Tuesday, October 4, 2011

nilai sahabat




salam & moshi-moshi.

ni entry ke-3 untuk hari ni....


semalam, aku bersama seorang sahabat keluar sama2, sama2 mencari ketenangan. bermusyawarrah.
kongsi2 ilmu. aku pun tanya ilmu2 yg dia bljr kt UITM tu.
huhu
seronok.
aku harap sahabat aku tu pun seronok dapat keluar bersama dengan aku.
kami pusing bandar raya Ipoh & picnic.
motif kami, pergi ke taman2 yang terkenal di Ipoh ni, taman DR, then taman Polo. last sekali  ke Ipoh Parade. carik buku.

2 hari lepas, aku berkesempatan mengajar sahabat aku tu buat kek.
harap2 ilmu tu bermanfaat untuk dia.
dan dua hari lepas aku serta dia bersama seorang lagi kawan keluar ke taman Botani, berpicnic.

semalam masa keluar dgn sahabat aku tu, dia cakap> "budak bilik aku cakap, tak malu ke kawan dengan orang macam ko. yelah kau pakai purdah kan"
"aik, mana budak bilik tahu aku pakai purdah & ko kawan dengan aku?" soal aku hairan.
"dia nampak aku bukak wall fb ko time aku online" kata sahabat aku ni.
"owhhh"
"tapi, aku balas balik kat budak bilik aku tu yang aku bangga kawan dengan orang-orang macam ko. sejuk hati aku. tenang" kata sahabat aku sambil matanya melihat jalan, sambil memandu dia bercerita tentang itu.

aku hanya mampu tersnyum di balik purdah.
Alhamdulillah, dapat jugak sahabat yang menghargai aku. bukan main dia back up aku.
huhu.



semalam kami pakai JUBAH, sama2 pakai jubah warna hitam.
dah lama tak borak dengan dia since aku habis sekolah. aku form 4 aku masuk asrama.
bila kami borak2, last2 kantoi yang kami ni minat Taylor. watak jacob dalam twilight!
haha..

aku senang bila kami bercerita, sama2 senyum.sama2 seronok.
menikmati persahabatn.
indah, tak dapat aku ungkap dengan kata2.





dalam bersahabat, tak perlu lah nak menilai dari segi pakaiannya.
janji sahabat kita itu baik2.buruk pakaiannya hanya Allah yang boleh nilaikan.
tiadalah kita punya hak untuk menilai pakaiannya, mahal atau berjenama, bertutup atau terbuka.


aku rasa,semua tahu previous university aku mana kan?
terus terang aku cakap, mostly kawan-kawan di sana jenis berada dan tak berapa bother tentang aurat.
tapi jujur aku cakap, mereka sangat menghormati aku. dan kalau mereka rosak sekalipun (clubbing) mereka tak pernah memesongkan aku. mereka tak berburuk sangka.
aku hanya mampu berdoa agar Allah buka pintu hati mereka untuk lebih mengenali Allah.
so, dalam konteks persahabatn tu. aku tak layak nak judge life dorang, pemakaian dorang.
tu semua dia dengan Allah. Allah je layak menilainya.
jauh di sudut hati, aku bersyukur dorang menghormati pendirian aku & ikhlas berkawan dengan aku.
aku ada ramai kawan lelaki di sana, kawan kelas. almost semua perokok.
tapi bila kami ramai-ramai2 keluar makan lepas habis kelas, bila dorang nak merokok, dorang mintak izin atau dorang gerak gi meja lain untuk merokok.
bertapa dorang hormat aku, aku jugak berdoa aku sentiasa menghormati kawan2 aku. dan aku mendoakan mereka menjadi baik di mata Allah.





bulan lalu, aku dapat seorang sahabat baru jugak. budak lelaki.
baik orangnya meskipun orangnya tu sedikit lurus & MONTEL.
hehe..

aku seronok bersahabat dengannya. dalam kesibukkan dia membuat contest paper reseach dia, dia sempat carik CD Opick yang aku pesan (if sempat & if jumpa) semasa dia di Jakarta semperna festival tentang petroluem APOGCE 2011.


whatsoeva.
:P
some more,aku dapat buku best dari sahabat ni.thanks again.






alhamdulillah, di kurniakan sahabat di sekeliling aku yang baik2 hati. kadang2 sahabat aku ni lah yang sumber inspirasi untuk aku kuat dalam bidang yang aku ceburi, dalam bidang perubatan & pada masa yang sama aku penulis bebas.
kritikan dan nasihat mereka membuatkan novel yang aku tulis semakin mendapat perhatian pembaca.
sahabat-sahabat aku ni juga, baik. setia dan sudi mendoakan kejayaan aku.
aku bersyukur sangat, malah aku juga mendoakan kejayaan mereka.



bagi aku, tu definisi seorang sahabt.

nikmat mendapat seorang sahabat ialah, dia mampu membuat aku tersenyum dan aku membuatkannya tersenyum juga.
dan bila berduka, kami sama-sama menangis. serta aku memberinya semangat dan begitu juga dia. dan dia tak mahu melukai hatiku serta aku juga. dan kami senang dengan kejayaan masing-masing.


bukan senang nak dapat seorang sahabat meskipun di sekeliling kita penuh dengan kawan-kawan.
:)


sesungguhnya jangan pernah berhenti berharap kepada Allah dalam hidup ini, atau kita tidak ubah seperti mayat.

carilah sahabat. jangan penah penat okey?
selamat berjaya.





-ALIAHELMI-

No comments:

Post a Comment