Monday, December 10, 2012

hari mahasiswa 12/12/12

SELAMAT HARI MAHASISWA

12/12/12


Dinner mahasiswa bersama YB Halimah & MB Selangor





******************

gambar pada majlis walimah julia & sharani.

tapi, nak letak pic umi actly..tgh dodoikan luqman.
hehe..


& gambar alang tengah melayan yusuf main game.
haha




next year project!!!


KERTAS KERJA 
FESTIVAL SAINS DAN ANGKASA



ANJURAN
KELAB BIOMESTA, FAKULTI BIOMEDIK DAN SAINS KESIHATAN

TEMPAT
DEWAN PRO-CANSELOR UNISEL SHAH ALAM


TARIKH
 9 & 10 FEBRUARI 2013


HIDAYAH BIASISWA KE SYURGA



HIDAYAH BIASISWA KE SYURGA
“Alhamdulillah, semua budak kelas kita dapat biasiswa penuh belajar dari kerajaan negeri” kata Abu gembira.
“Tapi, apasal pulak aku tak dapat? Nama aku takda lansung dalam list.  Ni yang aku bengang ni.  Tak adil lansung!!  Padahal semua hebat-hebat dalam kelas kita.  Aku tak puas hati! Aku nak jumpa pegawai yang uruskan biasiswa ni” bentak Mamat.
…………………………………………………………………………
Hakikatnya, ini adalah realiti sebuah kehidupan seorang manusia.  Bila diberi peluang mendapat sesuatu kebaikkan mahupun keuntungan, semua akan gembira.  Sebaliknya, berapa keratkah yang akan sabar sekiranya tidak mendapat sebarang keuntungan malah seseorang individu itu juga terdorong untuk mula menyalahkan orang lain serta bertindak untuk melepaskan amarah lantas ketidakpuasan hati dalam jiwa.
Begitu juga Hidayah.  Saya mengklasifikasikan hidayah seperti biasiswa.  Di mana, biasiswa merupakan satu pemberian yang sangat bernilai, dan hanya di beri kepada mereka yang terpilih atas faktor-faktor yang menarik perhatian pemberi biasiswa tersebut.  Biasiswa juga merupakan satu tiket istimewa kepada penerimanya sehingga membezakan penerimanya dengan mereka yang tidak layak menerima biasiswa.
Allah juga memilih orang diingini olehNya untuk di berikan Hidayah.  Hidayah yang mampu merubah corak dan cara seseorang itu hidup di luar kebiasaan hidupnya, kearah yang lebih positif dan tenang.  Namun, hanya sekelompok kecil sahaja yang layak untuk menerima Hidayah.  Semua itu bergantung atas pemilihan yang telah Allah rencanakan.  Bayangkan, dalam berjuta umat manusia hanya kumpulan minority sahaja yang berpeluang merasai nikmat dan hikmah Hidayah?
Sekiranya biasiswa itu kita anggap sesuatu faedah yang sangat menguntungkan penerima, bagaimana pula dengan Hidayah?  Hidayah merupakan pemberian Allah kepada hamba-Nya.  Sebaliknya, Hidayah jauh lebih bernilai dari biasiswa!
Hidayah seiring dengan perubahan menuju Ilahi, dan pada masa yang sama menyeimbangkan dengan segala aktiviti dunia.  Dapat di definasikan perubahan Hidayah atau dalam kata lain, hijrah ini kepada 2 jenis aspek; kurang baik kepada baik, dan baik kepada lebih baik.  Perubahan ini juga bersifat positif dan memberi manfaat kepada individu tersebut, malah akan memberi kesan yang baik buat orang sekeliling.
Perubahan selepas menerima Hidayah merupakan satu jihad.  Jihad yang memerlukan diri untuk melawan perang melawan nafsu.  Di dalam Quran menyebut mengenai perihal berjihad, Al-Baqarah 216; “……….boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik untuk kamu.  Dan bole jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk buat kamu.  Allah lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak”
Acapkali kita mendengar sesetengah golongan masyarakat kita yang bergantung kepada ‘seru’.  Dialog yang tidak asing ialah,“tunggu la nanti sampai seru” atau “belum dapat seru”.  Sedarkah kita, bahawa seruan Allah telah lama ada dalam Al-Quran 4000 tahun yang lalu? Ayat-ayat kebenaran menuju Allah telah lama di turunkan, kenapa perlu kita mengeluarkan perkataan ‘seru’ untuk menyelamatkan diri kita untuk tidak mengikut perintah Allah? Persoalan berbangkit, apakah kita ini layak di gelarkan manusia yang bersyukur?
Perumpamaan lain, kita memberi pertolongan kepada seseorang sahabat kita.  Susah senang sering bersama, namun tiba saat kita dalam kesusahan dia tidak sudi memberikan pertolongan malah meninggalkan kita.  Perkataan pertama yang barangkali di keluarkan pihak ketiga selaku pemerhati ialah; tidak mengenang budi. Betul?
Begitu juga kehidupan kita di dunia ini, Allah telah memberi pelbagai jenis nikmat, tapi kita masih lagi ingkar dan mungkar di bumi yang telah Allah beri kita pinjam ini.  Meskipun, nikmat di beri ini adalah percuma, keingkaran masih lagi ada malah semakin berleluasa. Apakah kita semamangnya wajar di gelar ‘tidak mengenang budi’?
Bagaimanakah caranya untuk menjadi hamba yang mengenang budi? Yang taat akan perintah Tuhannya? Apakah kita mempunyai effort untuk merubah diri? Di manakah keyakinan untuk membentuk personaliti yang di redhoi Allah?
Langkah pertama dalam mencari identiti diri mahupun dalam proses mencari Sang Pencipta, pembacaan sangat memainkan peranan yang penting.  Membaca menjadikan kita mengumpul pelbagai maklumat yang sering kita tertanya-tanya.  Malah, jika persoalan itu tidak dapat di rungkai melalui hasil pembacaan, usaha itu mesti diteruskan dengan berjumpa mereka yang faham agama atau yang mudah kita kenali sebagai ustaz mahupun ustazah.
Dalam misi mencari Hidayah, usaha yang tidak berbelah bahagi amat di perlukan.  Selautan semangat yang kuat dan segunung kesabaran. Kombinasi ketiga-tiga elemen ini penting sebelum keikhlasan akan perlahan-lahan terbit menujah dalam hati.  Hidayah juga merupakan satu kesedaran yang di alami oleh seseorang individu terhadap perbuatan lampaunya adalah salah dan dia berjanji tidak mahu mengulanginya kembali, sama seperti konsep taubat yang di anjurkan Islam.
Pokoknya, janganlah kita menjadi orang yang rugi.  Hanya menanti dan terus menanti.  Yang pasti, hidayah memerlukan usaha untuk mencarinya.  Allah Maha Pengasih dan Penyayang.  Sesiapapun status kita, kita berhak untuk menerima hidayah dengan syarat kita berusaha dan ikhlas.  Perubahan positif ini juga memerlukan keyakinan yang penuh terhadap Allah. 

