Thursday, January 12, 2012

BOGEL MENCARI TUHAN.

Salam alaik’ dan salam sejahtera buat pembaca bukan beragama Islam.
Buat sekian kalinya saya memilih untuk menulis artikle tentang tajuk yangsaya sendiri pilih.  Barangkali ramai yang tertanya-tanya kenapa saya sanggup memilih tajuk yang kurang sopan.
*mood saya hari ini, menulis sambil mendengar kesemua lagu nyanyian Maher Zain. ^_^
Sebelum ini, saya ada menceritakan tentang memupuk rasa rindu pada penghulu segala nabi, Muhammad bin Abdullah.  Alhamdulillah, hingga kini saya masih merasi rindu kepadanya.  Cerita mengenai  baginda Rasulullah dalam artikle sebelumnya benar-benar membuat hati saya tersentuh. Saya juga berharap para pembara turut merasai satu molekul malah jutaan molekul kerinduan buat baginda Rasulullah.

Meniti sirah umat-umat terdahulu di zaman para anbia yang lain.  Sudah cukup buat hati kecil saya bergetar kerana takutkan azab yang Allah timpakan kepada hamba-Nya yang ingkar.
Jika kalian pengkaji kitab umat Islam, Quran (saya tujukan kepada mereka yang bukan beragama Islam). Pernahkah kalian membaca tentang umat Nabi Lut? Yakni kisah mengenai umatnya yang mengamalkan seks sejenis?
Saya cadangkan kalian membacanya.  Jauh sekali saya cuba untuk meracuni pemikiran kalian lantas menghasut kalian untuk memeluk Islam.  Umum tahu, Islam merupakan agama yang bukan paksa.  Tiada paksaan untuk sesiapa untuk menganut agama Islam. Quran merupakan sumber rujukan kami untuk mengetahui Islam itu sendiri. Kami menganggap Al-Quran sebagai novel terhebat di dunia ini. Kesemua perkaitan antara hidup dan mati ada di selitkan dalam ayat-ayat Quran. Jadilah seperti Cat Steven atau nama Islamnya ialah Yusuf Islam, beliau merupakan salah seorang rock star di United Kingdom sekitar 1960-an. Beliau di hadiahkan sebuah kitab Al-Quran ketika majlis hari lahirnya oleh abang kandungnya yang merupakan salah seorang bekas paderi. Pesan abangnya “Kalau kamu punya waktu lapang, bacalah kitab itu. Tolong letakkan kitab itu di tempat yang baik-baik dan tolong jaganya. Yang pasti, tiada paksaan jika kamu tidak mahu membacanya. Terserah kepada kamu untuk menilai kitab ini”. Saya terharu membaca kisah pengislaman beliau. Untuk lebih suspens, saya cadangkan kalian mencari maklumat tentang berita pengislaman Cat Stecven aka. Yusuf Islam.

Setelah perginya utusan terakhir, Nabi Muhammad, umat Islam di wajib merujuk Al-Quran dan hadis untuk sentiasa memahami agama agar tidak tersesat.

Berbalik kepada pengceritaan ‘bogel mencari Tuhan’.  Kesemua yang ada di dunia samaada milik kita atau tidak, semuanya itu ialah milik Allah swt. Kekal milik-Nya. Sehingga nayawa kita juga adalah salah satu nikmat pinjaman yang Tuhan berikan kepada kita. Ikutkan realitinya, kita ialah seorang manusia yang berbogel sahaja di hadapan Allah swt. Di akhirat kelak, kita akan berbogel di padang Mahsyar ketika menuju mencari  Sang Pencipta. Saya ingin bertanya kepada pembaca sekalian, apa yang kalian faham dengan agama Samawi? Ok, anda ada 60 saat untuk menjawab soalan saya.

OK, masa tamat!~
Mengikut istilah yang di Melayukan, agama samawi bermakna agama yang berasal dari langit.
Antara agama yang berasal dari langit ialah, agama Islam, agama Nasrani (Kristian) dan agama Yahudi.
Saya ingin menyentuh sedikit mengenai kisah umat di zaman Nabi Lut. Kisah di mana, umat Nabi Lut telah di tenggelamkan dalam perut bumi akibat perbuatan terkutuk mereka. Bumi di terbalikan semasa zaman umat Nabi Lut.

