Thursday, August 15, 2013

jalinkan silaturrahim eid fitri

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semuanya.
Alhamdulillah,
berjaya juga melalui madrasah Ramadhan sehingga menjejak kaki ke bulan Syawal.
Bersyukur masih diberi ruang untuk merasai nikmat nyawa.
Alhamdulillah.

Ramadhan kali inil, saya banyak menghabiskan masa dengan memerhati dan mendengar.
Mungkin Ramadhan kali ini tidak se-produktif seperti dahulu.
Allahuakhbar.
Namun, saya gagah juga untuk banyak melihat ciptaan-Nya dan cuba lebih selektif dalam mencari bahan sebagai halwa telinga.

Apa-apa pun, belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog saya ni.
*dah berabuk dah blog ni*
hakkkkcuummm~


Macam biasa, menjelang bulan Syawal saya ada banyak planning untuk mengukuhkan jalinan silaturrahim saya bersama rakan-rakan.
Saya ni dari sekolah seorang yg tegas dan kadangkala ego tinggi. Somehow, benda-benda ini saya cuba nak kurangkan dan berubah jadi lebih baik.
Jadi, time cuti panjang ni ramai kawan-kawan yang request untuk saya buat gathering seperti kebiasaan dahulu.
Sampai kena cop> ketua gathering!
haha.

Syukur, niat untuk bersua dengan kawan-kawan termakbul.
Tempoh hari sempat berziarah ke rumah cikgu-cikgu.
Cikgu Hamidah, Cikgu Zanizah, Teacher Norasuan.
Beraya sakan lah jugak, 6 buah rumah dalam masa setengah hari!

Ni ada la beberapa foto yang barangkali boleh mengubat kerinduan pada cikgu-cikgu atau pada kami-kami yang masih belajar dan rindu wajah cikgu semasa mengajar kami ketika disekolah rendah dahulu.
:)







Malam kemarin, saya sempat aturkan majlis gathering di kediaman ibu bapa saya di taman pu3 lindungan bulan (aiii, kata anak rajaaaa.. mesti la rumah ala2 kayangan gitu)
:p
so, expecting 6 orang je kawan yang datang. sekali datang double!
Syukur Alhamdulillah, semua happy. Maaflah ye kalau makanan tak cukup ke tak sedap ke..Buat BBQ ni cuma nak raiikan dan bersua dengan kawan yg terpisah lama. Rinduu.
Semoga Allah jaga hati kita, jaga akhlak kita elok-elok.
Yang dah berkerja, tahniah!
:)
Yang masih belajar, teruskan berjuang! InsyaAllah kejayaan akan bersama kita semua.
Saya gelarkan gang saya gang 'twenty-two'. Memandangkan taylor Swift ada buat lagu tu, saya amik jela tajuk lagu tu untuk gang saya. Hehe.
Barakallah everyone.

Special thanks to; 
Arif Safuan,
Iffah Zafirah
Roslindawirnayanti
Syafiqah Liyana
Hafizah Aziz
Sharifah Amirah
Fadhilah Aziz
Nadizrah Taufik
Hafizi
Shahrul Nizam
Fadzlee
Aimi Husna
Dzul Izzat Hussin




Love as always,
Aliahelmi