(bersambung…)

Thursday, July 19, 2012

sebab perlu rindukan Ramadhan

Bismillahirahmanirrahim...

Assalammualaikum & salam sejahtera.
:)

maafkan saya sebab terlupa nak update blog tentang 15 alasan untuk kita rindukan Ramadhan.
Ramadhan ialah bulan yang paling di nanti-nantikan oleh penganut beragama Islam.
Ramadhan di gambarkan lebih baik dari seribu bulan.

Besides, kesemua 'makhluk perosak' seperti syaitan, iblis, jin & anak cucu dey olls, takda.
Akan di ikat dan di belenggu...

Dalam Quran ada menceritakan tentang dialog Rasulullah dengan iblis tentang puasa.
Baginda menyoal iblis "wahai iblis! apabila umatku berpuasa dengan nama Allah, apakah engkau rasa?"
Maka iblis menjawab " Ya nabi Allah, inilah satu bencana yang amat besar bahayanya kepada aku, kerana apabila masuknya bulan ramadhan, maka akan memancarlah cahaya dari Arsy dan kursi, dan semua malaikat akan menyambut dengan kesukaan. Bagi mereka-mereka yang berpuasa akan mendapat sebesar-besar kurnia Allah swt dan Allah swt mengampuni segala dosa yang telah lalu dan di gantikan dengan pahala yang besar dan berlipat kali ganda, dan tidak di tulis kesalahannya selama dia berpuasa. yang menghancurkan lagi hati aku ialah segala isi langit, bulan, bintang, malaikat, burung- burung, ikan-ikan di laut dan ikan-ikan di air tawar, juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi ini semuanya mendoakan siang dan malam, malah meminta ampun bagi orang yang berpuasa."

(SUMBER BUKU, HIMPUNAN CERITA-CERITA WANITA DAN LAKI-LAKI DALAM QURAN DAN HADIS)

ok, antara sebab kenapa kita perlu miss youuu ----->>> Ramadhan.

1.Getaran Jiwa

" Hai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagimana di wajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(al-Baqarah: 183)

-jalan keluar dari masalah
-di cukupkan keperluannya
ketenangan jiwa & tidak bersedih hati

2. Bulan Pengampunan Dosa
 Hadis di riwayatkan oleh Bukhari Muslim dan Abu Daud , Nabi Muhammad saw bersabda;
" Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharapkan redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya di ampuni"

3. Pahalanya di lipat-gandakan!
Rasulullah bersabda;
"Setiap amal anak keturunan Adam di lipatgandakan. Tiap satu kebaikkan sepuluh lipatgandanya hingga tujuh ratus lipatganda" (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

4. Pintu Syurga Dibuka dan Pintu Neraka Ditutup
"Kalau tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka dan syaitan-syaitan akan di belenggu" (Hadis Riwayat Muslim)

5.Ibadah Istimewa
Melalui Hadis Qudsi;
"Setiap amalan anak Adam itu dirinya, kecuali puasa. itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana ia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku" (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

6. Dicintai Allah swt
Hadis Qudsi;
"Kalau Aku mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya,menjadi pegangan untuk tanggannya, menjadi langkah untuk kakinya" (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Doa di kabulkan
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, katakanlah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku"
Al-Baqarah 186

8. Turunya malam Lailatul Qadar
Pada bulan Ramadhan Allah swt menurunkan satu malam yang sangat mulia. tersangat mulianya Allah menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan.  Di katakan mulia, pertama lantaran  malam itulah awal Al-Quran di turunkan, Kedua, begitu banyak anugerah Allah turunkan pada malam itu.

Tanda lailatul qadar;
"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan/kedamaian sampai terbit fajar"
(Surah Al-Qadr: 4-5)

9. Meningkatkan kesihatan
Pada hari biasa, alat-alat dalam sistem pencernaan akan berkerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang lapan jam. 4 jam di proses dalam perut, dan 4 jam di dalam usus kecil.  Jika kita bersahur seawal jam 4 pagi, jam 12 tengahari proses pencernaan sudah selesai dan berbuka , lebih kurang sama proses pencernaannya, jadi proses pencernaan mengalami istirehat yg TOTAL.
:)

10.Penuh Harapan
"Setiap orang yang berpuasa selalu mendapat kegembiraan, iaitu tatkala berbka puasa dan saat bertemu dengan Tuhannya" (Hadis Riwayat Bukhari)

11. Masuk ke Syurga melalui Pintu Khusus, Rayyan.

12. Minum air telaganya Rasulullah saw.
Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi buka puasa meski dengan sebutir kurma, seteguk air, atau seteguk susu...Barangsiapa memberi minuman orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum seteguk dari telaga dimana ia tidak akan haus sehingga masuk syurga" (HAdis RIwayat Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)

13. Berkumpul dengan Sanak Keluarga dan Sahabat.

14. Qulan Tsaqiilaa
Pada malamRamadhan di galakkan melakukan solat malam dan tadarus Al-Quran. Waktu paling baik menunaikan solat malam sesungguhnya seperdua atau sepertiga malam terakhir.
In adittion, di tekankan selesai solat malam untuk membaca Al-Quran secara tartil (memahami maknanya)

15. Hartanya Disucikan.
Harta di sucikan melalui dua jenis zakat yakni,
zakat harta, zakat fitrah.
nisbah zakat mengikut keadaan semasa, sila rujuk pusat zakat.



sekian, makkk ehhh..
penat type.
berharap agar rakan-rakan dapat manfaat dari kelebihan bulan Ramadhan ni ..


saya juga berharap, rakan-rakan yang baru bercadang hendak berubah menjadi Muslim yang lebih baik, mengambil peluang bulan RAmadhan ni sebagai platform untuk berubah.
jadikan ianya sebagai 'kick start' kepada dunia yang lebih baik.

Marhaban ya Ramadhan. 
Marhaban ya Ramadhan.

Allah Hafidz.



ikhlas,
Aliahelmi
hehe..
tc!

(took from my imsnovelis blog)

Friday, July 13, 2012

ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT.

Assalammualaikum wtbh,
hari ni nak cari tentang keistimewaan bulan-bulan Islam,
umi kata refer DAIRI Islamik.
godek-GODEK.
tapi benda lain pulak yang di jumpa.
its normal.
kita cari lain, jumpa lain.
nak jumpe ehem2 tapi jumpa uhuk3..
:P
mesti ada hikmah.

tiba-tiba terjumpa tajuk
ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT.
 
