Tuesday, October 4, 2011

its just a PUPPY!





salam & hye everyone.
yeah, from here i can see you half sawan sebab i tak update blog since Ramadhan.
i'm sorry for that dear.

bukan apa, kadang-kadang hati ni dah berkobar-kobar nak type, bila sampai depan netbook> you-tube menggoda!
hesh~
astagfirullah..
:)

yup, rasanya tak terlambat nak wish selamat hari raya. meskipun last syawal 4 hari lepas.
:P

chill sudah.
i baru balik afrika, jadi lambat sikit.. hehe.. *pertukaran waktu.

owh, hari ni nak cerita pasal anjing.

"omaigod, comelnya anjing tuuuuu" kata sumi-sumi kepada lolipop.
"kau gila, anjingkan haiwan yang haram. mana boleh pegang anjing, berdosa!" confident muka lolipop.
"aiikk, sedap hati kau cakap aku gila. weii, aku sumi-sumi lah" marah sumi-sumi
"pegang anjing tu berdosa kalau ada keadaan yang darurat & ada sebab?" sambung sumi-sumi.
"dulu time sekolah, ustaz cakap camtu" lagi sekali minah ni buat muka confident konon.
"woi, kau tu yang tak habis belajar. time belajar dalam kelas, kau gi main dengan coklat sape suh? kan dah mengong kepala kau. ni mana ada berdoasa pegang anjing tu. kalau 2-2 kering, si pegang dan yang di pegang, tak perlu di samak. kalau salah satu basah, kena samak dengan air tanah. lagi satu, kalau dah emergency boleh je pegang. sebagai contoh kau nampak ada puppy yang tersepit kat dahan pokok, ko boleh alihkan pokok tu and pegang puppy tu. atau kerjaya kau nanti sebagai doktor haiwan. faktor kerja untuk menyelamatkan haiwan. tapi ada limit lah, kalau Allah kata benda tu haram kena tengok dari sudut apa haramnya. kaji betul-betul. memang haram, tapi ada beberapa sudut yang boleh kita pegang kalau kedaan darurat" kata sumi-sumi
"eleh kau ni, ya lah tu cakap kau ni" perli lolipop.
"ni, yang kau pegang tangan boyfriend kau hari-hari tu tak haram ke? cara kau suci balik dosa kau tu? guna air samak ke?puiiiii~ takde kan?pernah kau terpikir, kalau kau peluk-peluk boyfriend kau. pastu kau gelabah cari air tanah nak samak? ade? puiiii~ takda! owh kalau bab anjing tu, cepat sangat kau cakap haram, yang bab boyfriend kau tu? hape?" berapi-rapi ayat sumi-sumi bagi ceramah FREE.
lolipop sentap then buat muka cmni =.=' (ok fine)


the END.

apa ya mesej dalam short story kat atas tu?
mesejnya, soh u all ke kedai beli sumi-sumi & lolipop!
haha..
memang takkk lah kan..
benda yang nampak haram, tak semestinya boleh buat berdosa. tapi benda yang tak nampak haram pun boleh buat dosa.
macam pening kan?
haha..
bagus, pergi beli panadol. pastu baru sambung balik baca entry ni..
hehe..
:P


ada cerita lain nak kongsi lagi ni.
di besarkan dalam keluarga yang ada duit ini, benar-benar mengajar aku erti bersyukur.
hmm...
ape taknya, umur aku 7 tahun. aku dah pernah ikut abi site projek. tengok pekerja abi susun batu, kacau simen> last> jadilah sebuah rumah/rumah kedai/sekolah and macam2 lah.
umur 8,9 tahun> aku dapat naik backhore naik krain. and so whateva.
dengar bunyi orang buat piling (bakkk 'anngggg, bising gila dow!)

setengah family or anak gadis tak pernah rasa nikmat macam aku dapat..
:)
pekerja warga asing ayah aku dok pnggil " cik! jangan main kat situ. bahaya, ada paku!"
hehe..
aku dah biasa dengan semua tu.
sejak kecil jugak, abi akan bawak makanan2 atau tulang2 ke tempat kerja untuk bagi anjing makan.
sampai anjing yang garang pun, goyang2 ekor bila nampak abi datang. suka!
jinak.
tapi kami takda la pegang. sebab takda purpose pun nak pegang.so tak payah.