Kalian boleh merujuk dalam Surah Hud 69-70 ;
“ Dan para utusan Kami (para malaikat) telah datang kepada Ibrahim dengan membawa khabar berita gembira , mereka mengucapkan ‘selamat’. Dia (Ibrahim) menjawab ‘selamat (atas kamu).’ Mereka tidak lama kemudian Ibrahim menhidangkan anak lembu yang dipanggang. Maka ketika dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, dia (Ibrahim) mencurigai mereka, dan merasa takut kepada mereka. Mereka (malaikat) berkata ‘janganlah takut, sesungguhnya kami di utus kepada kaum Lut”

Apa yang kalian tahu tentang dialog antara malaikat yang menyamar menjadi pemuda yang segak itu dengan nabi Ibrahim?
Menyingkap kembali cerita di sebalik kisah ini, membuatkan hati kita lebih merasa erti taqwa. Saya berharap kita dapat melangsaikan kembali hak kita kepada Allah swt. Rasa takut kepada Allah swt terus menular ke setiap sendi darah saya. Tanpa saya duga tanpa saya pinta, selepas membaca artikel dan menyemak kembali kitab suci umat Islam untuk mengetahui kisah lanjut perihal mengenai umat nabi Lut, kalimah ‘innatakuttllah’ sesungguhnya aku takut akan Allah.

Mari kita baca terjemahan dari surah Hud ayat 77 hingga 83.
“Dan apabila datang utusan-utusan Kami kepada nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan mereka tidak terdaya dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya), sambil berkata: “ini adalah hari yang amat mencemaskan” (77)
“Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum  itu sudah biasa melakukaan kejahatan. Nabi Lut berkata; “wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku, mereka lebih suci bagi kamu (maka berkawinlah dengan mereka). Oleh itu, takutlah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (dapat memberi nasihat)?” (78)
“Mereka menjawab; “ sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu, dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki”. (79)
“Nabi Lut berkata; “kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat ( dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu)” (80)
“(Mendengarkan yang demikian), tetamunya berkata; “wahai lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sesekali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya ia akan di timpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang di janjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat?” (81)
“Maka apabila datang ( masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu tongangbalik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami menghujani dengan batu-batu dari tanah yang di bakar, menimpanya bertalu-talu.” (82)
“Batu-batu itu di tandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.” (83)

Jadi bagaimana? Saya ingin bertanya kepada mereka yang bukan beragama Islam. Baru sahaja tadi, awak membaca ‘novel’ agung. Kami menganggap ini kitab suci kami buku cerita yang paling menarik sekali.  Kami amat alu-alukan kalian untuk mengkaji kitab suci kami, dan kami sangat berbesar hati sekiranya kalian mempunyai persoalan mengenai kitab Quran.

Saya pasti, semua pembaca mengerti serba sedikit cerita mengenai kaum nabi Lut yang terpesong sebagai manusia normal. Keperluan seks mereka atau bahasa mudah kini menggelar meraka sebagai ‘gay’ atau golongan homoseks. Keperluan seks di luar tabi’ ini sangat di keji oleh semua agama. Tidak membawa sebarang faedah, malah tidak membantu melahirkan manusia. Realiti, hanya seorang ibu yang mampu melahirkan anak. Yakni, hanya wanita sahaja yang Allah ciptakan untuk melahirkan umat generasi.

Mari kita tenung dunia kini. Kelihatan dunia kini jauh lebih teruk dari umat nabi Lut. Kenapa ya?
Pada pandangan saya, umat zaman kini ada 3 pakej. Gay, lesbian dan seks bebas antara lelaki dan wanita!
Nauzubillahminzalik’.
Apa yang kita mahukan sebenarnya? Mencuba sesuatu yang baru untuk memenuhi nafsu binatang kita? Mana letaknya akal kita untuk memilih hidup untuk sosang dari ajaran yang sepatutnya? Mana pergi nilai-nilai yang ibubapa kita ajar dari kecil? Allah swt memerintahkan hambanya untuk menjaga kemaluan. Kemaluan merupakan salah satu faktor penularan penyakit kronik di akhir zaman ini andai di salah guna (maksud saya, hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin sahaja yang layak menggunakannya untuk pasangan masing-masing dan di larang sekali untuk mereka yang bujang). Contoh penyakit ialah, AIDS, HIV dan macam-macam lagi.
Allahurobbi.
Saya mahu kalian mula berimiginasi. Gunakan kaedah kartoon ‘Jimmy Neutron’ berfikir. Paksa diri kalian untuk berfikir, apakah balasan yang akan Allah turunkan pada kita andai kita mempunyai ‘3 pakej’ lengkap maksiat ini?
Di terbalikkan bumi? Di tenggelami air? Di hempap dengan batu-batu dari neraka? Di sambar petir secara lansung?  Bayangkan sahaja apa jenis bentuk-bentuk kemusnahan bumi yang mampu menghapuskan umat manusia.
Bayangkan, di sebalik kemusnahan kalian juga turut terpalit merasainya.
Nauzubillah’

