Monday, October 17, 2011

AKU NAK MATI!!

AKU NAK MATI!!


Salam alaik’....
Umum tahu saya ni suka menulis artikel di blog sendiri mahupun di nota2 fesbuk.
Btw, title tajuk> takda kaitan dgn penulis. :)
Di sebabkan ‘kelazatan’ dalam bidang penulisan ini membuatkan saya gemar mencurahkan idea mahupun berdiskusi tentang sesuatu tajuk tanpa prejudis serta masih menitik beratkan Islam.

Baru-baru ini saya di kejutkan dengan seorang kenalan yang kata, dia mahu Allah matikan sahaja dirinya. Tak mampu baginya untuk mengharungi dugaan hidup yang di hadapinya. Serta meminta di hilangkan ingatan agar kisah-kisah sedih dan duka dalam masalah hidup boleh lenyap begitu sahaja.

Tindakan saya? Tersenyum melihat keletah manusia yang berada di dunia serba teknologi dan modern, yang bodoh.
Ya, tidak keterlaluan rasanya memberi gelaran itu. Meminta untuk mati segera macam mee segera dan minta hilang ingatan macam sesi drive through?

Acap kali saya mengingatkan mereka yang mengadu perihal ini supaya mendalami Quran. Ya, dalami Quran. Itu solusi terbaik.
Namun jawapan yang saya terima, “aku dah baca Quran, tapi aku masih rasa masalah ni beban dan Allah kejam teradap aku”.
Apa jenis ‘reptilia’ anda ini?
Kalau engkau benar-benar menghayati ayat suci Allah, kalam suci itu. Aku yakin hati engkau tenang umpama lautan  yang di tinggalkan sejuta tahun.
Kalau engkau benar-benar taddabur dengan Quran, kau tidak akan gelisah umpama cacing di gigit api mentari.

Kalau engkau benar-benar mempercayai Allah swt sebagai pencipta, engkau tidak akan mempersoalkan apa yang telah Dia tuliskan dalam karya agung hidup mu yang sudah tercacat di loh mahfuz.

Apa kau sudah lupa makna kufur nikmat?
Apa kau belum mengerti konsep syukur?
Apa kau buta dengan di katakan syukur dengan nikmat?

Muda-mudi sekalian.
Aku berbicara bukan kerna nama. Ya, jauh aku merunung manusia yang sering menyalahkan takdir dan berkata dunia ini kejam.
Sedarlah manusia! Andai kau pencinta ayat-ayatNya, kau pasti mendengar ayat ini “Allah tidak akan memberi ujian selagi kau mampu untuk menanggungnya”
“Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya”
“Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada engkau sahajalah kami memohon pertolongan”

Tahukah kau, Allah tidak beri ujian ini melainkan kau mampu?
Jika kau merungut-rungut, apa kau sedar kau ini maksum? Tiada sekelumit debu dosa yg ada di badan mahupun rohmu? Maka dengan itu kau tak layak menerima ujian?
Klasifikasikan kembali diri kau, apakah kau Tuhan atau hamba? Jadi layakkah seorang hamba mempersoalkan ujian yg diberi kpdnya?


Atau jika kau masih dalam kebodohan yang nyata, luangkan lah masa kau membaca surah Az-Zalzalah. Ini terjemahannya;
1.     Apabila bumi di gegarkan dgn gegaran yg sedahsyat-dahsyatnya
2.    Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya
3.    Dan berkatalah manusia (dgn perasan gerun) ; “apakah yang sudah terjadi kpd bumi?”
4.    Pada hari itu, bumi pun menceritakan khabar beritanya
5.    Bahawa Tuhanmy telah memerintahnya (berlaku demikian)
6.    Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk di perlihatkan kpd mereka (balasan) amal-amal mereka.
7.    Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah (nuclei atom), nescahaya akan di lihatnya (dalam surat amalannya!)
8.    Ddan sesiapa membuat kejahatan seberat zarrah (nuclei atom(, nescahaya akan di lihat (dalam surat amalannya!)

Hadirin-hadirat sekelian pembaca artikel saya. Jika di baca ayat di atas, apa kalian masih mahu meminta mati?
Apa amalan kalian kerjakan sudah cukup melayakkan kalian untuk cium bau syurga?
Jikalau bau syurga kalian tidak layak untuk hidu, apakah kalian layak menjejakkan kaki ke dalam syurga?
Apa kalian ingat hidup sbg khalifah di atas bumi ini umpama kartoon ‘spongebob’?
Kalau mati, boleh hidup balik. Dan ulang seberapa banyak kalian mahu.
Ingat, mati adalah tempat istirehat yg tiada jalan kembali untuk hidup. Hanya kehidupan ketika alam baru kelak, alam akhirat.



Mahu di beri lupa ingatan?
Apa kalian fikir ini umpama drama? Nanti boleh sembuh bila sampai waktu.
Tak pun, umpama novel karya luar negara ‘remember me’ ?
Apakah kalian lupa kejadian otak dan keberkesanan akal fikiran melakukan kerjanya?
Apakah kalian lupa, yg membezakan manusia dan haiwan itu bagaimana?

Apakah itu cara manusia yg mengaku hidup di zaman berteknologi seperti ‘real steel’ berfikir?
Apa guna jadi manusia, jika keajaiban dunia tak di terokai.
Apa guna jadi manusia, andai tidak mengenal Sang Pencipta.
Apa guna jadi manusia, andai dunia masalah menjadi titik kematian sebelum tiba waktunya.

Sedarlah manusia, dalam doa yang kau kirimkan pada Allah tiap kali selepas solat
“ya Allah, ampuni dosaku, kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sprt mereka mengasihiku ketika aku kecil dahulu. Jangan lah Engkau pesongkan hatiku setelah Kau beri nikmat kurnia. Sesungguhnya aku manusia yg mudah lupa dgn kurnian-Mu”

Contoh nikmat kurnia?
-Islam
-nyawa
-oksigen

Tiga-tiga nikmat ini seharusnya sudah mengajar kita apa itu nikmat mengsyukuri.
Nasihat untuk diri saya mahupun anda, lebihkan lagi waktu bermunajat di tengah malam. Mencari ketenangan dan menginsafi.
Akhir kata dari petikan surah An-Nasr ayat terakhir ;
“maka ucapkanlah tasbih dgn memuji Tuhanmu dan meminta ampun kepada-Nya, sesungguhnya Ia sangat-sangat menerima taubat”

tolong lah 'REBORN' diri dari masalah. Belajar menjadi muslim sejati dan bertindak menggunakan otak dan bukannya kaki!

Wallahualam

-aliahelmi/ZH-

No comments:

Post a Comment