Saturday, August 20, 2011

nak baby TWINS

salam....


dlm diam cita2 aliahelmi dari dulu ;
nak anak kembar.
:)
insyaAllah, semoga Allah perkenankan doaku...



nak dengar cerita wanita bersalin tak?
hmm.. hope you like it...
(saja letak nama Alya. malas letak nama org lain. nanti kena saman)
:P

Alya duduk di ruang tamu, menanti Furqan pulang dari pejabat.
Siaran TV lansung tidak menarik perhatiannya, matanya tertumpu di lembaran kertas di atas meja.
"Ibu, aku rindu padamu".
artikel semperna hari ibu itu benar-benar menarik perhatian Alya..

baju t-shir berlengan pendek dan kecil itu sengaja Alya pakai, sengaja mencari mood ibu mengandung.
kelihatan perutnya yang sarat hamil anak pertama, kakinya juga jelas bengkak.
Leka Alya membaca artikel, tersenyum, tertawa dan menangis sendirian.
Luahan dari seorang anak yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara.
Luahan dari anak kecil yang rindu pelukan hangat dari Sang ibu.

Selesai membaca, Alya bingkas bangun untuk ke dapur. Cadangnya mahu memasak menu kegemaran suaminya.
Furqa bekerja sebagai engineer, memiliki syarikat sendiri. Pada usia 32 tahun, Furqan mampu untuk menampung kesemua keperluan Alya dan keluarganya di kampung.

"Liya, nanti tengahari abang balik. Kita makan sama-sama ya" ujar Furqan ringkas dan ceria.
"Ok darling. I love you" Alya tersenyum
"Love you too my beautiful wife. Sayang, abang ada meeting pagi ni. Kalau apa-apa , call S/U abang Kak Tipah. Take care"

Perut terasa senak. Jam di dinding meniti ke pukul10 pagi. Senak yang makin kuat di rasakan.Leka-lekas Alya duduk. Alya mula mengerang sakit,
"Ya Allah, sakitnya perut ni... Tadi salah makan ke? Allahurobbi " ,tangan Alya mula meraba di sekitar bawah perut.
Air yang hangat mula membasahi seluar yang di pakainya.
Alya segera menelefon telefon bimbit Furqan.

"Hye, i'm Furqan. I'm busy right now. Please leave ur name and phone number, and i'll get u back later"

Peti simpanan suara benar-benar membuatkan Alya memangis dalam sakit.
Segera Alya mencapai kunci kereta Honda yang di beri Furqan semperna perkahwinan mereka tahun lalu.

Di capai jaket labuh, tudung dan handbag Alya terus berlalu ke Hospital Rawang.
Sebelum sempat sampai ke hospital, Alya berhenti beberapa kali di tepi jalan. Alya tekad memandu sendirian.
Sakit yang di rasakan bukan kepalang. Mulutnya di basahkan dengan istighfar sambil memujuk diri untuk terus bertahan sehingga sampai ke hospital.
Air ketubannya kini mula membasahi seat pemandu. Apabila kesakitan mula berkurangan, Alya meneruskan memandu. Di tekan pedal minyak laju.

Tiba di pintu masuk hospital, Alya segera keluar dan menekan hon di hadapan hospital. Mujur ada beberapa attandance hospital di situ sedar dengan kehadian Alya.
Alya di papah masuk ke dalam wad dengan kerusi roda. Keretanya di biarkan dan di berikan kepada penjaga hospital....



p/s: dah3...
tu citer merepek..
hua3..
tak tahu ayat pon lintang pukang..
pe de hal..
adoiii..
kalo betul2 cmtu.. balik2 je, siap lah suamiku! "abang tido luar rumah.. tak maw kawan!"  :p
dushhh~


sebenarnya melihat ibu2 yang hamil ni, terasa seronok sgt.
seri yg hadir di wajah mereka sgt lain.
perasaan kagum mula menyelubungi diri.
wanita hebat ini di pilih Allah untuk mengandungkan seorang insan.
wanita hebat ini juga di uji kesabarannya, tatkala tidur malamnya terganggu dengan tendangan kecil anak di dalam kandungan.
wanita hebat ini juga mampu memandu, menjalankan tugasan harian meskipun kepenatan hamil itu terlalu sukar di ertikan.

mnyedari hakikat menjadi wanita/isteri yg hammilkan benih2 cinta hasil kemesraan suami dan isteri, sy rasa macam nak kawin sekarang.
Nak rasa pengalaman menjadi ibu.
:)

cita2 nak anak kembar. kenapa?
rahsia....
hehehe


k lah,bai2..
wsalam.
hve a nice weeknds peepz..


No comments:

Post a Comment