Well. Hari ini kalian (muslim) baru sahaja bertaddabur mengenai ayat Quran. Tahniah!  Seronok bukan? Bacalah Al-Quran setiap hari untuk memahami ayat-ayat Allah swt dengan lebih mendalam. Kalian pasti akan seronok dan mula menghayatinya.
Rasanya tidak puas sekiranya cerita tentang kaum nabi Lut di berhentikan begitu sahaja.
Betul tak?
Saya mahu sambung cerita mengenai kaum nabi Lut tadi. Dalam surah Al-Ankabut ayat 28 sehingga 35 ada menceritakan lagi tentang perihal kaum yang mengamalkan gaya hidup homoseks ini. Saya sediakan terjemahannya untuk kefahaman pembaca muslim dan pembaca bukan muslim.

“Dan (ingatlah peristiwa) nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya; “sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah di lakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu” (28)
“Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong  jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempar-tempat perkumpulan kamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek); “datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika engkau dari orang-orang yang benar” (29)
“Nabi Lut  berdoa dengan berkata; “Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)” (30)
“Dan tatkala datang (malaikat) utusan kami kepada nabi Ibrahim dengan membawa berita yang menggembirakan , mereka berkata; “sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini, sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang  zalim” (31)
“Nabi Ibrahim berkata; “ Sebenarnya Lut ada di bandar itu”. Mereka (malaikat) menjawab; “Kami mengetahui akan orang-orang yang tinggal di situ. Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia dan keluarganya (serta para pengikutnya)- kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang di binasakan” (32)

“Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat yang menyamar seperti orang-orang lelaki yang cantik parasnya) kepada nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya); dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata; “janganlah engkau takut dan janganlah berdukcita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu)- kecuali isterimu, ia adalah dari orang-orang yang di binasakan”(33)

“Sesungguhnya kami (diutuskan untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)” (34)

“Dan demi sesungguhnya,kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang-orang yang mahu memahaminya” (35).

Saya tinggalkan pembaca dengan persoalan mencari Tuhan. Berfikirlah tentang apa matlamat hidup kalian? Adakah selesa menjadi pemerhati kepada kemungkaran yang ada di hadapan mata? Apa tindakan kalian?
Ingatlah berfikir sejenak tentang kesilapan lalu dan menginsafi akan kesalahan itu jauh lebih baik dari amal ibadat  seribu tahun.

nak kongsi sikit ayt status fb seorang sahabat;
Kegunaan broadband untuk connect internet. Kalau tak boleh connect tuan broadband tu akan cakap "Asal x boleh connet ni! memang kene campak la broadband ni!"

Kegunaan handphone untuk contact kawan. Kalau handphone tak boleh on tuan handphone akan cakap "Asal x boleh on ni, aku campak gak handphone ni!"

Kegunaan manusia di dunia untuk beribadah kepada Allah. Kalau manusia asyik buat dosa je, x nak beribadat kepada Allah, Allah akan mencampaknya di dalam api neraka.

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." -Surah Az-Zariyat ayat 56-
 
Pakai tudung tak semestinya masuk syurga, tetapi yang pastinya di dalam syurga hanyalah orang-orang yang memakai tudung (beriman).

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)."
-Surah Al-Kahfi ayat 107-

Until we meet again. practise Islam, as Islam is the way of life.
Barakallah to everyone.

-Zeeshan Heikal-
with my ummi














Tuesday, January 10, 2012

merinduimu lebih dari kemampuanku

salam.
hari ni ZH nak berkongsi sikit kt kwn2 mgenai pengisian semalam (gathering/usrah unisel)...
yelah, kdg2 ter-babas membaca mcm2 maklumat, selagi RIM otak ni okey..
why not gunakan se-maksima yg boleh ala2 jimmy neutron..
ecece...


well, back to motion. ihve no time to rindu to bf or ape segala jenis phubungan tak jelas.
as i'm single student.. (apo kono mgono dgn den?) :P
kita mulakan dgn mendalami mksd surah dari Al-Azhab:56,
"sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
siapa msih tak berapa clear tntg ayt di atas?
pndai2 lah google...
* :P


hari ni ZH (bukan nama sebenar), ok fine> nama betul aliahelmi nak bawa 2 kisah tntang Nabi Muhammad s.a.w. the last Messenger, our beloved prophet.
then after baca, mari kita nilai tahap ke-rinduan kita kpd baginda.