 (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
  Quran, At-Taubah Ayat 112 

tidak bermakna saya menulis tentang taubat, amalan saya sudah menggunung tinggi.
saya juga punya khilaf yang perlu saya kesali dan mohon keampunan dari Tuhan.
just i really intrested with Allah cinta ORANG MUDA yang bertaubat.
very well.

dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG MISKIN yang pemurah

Aku cintakan orang yang merendah diri, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG KAYA yang merendah diri

Aku cintakan orang yang bertaubat, TETAPI
Aku lebih cintakan ORANG MUDA yang bertaubat.


taubat dalam bahasa mudah ialah;
mengaku bersalah dan menyesali akan perbuatan yang lalu dengan melakukan taubat.
tunduk dan sujud memohon ampun dari Allah & berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 




jelas kan maksudnya?

Sesungguhnya Allah telah membuka peluang kepada hamba-Nya untuk melakukan taubat.
Pintu taubat di buka seluas-luasnya meskipun begitu sedikit manusia yang menyahut seruan untuk memohon taubat kepada Sang Pencipta.
Taubat akan di terima selagi matahari belum terbit dari sebelah barat dan sebelum nyawa sampai di kerongkong.
sekiranya matahari terbit di sebelah barat & nyawa di kerongkong, taubat tidak akan di terima lagi.

Orang yang memohon taubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan.
kerana manusia tidak pernah sunyi dari melakukan salah,silap dan dosa. maka taubat merupakan satu medium penyucian jiwa yang amat di tuntut oleh Islam.
Orang beragama Islam tidak perlu memohon taubat dari pengantara seperti agama lain, sebaliknya agama Islam menuntut pengikutnya memohon keampunan dari Allah sendiri, terus dan lansung.
kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun.

kerana itulah Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat,kerana sejak usia muda lagi sudah berusaha membersihkan diri dengan taubat.
Taubat di kalangan orang muda amat di sukai Allah, kerana  tidak perlu menunggu usia sudah tua baru mahu memohon taubat dari Allah. 
 kerana kita sendiri belum yakin waktu yang tepat bila ajal akan menjemput kita.
awal atau lambat, kita semua belum tahu bila waktu ajal kita.
usia muda juga bukan jaminan kita untuk terus hidup lama. s
esungguhnya Allah Maha Berkuasa,pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil nyawa kita.

Fitrah orang muda adalah terdorong kepada perkara yang melalaikan dan merosakkan akhlak,malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan dalam beribadah.
Inilah sebabnya Allah begitu mencintai orang muda yang melakukan taubat.kerana orang tua yang bertaubat,maka itu sudah sepatutnya dia berbuat demikian.
namun orang muda yang pintar dan tahu makna hidup tidak melengahkan usianya dan terus mengambil peluang untuk melakukan taubat.
itu yang sebaiknya.
sebagai contoh;
kita tengah tak cukup duit nak beli hangbeg baru.
kita tahu ada 1 shopping complex ni ada MEGA SALE, jual handbeg yang kita nak tu diskaun 80%!
tapi kita tetap pergi shopping complex yang takda MEGA SALE. 
tak ke rugi?
atau bahasa orang muda zaman sekarang, tak ke sengal?
erkkk~
-.-'

wallahualam.
saya menyeru diri saya & kawan2 yang ingin bertaubat, jangan melengah-lengahkan taubat.

Allah mengharamkan api neraka menjamah badan-badan yang terkena air mata taubat, air mata taubat yang jatuh pada badan atau tubuh hamba-Nya.


ingat,
KEMATIAN ADALAH SATU TEMPAT ISTIREHAT DARI MELAKUKAN SEBARANG DOSA,
JADI,
PASTIKAN ISTIREHAT KITA KELAK TENANG DARI DI PALU DI DALAM KUBUR AKIBAT DOSA KITA SENDIRI.






kalau kita seronok melakukan kemungkaran,
ingatlah seronok akan hilang,
tetapi dosa kemungkaran akan kekal.

jikalau kita penat melakukan kebaikkan,
ingatlah penat itu akan hilang,
tetapi pahala kebaikkan akan terus kekal. 


TIPS solat sunat taubat;
  1.  2 rakaat (terpulang kpd individu)
  2. bacaan selepas surah Al-Fatihah ialah, 
  3. 11 kali ayat Kursi &
  4.  11 kali Al-Ikhlas
  5. lebih afdol di buat ketika malam (tahajud time/qiammullai)
  6. di selangi dengan tangisan penuh keinsafan dan memohon keampunan dari ALLAH.

antara sebab kenapa doa kita susah sangat nak makbul,
sebab
  1. Allah nak bagi lambat
  2. Allah nak bagi yang lebih baik
  3. dosa kita banyak sangat.
justeru, di anjurkan melakukan solat sunat taubat. semoga Allah memakbulkan doa kita.
insyaAllah.
wallahualam.
biiznillah.
take care.
wasalam



ikhlas tapi jauh,
aliahelmi

 

Friday, July 6, 2012

wanita itu fitnah dunia.

salam wtbh..
tajuk je dah buatkan hati wanita pening?
kenapa pulak fitnah?
what's wrong?

saya terpanggil untuk menulis tentang ni.
barangkali saya dah banyak melihat fitnah tu berleluasa di muka bumi ni.
Allahuakhabar.
terutama membabitkan wanita.

masih jelas di ingitan saya tentang ceramah ustaz kazim dalam youtube tentang wanita.
kurang lebih seperti ni;

kawin muda, orang kata "sebab menggatai ler tuu"
kawin  average 25 , orang kata "mengandung ler tuu"
kawin lambat, orang kata " memilih sangat. takda orang nak"

jadi serba salah di buatnya.
jangan kata wanita lain, amik contoh saya lah.

baru-baru ni saya ada menyatakan hasrat saya mahu kawin awal, di usia 21 ni.
ada seorang hamba Allah ni kata; "amboi tak sabaq naaa" dalam erti kata lain>
gatalnye hang ni.
nampak tak fitnah tu akan datang meskipun niat kita baik?
kepelikkan..

tahukah anda perkahwinan merupakan salah satu medium melengkapkan separuh dari agama yg kita anuti ini?
besar hikmah pernikahan ini.
ikatan suci lelaki & perempuan yg menuju redha Allah.
*terms & conditon apply for nikah awal.
^_^

next,
untung bagi wanita yang pernah mempamerkan auratnya di luar ketika kecil dahulu.
untung juga buat saya kerana genap usia 10 tahun, saya sudah berada di alam akil baligh.
hee~
kerana dari kecil saya tidak di besarkan dengan persekitaran membuka aurat.
umi dah pastikan dari kecil saya menjaga aurat.
syukur. terima kasih umi
by age of 10 i'm fully cover my body with proper cloth.
Alahmdulillah.

