnah semakin menjadi-jadi.
sebagai contoh, letak sahaja gambar comel di facebook sebagai contohnya;
orang kata aurat terbuka lah, tak kurang juga yang puji, ada yang bergaduh kerananya.

antara lain,
 saya ada 4 orang abang kandung.
kalau saya keluar dengan mereka, mesti orang ingat tu suami lah, boyfriend lah..
macam2 lah. kadang2 rasa geram pun ada.

benda biasa. orang akan fitnah.
tapi tak dinafikan, ada juga kelompok yg fikiran positif.
cuma bilangannya sedikit sahaja.

dalam hadis juga di ceritakan tentang ni;
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari


kethuilah wahai wanita, kita adalah golongan yg sentiasa menjadi perhatian mangsa fitnah.
apa pun yang terjadi, buatlah apa yang Allah suruh & jauhilah perkara yang Allah larang. 
kerana sesungguhnya Allah sahaja yang berhak menilai kita dan bukannya orang lain yang turut mempunyai khilafnya tersendiri.

wallahualam.


saya tinggalkan kalian dengan lagu Opick, shollu Allah Muhammad.
:)


love,
aliahelmi


No comments:

Post a Comment