jom kita renung sebuah kisah yg menunjukkan bertapa baginda s.a.w merindui kita; umat akhir zaman.
suasana majlis pertemuan baginda bersama sahabat-sahabat kelihatan tenang dengan cuaca lembut.
mereka kelihatan berfikir sesuatu terutama Saidina Abu Bakar.

pertama kalinya beliau mendengar dari baginda Rasulullah tentang pengakuan yg membuatkan hatinya terusik.

kemudian seulas snyuman jelas terlukis di bibirnya setelah Nabi Muhammad merungkaikan pengakuannya itu.

"Siapakah saudara-saudaraku?" tanya baginda Rasulullah s.a.w
"apakah maksudmu ya Rasulullah? bukankah kami ini saudara-saudaramu?" tanya para sahabat (Saidina Abu Bakar).


"Tidak Abu Bakar, kalian semua ialah sahabat-sahabatku dan bukanlah saudara-saudaraku" jawab baginda tenang.
semua kelihatan binggung dengan jawapan Muhammad s.a.w.


"tapi ya Rasulullah,kami juga saudara-saudaramu jua kan?" tanya para sahabat untuk mendapat lebih kepastian.
"saudaraku ialah mereka YANG BELUM PERNAH MELIHATKU TETAPI MEREKA BERIMAN DENGANKU SEBAGAI RASULULLAH, DAN MEREKA SANGAT MENCINTAIKU. malahan CINTA MEREKA KEPADAKU MELEBIHI CINTA MEREKA KEPADA ANAK-ANAK DAN KEDUA ORANG TUA MEREKA"



wellllllllllllllllllllllllllllllllll....
boleh imaging tak apa maksd ZH?
bertapa hebat dan tinggi status kita sbg umatnya, sehingga para sahabat berasa cemburu dengan status kita sbg saudara Muhammad, dan mengalahkan status mereka sbg sahabat baginda.
subhanallah....


ok, 2nd story.....
pada perjumpaan lain Rasulullah dengan para sahabat. bertanya lagi baginda kpd sahabatnya "siapakah PALING AJAIB IMANNYA?"

"malaikat" jwb slh seorang sahabat.
"bgaimana malaikat tidak beriman, sedangkan malaikat itu sentiasa berada di sisi Allah swt" jawab baginda.

"para nabi dan rasul" jawab seorang sahabat lain.
"mana mungkin nabi dan rasul tidak beriman, sedangkan wahyu itu di turunkan untuk mereka" balas Muhammad s.a.w

"barangkali kami" jawab para sahabat.
"bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku (Muhmmad s.a.w) berada di tengah-tengah kamu" tenang nabi Muhammad menyangkal jawapan para sahabat.

"kalau begitu, hanya Allah sahajalah yg mengetahuinya" balas para sahabat tidak tahu jawapan kpd persoalan Rasulullah.


"Kamu ingin tahu siapa mereka?" tanya Rasulullah.
kelihatan semua mengganguk kerana rasa ingin tahu membuak dlm diri mereka.

"Mereka ialah UMATKU YANG HIDUP SELEPASKU. MEREKA MEMBACA AL-QURAN DAN BERIMAN DENGAN SEMUA ISINYA.BERBAHAGIALAH ORANG YANG DAPAT BERJUMPA DAN BERIMAN DENGANKU. dan INGATLAH, 7 KALI LEBIH BERBAHAGIA ORANG YANG BERIMAN DENGANKU TETAPI TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGANKU" jelas Rasulullah.


"Sungguh! Aku rindu hendak bertemu dengan mereka" ucap Rasulullah sebelum mengakhirkan bicaranya setelah membisu buat seketika.
Allahummasollialamuhammad (berselawatlah kalian kpd Muhammad s.a.w)


bertapa tinggi martabat kita di mata baginda, sehingga keimanan kita begitu AJAIB mengalahkan malaikat,nabi,rasul serta para sahabat.
bina kembali keimanan kita, agar kita tergolong dlm mereka yg dikatakan "iman paling ajaib' di mata Rasulullah.

so, grab this chance to improve yourself & devote yourself to Allah. & love Muhammad and miss him as he really care about his ummat.
even, masa ajal ingin menjemputnya..
dia masih boleh teringatkan kita..
"ummati,ummati,ummati". *trnslation> ummatku,ummatku,ummatku.


seee....
kalau kekasih Allah sudi untk ingat kita, why not US?
smoga kisah ni dpt beri pgajaran kpd ZH dn pembaca sekalian.
wallahualam..
bai~
Allah Hafidz.
wslm


love you~
Zeeshan Heikal (ni bukan nama Cina lerrrrrr)
-aliahelmi-




spread this entry to all for the seek of our beloved prophet Muhammad.
we  misss you tooooo....