ada untung bagi setiap wanita, berbeza-beza.
^_^

tak kurang juga, sekarang terlalu banyak medium yg boleh membuatkan fitnah semakin menjadi-jadi.
sebagai contoh, letak sahaja gambar comel di facebook sebagai contohnya;
orang kata aurat terbuka lah, tak kurang juga yang puji, ada yang bergaduh kerananya.

antara lain,
 saya ada 4 orang abang kandung.
kalau saya keluar dengan mereka, mesti orang ingat tu suami lah, boyfriend lah..
macam2 lah. kadang2 rasa geram pun ada.

benda biasa. orang akan fitnah.
tapi tak dinafikan, ada juga kelompok yg fikiran positif.
cuma bilangannya sedikit sahaja.

dalam hadis juga di ceritakan tentang ni;
"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." - Hadis Riwayat Bukhari


kethuilah wahai wanita, kita adalah golongan yg sentiasa menjadi perhatian mangsa fitnah.
apa pun yang terjadi, buatlah apa yang Allah suruh & jauhilah perkara yang Allah larang. 
kerana sesungguhnya Allah sahaja yang berhak menilai kita dan bukannya orang lain yang turut mempunyai khilafnya tersendiri.

wallahualam.


saya tinggalkan kalian dengan lagu Opick, shollu Allah Muhammad.
:)


love,
aliahelmi


Tuesday, June 5, 2012

26 nanti?

(RE-EDIT entry)
Assalammualaikum wtbh..
very fine evening.

banyak betul benda nak cerita.
dari kisah orang single ke double..
hihi...

disebabkan cuti semester ni dah macam cuti budak2 summer kat luar negara *macam yg lain*
saya menghabiskan cuti dengan menanam pokok, masak2, menjahit, buat coklat, buat muffin.
ni memang nak kawin ke apa belajar ni semua?
that's not funny at all.
:S

i just try to make myself be a grown up girl that can be depend on.
cuma me-mandai-kan diri yang serba ZERO ni tentang kemahiran2 lain.
it's now wrong right?
rather than i lay on my bed sleeping like sleeping beauty.
:O

sebab ilmu dissect dah expert dah..
praise to Allah.
dalam makmal, dah tahu mana 1 nama mesin2 dalam hospital.
:)
huhu..
alhamdulillah.

baru-baru ni sahabat baik semasa sekolah, telah pun menamatkan zaman anak 'dara' dengan jejaka pilihan.
alhamdulillah. another ticket halal.
suddenly,
one of my friend came out dengan ayat "lepas ni siapa pulak yg nak kawin?"
macam biasa, saya pilih untuk diam je.
eventough when i was 19 years old, i'm kindda excited to get married early.
now, not anymore.
owwww... (please dont do that aliah, pleaseee)
hehe...

bukan ape.
saya rasa saya belum layak. mungkin masa zaman umur 18, 19 tahun,jiwa saya membuak2 nak kawin awal. tapi NOW, saya takda rasa nak kawin lagi so far.
maybe saya dah faham kot makna 'TANGGUNGJAWAB'.
so, saya target untuk tamatkan zaman anak dara before 26.
insyaAllah.

fahimtum?
nikah awal tak pe.dok jauh2..tak maw dok sekali.
meansm i prefer nikah khitbah. nikah gantung.
yang walimahtulurus tu, before umur 26.
hehe...

saya ada baca artikel kawan2 yg belajar di Mesir.
katanya, kawin is all about making ummah.
yup, tepat sekali.
think deep before you start to think about married, ok?
perkahwinan bukan sesuatu percubaan, atau 'main masak-masak'...
so, wisely think.
-----<@

 2nd thing,
benda best jugak hari ni, kawan2 yg belajar di IMS, Bangelore dah pandai buat surat MC untk patient.
wah3..
tahniah doctor2 wanna be..
:)
proud of you.

3rd thing,
dalam ribut saya menyelesaikan tugas sebagai s/u event bila cinta bertasbih BCB (should be KCB, kan?)
:P
saya di uji macam2 ujian.
haih. kalau ikut hot tempered ni.
memang takkk tahan lah orang dengar saya hamun/lepar kertas depan muka/ buat muka tak puas hati.
tak boleh nak complaint lebih, so i need to be matured enough to handle all the stuff.'
pray the best for me & my BCB crew.
insyaAllah 21 september akan di anjurkan event ni di unisel sh.alam.
akan bincang tentang cinta.
yeah, bukan saya yg describe. tapi panel2 bertauliah akan bercerita.
insyaAllah.
di jemput semua mahasiswa/i mahupun dato/nenek/mokcik/pokcik datang.
:)

next,
disebabkan saya ni suka membaca.
banyak juga new update yg saya dapat tahu.
tapi dlm banyak2 negara, saya lebih suka dengar berita dekat negara China.
last 2 days, ada driver bus mati sebab ada objek besi come from no where hit the ribcage..
& the drive bus died.
:'(
another thing, hujan batu hit one of city in China too.
:)
teh ais satu!
hihi...

finally,
kerja menaip terganggu sikit. sebab?
mood tak kelihatan...
semua angkara diri sendiri yg kehilangan momentum.
:P

alhamdulillah , peng-edit novel kelas atasan saya telah berusaha keras dalam proses editing.
saya akan ke PJ insyaAllah after that untuk proses perbincangan lanjut dengan penerbit.

while, talk about Turkey.
as i planning to further my studies there for MBBS.
saya tangguhkan seketika sebab nak fokus novel.
seronok actually sebab banyak benda boleh buat time cuti semester ni.
ada rezeki, saya akan sambung medic di sana tahun ini.
insyaAllah.
:)
mohon doakan saya berjaya.

last but not listed,
well,kepada kawan2 sekolah rendah & menengah saya yg telah selamat berkonvo/habis belajar.
tahniah dari saya.
korang memang hebat!
:)
bangga aku..
hihi..
all the best in ur future life.


i think that's all.
ni ada gambar coklat yg saya buat dgn umi.
take it look.
okeyh.
(^0^)


kalau berminat boleh lah inbox kat email.
:)
kot nak beli kan..
nanti saya emailkan harga dia berapa, nak kaler ape, filling ape..
insyaAllah boleh je di hantar.


take care guys.

love u,
aliahelmi

Friday, May 11, 2012

antara cinta & emak

(RE-EDIT ENTRY)
salam alayk & hello world!


today, i'm going to do nothing.. while sitting on my bed, watching my corby2 over & over again..
then start to think something!

what should i write today..
(dah kerah semua neuron bergerak aktif!)
:P

alhamdulillah.. dengan jiwa yang tekad, nak pilih tajuk cinta Vs ibu.
atau dalam bahasa ibunda orang2 Uganda > cinta si gadis Vs cinta ibu..
hehe.. (masa bila aku pergi Uganda niii?)

Alhamdulillah again, saya dan awak2 sekalian masih punya ibu.
yelar..
wanita yang berjaya menanggung sakit ketika melahirkan kita.
yang 'menghurung' kita dalam perutnya ketika dalam prosess embryo development.
:)

i'm not married yet.. so i dont know the feels of being a momma!
so, as women..
i consider, mom have this kind of sensitive feeling but yet, she still strong behind all the stuff.

kalau ikutkan hati, saya lebih suka dan rela berkahwin dengan lelaki 'anak emak'.
:)
kerana apa ye?
sebabnya syurga suami terletak pada bawah kaki emaknye.
saya?
after nikah, of course syurga saya bawah kaki husband.

pernah saya tolak cinta orang. sebab emaknye tak suka wanita berpurdah jadi menantu.
people might think> what a stupid mother.
but for me, better he follow what his mother like.
saya lebih suka dia turutkan kata emaknye dari mencari-cari cinta yang belum pasti kukuh dengan saya.

time breakup dulu (my 1st love), si dia sanggup dengar cakap mak dia.jangan bernikah selagi tak habis belajar.so, i think we should end our relationship & stop making lots of lots dosa. i dump him for that.

senang je bagi saya, kalau ibu si lelaki tak suka kita memang sebab dia rasa kita ni tak cukup hebat untuk anaknya dari segi agama, just let the guy go..
its ok,kumbang bukan sekorrr!
(amboihh, kemain kau samakan kumbang dengan lelaki yeeee)


dilemma menjadi 'darah' muda semakin menjadi-jadi. bila bestfriend saya yang belajar di Nebraska pun kata;
"mak aku tak bagi kawin time belajar. nak buat macamana"
aduiyai..

for me, selagi boleh di bicang bincanglah.
sebabnya, lelaki pun nak raih cinta, fitrah dia sebagai manusia.
then cinta ibu juga pun kena fokus.
*sumber syurga hakiki tu*
:)

 but my advise, jangan sebab cinta 2 hari, 2 minggu, 2 bulan, 2 tahun tu sanggup nak buang mak.
kan?
saya tak kata saya sokong si gadis atau si emak.
tapi, andai cinta ibu itu yang kau dahulukan dulu.
insyaAllah hidupmu berkat.
kadang2 'taste' kita wanita solehah..
tapi mak tak suka.
maybe ada hikmah.
mungkin wanita 'solehah' you all tu, bukan spesis bangun awal.
lepas Subuh, meng-ulorrr kan diri atas katil.
sezzzzzzzzzsssss (bunyi ulooooorrr)
hihi...

who knows..
you mom mata mesti sharp gila dalam isu2 ni. kan?

apa jasa-jasa mak korang yang korang rasa memang melebam lah mata kalau ingat??

macam saya, saya ingat lagi masa saya di sisihkn masa hidup di asrama.
umi akan bagi saya kekuatan.
then if result came out, my umi yang akan bagi semangat untuk berusaha lebih lagi.
kalau saya pening, dia orang pertama akan bagi ubat..
kalau sakit apa sekali pun, dia orang pertama jadi 'doktor' saya.
umi orang pertama akan ajak saya pergi makan & orang pertama yang akan ajak saya jadi member teman dia buat aktiviti luar.
umi orang pertama yang akan ajak saya pergi solat jemaah dengan family.
umi juga orang pertama yang akan sabar dengan perangai senget saya ni. 
umi orang pertama dok recomand saya kaedah tardisional untuk cantik.
hua3...
aduyaiiii~
dan paling saya sayang umi & abi, mereka tidak pernah mengeluarkan kata2 kesat di hadapan saya.
:)
contoh yang hebat. 
saya di lahirkan ketika abang-abang saya 7 orang mengelilingi saya.
zufadli,akmal,hafiz,hakim,lutfi,halim,hadi..
dalam salasiah keluarga sebelah ayah.
saya anak perempuan yang pertama lahir.
cucu perempuan yang pertama.
perghh.. dah macam 1st lady pulak kannn...
:)
bertapa semua orang menantikan kelahiran saya.
you know what, bila balik kampung sebelah ayah..
hampir 90% nenek, makcik2 akan ingat saya.
"anak perempuan Helmi yang sulong ini kan?"
rasa seronok sangat. sebab saya kakak!
people are love me & i love them.
thank you umi.
:)
andai bintang di langit boleh ku gapai, akan ku hadiahkan untukmu.
~_~*




jangan jadi macam dalam cerita 'the vow'...
bila bercinta tanpa bless ni, tak akan kemana.
kalau kita buat 'taik' dengan ibu.
lagi senanglah cinta kita nak musnah..
try la..
trust me.
:)

walaubagaimana sekalipun,

kau femes, kau super-hot,kau super-man,kau hensem, kau model, kau angkasawan, kau belajar luar negeri, kau belajar kat universiti, kau budak2 DEKAN, kau ada kereta, kau ada caring& loving buaya-fren,kau ada iPhone yang latest, kau presiden club ke, kau wakil student kt kampus, kau ketua pengawas ke,.

OR, kau penulis blog ke atau penulis novel sekali pun.
remember one,
kau di lahirkan dengan penat jerih seorang wanita yang kental hatinya.
menanggung sedtik cuma kesakitan untuk kegembiraan seumur di dunia.
kau lahir dari dalam perutnya dengan izin-Nya.
^_^

cintai Ibu dengan sepenuh cinta.



umi! i love you.


regarding kepada vid yg saya dengar, HARAM sambut mother's day.
saya tak setuju.
mengikut fahaman Malaysia ialah,kita sambut mother's day kerana ingin menghargai jasa ibu.
tiada kaitan dengan agama atau puak lain.
sama sahaja macam sambutan hari bapa/pahlawan/guru/jururawat/polis/tentera/belia & dll.
so, no big issues.
semua adalah untuk menghargai mereka bukan memuja atau mengagungkan mereka yang tiada kaitan.
harap semua jelas..
lastly, jangan keluarkan hukum kalau takda pengawasan mufti.


tu je.
bye.
wslm


selamat hari ibu,umi!
thnks for everything.

 lagu untuk Hjh. Kalthom & semua ibu yang di cintai.
^_^




with umi time wedding Khabir dkt Plong, sungai buloh.

-anakmu yg degil lagi memeningkan-
:)

Wednesday, May 9, 2012

transfomer lagi.