Monday, January 2, 2012

tersesat di tengah peluh manusia

salam alaik. its such a long time i didnt wrote anything!
frankenstein~ (refer lagu bruno mars) -telinga kena alert!-

alhamdulillah, 31 dcember hr tu.. di beri kesempatan untuk ke KL sntral strusnya ke masjid jamek di KL.
untk mlaksanakan XPDC dakwah..
1st time dgr?
dlu ckp> weh.. mnde tu.. gua xpdc x pnh dgr tu.. tp kmpln xpdc penah la.. hua3..
ptg tu, di temani May... we doing our research about dakwah, taubat and anything that relate la.

tiba di perkarangan masjid jamek almost 10 min b4 azan Maghrib brkumandang.
di temani 11 gadis cantik UNISEL. yg Allah pilih untuk kami sama2 merasai pngalaman brdakwah.
tak tahu nk describe mcmana.. tp rasa nervous nk join event ni, mcm org dtg meminang! (tibe2) :P


jam 10 malam kami, di beri taklimat. tetang cara brdakwah. then, di beri kad untk di berikan pd mad'un.
at 1st x confident lansung dpt org untk sebarkan dkwah.. dah la pkai purdah. ade ke yg nk dgr ape yg kita nk ckp, campur pulak bunyi bising org kat situ...

syukur , mlm tu dpt tarik prhatian 1 group adik bradik, gang2 bomba, & studnt tentera...
heee~
ssh juga nk dakwah ni.
mlm ambang merdeka.
i mean lps masuk je tahun baru.
tbe2 rasa nak menangis tu kuat sgt..
my fren dah cuak. dia ingat> alia kena raba or sakit, or pe je lah.
then, actuarlly..
i'm crying because.. i'm too happy.. feel so grateful.
Allah still choose me to have/own my soul at the year of 2012...
Allah masih beri lagi nikmat nyawa tu untk alia.
oh man! terharu okeyyyyy~

makanya,. tak lama lg alia akan brpeluang untk mnyambut birthday yg ke-21.
alhamdulillah.
eh, dah 21?
alahai~
tuanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
hehe...

antara soalan yg alia tnya pd org yg alia dakwh tu> "kenapa awk dtg sini? ape faedahnya dtg ni?"
rata-rata, respons yg di beri ialah> takda faedah pon. sje nak tgok bunga api.
alia akui, selama hidup 21 tahun ni.. tak pernah sekali umi dan abi bwk alia ke acara smbutan tahun baru.
never~

alia dpt prhatikan.. mnusia snggup brtolak2, berpeluh2,bhimpit2 untk tengok konsert dan alia rasa ianya sngt tak berbaloi.
harapan alia, alia dah snetuh beberapa hati yg tgh mencari2 Allah ni...
ada 1 hadis yg alia baca >
" Islam dtg dlm keadaan terasing, dan kembali pergi dlm keadaan terasing. dan beruntunglah meraka yg terasing itu."

means?
kalau kita nmpik seorg awek/boy baca yassin at the middle of que masa beli charkuehteow..
(*tbe2 physco nama charkeuahteow.. wehh..lapaqqqqqqqq~)
mesti pelik kan?
something that very asing dlm hidup kita...
tp sbrnya> itu lah yg di mksdkan dlm hadis td..
bnda baik> org akan ianya suatu yg asing..
tp bnda yg uselesss,org akan anggp> biasa.

so, semoga Allah pilih alia & kalian untuk terima hidayah Allah. sbb, hidayah ni...
Allah hnya pilih org2 yg terpilih je..
hrp2 kita org yg trpilih..
kenapa perlu rasa mcmtu?
sedih bila tak di pilih?
exmple> smua studnt IPTA or IPTS dpt scholar..
tp dlm smua tu> nama korang trtinggal.
ape perasaan korang?
mesti frust menonggeng!
kan?

so,sma je dgn nikmat hidayah yg Allah beri..
at the end> hidayah ni yg jd pnyelamat kita bila kita di padang Mahsyar>akhirat..


smoga entry kali ni beri manfaat..
tak semua tahu blog pribadi alia ni..
hehee..
unless, dorg great stalker..
hehehe...


until we meet again sweetheart,
love ya!

-aliahelmi-