(RE-EDIT ENTRY)

salam alayk...
fuhh..
berdebar-debar hati ni..
hmm..
apa maknanya?
hmm..
cuak lah..
aiyaa..
(bukan sbb citer transfomer okeyyy)






huhu...
sy tak perlu jadi mcm lelaki.
thinking so hard to find money.
sebab saya sendiri telah pilih jadi part time penulis novel.
so, dari segi duit.
sy takda mslh.
but, dosent mean..lelaki tu TAK perlu keluarkan duit untk sy.
saya atau mana2 wanita tidak suka lelaki PEMALAS.
harap maklum.
:)

skill masak, skill menjahit, skill untuk tahan dugaan & jd lebih bersabar tgh applied sikit2 dlm diri.
skill untuk lebih indie, skill untuk jaga aurat, skill untuk jd wanita solehah pun tgh sy usahakan.
sy pun dah mulakan life dengan diary.so that my time will sytematic..
^_^


apalah kelebihan si dia, if dapat wife tak boleh harap..
tahu nak cantik je, tapi tak pandai hal lain..
kasihan....
hmmm..
at least, i want to be someone he can proud off..
:)
insyaAllah.

IKLAN-IKLAN;
bulan lepas, beli phone baru.
my smsung sgl7 rosak.
so, beli corby2 colour PINK.
:)
hehe..
alhamdulillah.


naluri wanita kan..
kadang tu bila nampak wanita soleh rasa mcm diri ni tak cukup amal dengan Allah je..
*compare myself to her*
then bila tengok wanita yg tak brape hiraukan Islam, terdetik rasa syukur.. sebab Allah masih sudi pilih diri ni untk terima hidayah.
=.='

pernah dengar kawan cakap, kalau dalam kesusahan..
compare diri dgn org pakai selipar,kasut, & berkaki ayam..
kalau kita pakai selipar..
kita cuba nak jd yg trbaik mcm org pakai kasut..
bila tengok orang berkaki aym, kita bersyukur..sebab kita masih mampu pakai selipar.
analoginya begitu..
huhu..



got something to share,
semalam tgok u-tube..
RCTI, tentang Ramadhan series KCB.
teringat bila director kata.. drama tu masih jaga pergaulan pelakon.
tiada unsur pegang2 dgn bukan mahram.
it's good to hear that.

recently,i read in one of pop-star website,
article faizura. pelakon Malaysia.
dia kata susah betul nak dpt watak yg takda pegang dengan laki.
betul ke?
kasihan pelakon yg tengah berubah nk jadi baik, sebab itu sumber pendapatan dorang.
well,
bagus lah kalau dia *faizura* mula fikir tentang tu.
saya setuju.
saya beharap, kalau novel saya keluar nanti..
saya nak semua pelakon pakai tudung *based on my novel*, & no touching scene.
even pegang watak suami isteri.
unless they are REAL hubby & wifey.
:)

ambil lah contoh filem2 Iran.
dorang takda scene2 pegang2 ni.. tapi masih mampu gondol award di festival filem.
^_^

besides,
karya Habiburrahman juga berjaya bawa fenomena tentang ni.
menjaga adab sebagai Islam.
Alhamdulillah.
:)


well cuti ni memang saya amik masa untuk cantikkan diri.
makan suppliment untuk kulit.
minum air berunsur herba & 100% natural untuk kulit cantik & sihat.
saya nak jadi wanita yang pandai jaga kesihatan & sihat.
meskipun berpurdah.
^_^

well, about my healthy lifestyle..
lg2 bulan, akan bersinar2 lah diri ni.
ewah.
ingat bintang ke hape?
huhu..
jokes..
cantik untuk diri sndiri & sihat.
insyaAllah tak salah.
;)


tu je.bai~
wslm

Tuesday, May 8, 2012

why me?

 Salam Sejahtera
cid:041201cbe2e6$ceb2a240$1a02060a@PublicMutualBhd.local

Arthur Ashe, the legendary Wimbledon player was dying of AIDS which he got due to infected blood he received during a heart surgery in 1983.
From world over, he received letters from his fans, one of which conveyed:
"Why does GOD have to select you for such a bad disease"?
 
To this Arthur Ashe replied:
The world over -- 50 million  children start playing tennis, 5 million learn to play tennis, 500000 learn professional tennis, 50000 come to the circuit, 5000 reach the  grand slam, 50 reach Wimbledon, 4 to semi final, 2 to the finals.
 
When I was holding a cup I never asked GOD 'Why me?'.
 
And today in pain I should not be asking GOD 'Why me?'
 
Happiness keeps you sweet….
Trials keeps you strong….
Sorrow keeps you human….
Failure keeps you humble….
 Success keeps you glowing….
Only Faith & Attitude keeps you going....
 
Always  keep  people  in  your  life  that  charge  your  battery,  not  those  who  will  drain  it
 
Treasure every encounter, for it will never recur !!!!

Monday, April 30, 2012

keputusan

(RE-EDIT ENTRY)

salam alayk...
hari ni nak share cerita tentang result.
well, nak tak nak terpaksa amik balik subjek2 minor sebab dulu lupa nak bagitahu yang saya lulus subjek2 tu time register kt unisel.
never mind, i manage to get better result compared in the previous university.
alhamdulillah result bagus.
syukur.
tq Allah.
tq umi & abi..
pensyarah..

sebab dengan usaha yang gila kuat je akan membuahkn hasil yg baik.
insyaAllah.

ni ha result exm.
takda la power mcm org2 yg dasyatt..
sbb sy bukannya pndai pun time zmn skola..
:P



buat umi & abi, i'm sorry..i cant get more than 3...
sbb sbjek major tah ape2 tah..
huhu..
if i can reseat the paper back, i will do the best just for u both..
myb sbb trlalu gubra time exm, so i cant manage to get the good result..
rasanya dah jwb shabis baik..
tp myb sbb slh eja.
sy kan trkenal dgn penyakit CUAI mengeja..
dr zmn skola mmng itu pnyakit sy pon..
uhuhu...

thts all for today.
:)

Friday, April 20, 2012

if you read this..

(RE-EDIT ENTRY)

salam alyk...

the memories keep haunting me.18.19.20.21..
4 yearssss....

youlove to used words>chow chi ciowww
hehe..


dear friend,
i dont know on wht purpose you following me..
i hope there is no bad itention on me.
deep in my heart, i still remember the words " she more important than you. suka hati you lah".
after you acuse me that i like you and so whateva.

i really happy to hear that you are ok.
you now can see well.. your eyes dah sembuh, i guess.
please kindly dont ask why i scared with you.
not because you are fierce..
but, i simply can't have conversation with you because i'm hurt.
hurt by your special girl long-long time ago.
it's like, her mistake.
you say my mistake.
demmmittt.

because it too hurt, until i dont want to know about you.
i do ask apologize.
but you are not.
i really appprciate our friendship since i was 15.
then you ruin everything..
& i consider that was your mistake.


simply to mention that,i dont 'deserve' to be friend with you.
inteligent boy & whateva.
bcause u did mention that before.
-.-'

i think enough for that.....
thank you for the doa.
i pray for your happinest dear friend.
may Allah bless you.
^_^



-aliahelmi-
Malaysia

Wednesday, April 18, 2012

menu mudah untuk si perantau

salam alyk & hye folkss...

hari ni just nak share very quick & yummy menu dengan you.
eh you lah.*yang study OBER-sea.. overseas..
hehe


ayam ting-ngeling-ngeling.. (apesal nama dia mengerlip sangat? hooho)

1.ayam mentah (ikut lah nak banyak mana.)
2. mayonis (ikut cukup nak gaul-gaul ayam tu)
3.black paper sauce ( ckup untuk gaul, kalau nak pedas, letak la banyak.tapi jangan sampai 1 botol ok?)
4.perapkan dalm 30min , semalaman lagi bagus dlm freezer.
5. masukkan dlm aluminium foil.
6. bakar dalam oven OR steam it dlm periuk steam.
7.biarkan around 20min/sampai masak.
8. makan lah dengan 'bismillah'..
9.enjoy your meal MONSTER.. hik3


ayam percik version battleship. (amboi, nama nak ganazzz jee)

1. ayam mentah(ikut lah nak banyak mana you all nak makan)
2. serai 2 tangkai je, bawang merah besar 1 ulas, bawang putih 3 ulas kecil, ketumbar.(kisarkan)
3. perap ayam dgn bahan2 tadi. campurkan sikit serbuk kunyit.gaul2. perap lah 30min or semalaman dalam freezer, & cmpur 1 sudu kecil garam.
4. bakar ayam tadi.
5. balance kuah tu sila masak dulu after dah around 5 minit, campurkan santan or susu cair. campur lah garam sikit & cili. (ini untuk kuah)
6.makanlah elok2, jangan sampai tercekik. hehe

tu je menu untuk hari ini, khas untuk anak2 yang merantau jauh... bagus anak mak dah pandai memasak..
lepas habis belajar, dah boleh laaaaa..
mak carikkan 'ehem-ehem' untuk anak mak ni..
hoho...



love,
aliahelmi
me, still stranded in Malaysia.. aigoo~
Turkssss!

travelog : niqabi Vs women in black

salam...
tibe tarik nafass dalam.
*eh, dh gaya mkcik2 yg kat labour room je*
aik!
:P

alhamdulillah, masih di beri ruang untuk menulis.
semenjak transform diri ni..
terlalu banyak lah yang saya belajar.
dari yang tak concern tentang aurat kepada yg lebih berhati-hati mengenai aurat.
alhamdulillah.
kepada yang malas membaca kepada orang yang suka membaca.
dari yang malas kepada SIKIT rajin lah. hehe..sikit je rajinnyaaa...hihi...
dari yg berat tulang kepada ringan tulang. amboihh! dah macam kertas keee?hek3
syukur Allah.
semoga ada lagi perubahan terhadap diri ni..
insyaAllah..mohon doakan ye kawan2.
^_^


masuk bulan ni dah 7 bulan dah pakai niqab.
macam-macam dugaan.
sebab saya ni kulit sensitif, ala-ala baby cmtu..
bila peluh..kadang2 merah je kulit pipi ni...
so, terpaksa ke klinik untuk beli ubat yg patut untuk hilangkan ruam tu.
stay cute/adorable di mata Allah di balik purdah..
hehehe...

well, dari segi penerimaan orang terhadap my physical changers ni...
ada yg baik, ada yg teruk, ada yg biasa2 je, ada yg excited.

masih terbayang ada kes makcik physco ;
di temani oleh siewmaytay ketika saya sibuk memilih buku di kedai fofular di PKNS.
tiba-tiba leka nak pilih Quran english translation untuk may, ada seorang makcik ni.
*unknown planet where she belong* :P
tiba-tiba dia tanya ...
makcik : awak pakai purdah?
me : iya saya.
makcik : awak orang sini?
me: tak. saya student dekat sini. kenapa ye?
makcik: awak tahu tak orang pakai purdah tak boleh pakai baju kaler2 ni? kena pakai jilbab labuh warna hitam. berkaler ni semua tabaruj! (nada dia sangat annoying)
** eh lupa, ni kt tgh2 kedai depan kaunter** malu kot, kena ABUGEN macam tu.ish3...
me: oh really? (buat muka cool)
makcik: awak kena jumpa ustaz tanya tentang etika pemakaian orang pakai purdah.
me: ok, terima kasih.

may kata, lepas momen tu.. dia asyik follow saya sambil cakap ape tah ngan member dia..
*dah terbiasa malas layan orang, saya tak notice pun makcik tu lagi-biaselah hot ke?*
:P

bayangkan. saya sangat terkejut. dalam kesibukkan saya nak habiskan vaucher buku tu..
tiba-tiba di uji macam tu.
saya terfikir, eh salah ke aku pakai baju kurung ungu ni ada corak batik *baju zaman sekolah f2*?
 tudung labuh bidang 60 ni?
pakai stocking, covered shoes?
rasa macam baru kena tampar je.. sakit yowwww!
grrrr~

cepat2 saya dan may after beli buku terus ke SACC mall.
i want to find book about fiqh pemakaian wanita.
2,3 buku jugak lah beli.
then on the way balik naik bas rapid to sek.7, i call my mom.
"umi, betul ke wanita berpurdah tak boleh pakai baju bercolour?"
"siapa cakap macam tu?"
"ada sorang makcik tu cakap camtu"
"orang pakai purdah takda hak terhadap warna-warna yang Allah ciptakan ke?"

dengan jawapan umi, saya sedikit tenang. balik rumah terus baca buku-buku yang di beli.
sepanjang naik bus, may dok marahkan makcik physco tu..katanya ape punya mentaliti lah. kolot, diskriminasi. well,saya dah habiskan buku2 tentang etika pemakaian wanita itu.insyaAllah, apa yang saya pakai masih dalam syariat.


momen kedua,
saya sibuk ke surau di bangunan universiti.keluar dari tandas wanita, selepas selesai berwudhuk.
saya berselisih dengan seorang wanita berumur lingkungan 50-an lah. nampak seperti kacukkan Cina.
dia baru keluar dari surau, dan saya baru sahaja nak masuk ke surau.
dengan pandangan yang macam marah dia tiba-tiba ...
makcik: "are you wearing a purdah?"
me: "alhamdulillah, yes i'm"
makcik: "did you know that, in every university not allowed student wearing purdah?"
me: "i'm sorry, are this university semi government ot private university?"
makcik :"no, none of university allowed the student wearing purdah"
me: "no, i have friend in UIA,MSU and other unversity wearing purdah"
makcik:" you wearing since register here?"
me: "yes. during the orentation week, the person who give me hadiah also your boss. why you said like that? cannot wear a purdah?"
makcik: " because, i cannot regonise you either man or women"
me: "you supposly not saying like that. you are muslim"
makcik:" ok then, i will talk to the campus board of director about this. but surely, cannot wear a purdah."
me: "sure, kindly please"

rasa nak je gugur jantung bila ada seorang wanita muslim menidakkan hak saya berpakaian.
kenapa wanita yang memilih untuk menutup aurat termasuk muka tidak di benarkan di unversiti, sedangkan wanita yang sibuk memeperagakan aurat masing-masing di benarkan?
question mark on your forehead!


momen ketiga ; ni lebih menyenangkan la..

dalam kelaparan sebab tak makan breakfast.saya terus ke kafe.
sebab temankan umi ke hospital, sementara umi masuk bilik dracula *bilik amik darah*
hehe..
saya terus ke kafe untuk minum milo & makan roti.
tiba-tiba ada seorang nenek yang di hantar anaknya untuk duduk di meja bersama saya.
anaknya pergi que beli makanan.
saya hanya diam & senyum sahaja pada nenek tu.
tiba-tiba...
nenek: "cantik mata & kening kamu"
me: arhakk *tersedak*
nenek: "cantik kening.. susah nak jumpa. mahal ni."
me:"masyaAllah, nenek. ni semua Allah bagi. muka saya tak cantik pun. huhu"
nenek:" tapi cantik kening kamu"
me: "alhamdulillah, itu semua Allah punya. ala, nenek muda-muda pun mesti cantik jugak,kan?"
nenek: tersenyum

momen lain;
saya keluar ke shopping mall atau kadang-kadang ke taman permainan..
anda tahu apa yang paranoid/skeptikal parents did towards me when i  say "hi' to their cute,adorable kids?
dorang cepat-cepat tarik tangan anak dorang.
dengan muka macam annoying dengan saya, dorang terus bawa anak dorang jauh dari saya.
*do i look like alien vs predator?


jadi bagi saya, menggelar wanita berpurdah dengan gelaran "women in black" adalah sesuatu yang sangat dangkal.
apa wanita berpurdah itu tidak layak menikmati warna-warna yang telah Allah kurniakan?

saya menghormati sunnah, wanita sebaiknya memakai pakaian berwarna hitam & lelaki ialah warna putih.

namun, mulut-mulut orang yang menghukum dan menyelar wanita berpurdah tidak boleh berpakaian berwarna selain warna hitam, itu adalah tidak adil.

bagi saya, kenapa saya memakai baju berwarna atau tudung berwarna atau bercorak ada sebab.
orang yang kolot sering memandang wanita berpurdah sebagai seperti pengganas.
sehingga di layan seperti situasi yang saya beri di atas tadi.


kalau anda mahu rasa pengalaman ni, anda boleh cuba.
kadang-kadang saya berasa asing di tempat saya sendiri.saya nak ke shopping mall or beli barang dapur di ke gedung2 besar, orang Melayu,muslim,wanita memberi pandangan yang sangat sacarstic kepada saya.
tapi, saya cuba senyum & senyuman dapat di lihat melalui mata sahaja.

orang tahu menilai wanita berpurdah tidak boleh itu dan ini, tapi tahukah kami di layan sebegini oleh pihak yang kolot?

saya membaca buku mengenai etika pemakaian wanita muslim.
Islam tidak melarang umatnya untuk memakai pakaian apa pun, jika tidak ada unsur agama lain, untuk tidak bermegah.
saya ambil kira apa yang pernah di perkatan oleh salah seorang vlogger terkenal mengenai pemakaian orang Islam.
1. mengikut dress code ISLAM
2. selesa
3.fashionable.

saya bersetuju dgn plan tindakkan yang di sarankan oleh beliau.  Islam tidak pernah diskriminasi.
well, jangan kata " sape soh pakai purdah kalau nak fesyen2 ni"

untuk makluman sedara/i sekalian.pemakaian purdah ada sebab2 tertntu. berbeza mengikut  wanita.
1. menyembunyikan kecantikan & untuk yang berhak.
2. mendekatkan diri dengan Allah,melupakan kecantikan/perhiasan muka,.forget about make up.
3.permintaan suami untuk kecantikan untuk suami. 
4. dll.


cukup untuk saya simpulkan, meskipun anda tidak bertudung, bertudung , berjilbab atau berniqab.
pakai lah apa pakaian yang melambangkan anda wanita Islam & Islam itu harmoni.
jangan sempitkan pemikiran dengan pemikiran kolot.

nasihat saya, sebelum nak berkata merepek2.lebih baik anda kaji apa pandangan imam mazhab masing2 tentang isu purdah.


jawapan saya kpd momen2 di atas ;
1. "kalau makcik membaca lebihhhh sikit, makcik tahu tak yang imam as-syafie mewajibkan pengikutnya memakai purdah. kerana di katakan wajah itu aurat & mampu menarik minat lelaki?"
2. "ini negara Islam, menjadi hak saya untuk berpakaian dan mengikut etika pemakaian wanita Islam. tak pernah baca perlembagaan Malaysia ke? perkara 5."
3."kecantikan itu yang cuba disembunyikan, & kecantikan itu sementara"
4."saya bukan pengganas & saya seorang wanita yang mempunyai naluri wanita yang sayangkan kanak-kanak"


i think that's all.
lagi satu reminder saya buat orang yang kolot dengan wanita berpurdah.



jangan ingat daku menutupi wajahku,kerana aku hodoh atau aku berasal dari kampung.
tapi ingatlah.
aku wanita yang sudah lemas dengan maksiat dunia & ini adalah jalan yang aku pilih untuk melawan arus gelombang neraka untuk mencari cinta-Nya.
aku adalah wanita yang cuba untuk berjuang menutup auratku.
selagi kainku menutupi auratku dan mampu menyelamatkan lelaki penting dalam hidupku dari di ratah api neraka,
biarkanlah apa pakaian yang ku pakai selagi syariatku masih terjaga.
kerna Islam itu adalah cara hidup, bukan menyusah hidup.
jangan kau sangka dengan pemakaianku, aku ini orang yang tidak berpendidikan.
rendah diri untuk ku perkatakan, wanita berpurdah kini semuanya sudah berpendidikan tinggi.
sudah pandai berbicara dalam pelbagai bahasa.
hentikan pandangan hinamu kepada aku.
kerna aku juga manusia.

p/s: kami pakai baju berwarna untuk tidak menakutkan anak-anak kecil yang mendampingi kami & untuk memberitahu orang yang kolot bahawa Islam itu indah, tidak pernah diskriminasi.


when you please me, 1000 time people please you, so am i.
-aliahelmi-