aku nak tanya lah korang, berapa ramai kat sana ada persepsi buruk dengan makhluk Allah yang lain?
mesti malu-malu nak cakap kan?
berapa kerat dari kalian ikhlas dengan kejayaan kawan-kawan kalian?
berapa kerat dari kalian mengsyukuri menjadi sahabat yang lain?

hmmm....
di besarkan dalam macamana jenis keluarga sekali pun, jangan lah nak angkuh or perasan AWSOME.
muak okeyyy.




cerita balik pasal puppy.
dua hari lepas, abang aku yang jaga site projek ayah kat sri iskandar cerita ada puppy kecik mati lemas.
kat lopak air kat site projek.
abang aku cakap, dia kesejukan & macam terhimpit dengan benda berat kt site projek.
aku ni dah la animal LOVER. jadi, tacing sikit bila dengar citer tu.
timbul rasa kesian.
dalam syahdu dengar abang aku cerita pasal puppy yang kasihan tu, dia tiba-tiba marah.
(bakkk 'annngggg, tekejut dow!)
dia cakap pekerja kt tempat projek baling batu besar kat puppy lain.
*standard lah kat tempat pembangunan projek ada anjing,or anak-anak anjing)
abang aku pon sound lah worker dari negara jiran tu.
"heyyy, apa pasal pukul anak anjing tu, kenapa baling batu?" abang aku ni spesis penyayang sikit.
"bos, saya tak suka itu anjing!"
"kenapa nak pukul anak anjing tu? dia pun mahu hidup jugak! sekali lagi saya nampak kamu pukul itu anak anjing atau anjing lain, siap kamu!"


aku kurang suka cakap dengan orang yang rendah IQ ni. aku cakap
 " nasib baik aku tak gi site projek tu, kalau tak, memang aku hempuk worker tu" hehe...
agama kita tak pernah ajar untuk membenci. tapi agama kita cakap untuk menghargai.
ada sebab kenapa Allah cakap kita tak boleh buat itu ini, tapi janganlah kita menghukum dan menyeksa benda yang takda dosa dengan kita tanpa pertimbangan akal.
benda itu lansung tak menganggu gugat kita, so why must kita torchue dia?

for me, its just a puppy. baru nak belajar erti hidup. apa dosa dia? dia tak berakal, dia tak da harm kita pun. kita tiba-tiba nak seksa dia.
bodoh lah namanya, kita pun macam haiwan jika kita behave like that. pukul anjing or babi tanpa binantang tu harm kita.
Islam just cakap benda itu haram untuk di bela sbg haiwan peliharaan (alau takda purpose, tak payah pegang), di makan.
so just follow yang tu jelah.
takda pulak Islam cakap> semua haiwan yang haram ni> perlu di pukul sampai mati.
takda.
so, tak payah buat fakta baru.
kang dapat pulak huruf 'F' lain kang.
hmmm...


meskipun anjing haram di pegang tanpa tajuan, haram di makan.
kita semua makhluk Tuhan, jadi tak wajar sebab itu kita nak benci lalu menderanya atau membunuhnya.
only looser je nak harm benda yang lemah.

aku bela kucing kat rumah ni, si kunyit tu.
aku bagi je kunyit tu makan.
ada tulang-tulang lebih, aku campak kat dalam rumah jiran depan yang bela anjing tu.
& ada anjing jinak yang tak bertuan yang datang ke rumah aku menjelang malam.
anjing2 yang garang ni, kalau nampak aku kuar rumah , bukan main dia goyang ekor suka!
tambah lagi kalau aku panggil dorang dengan nama manja "puppy!" (padahal anjing tu dah beso gadabak)
hehe...
nilai kemanusiaan tu penting, jangan lah di buang.
please show some MERCY sikit untuk haiwan.



bagi jelah binatang apa2 pun makanan.
aku respect lah orang2 barat ni dari segi kasih sayang.
kalau haiwan injured atau teperangkap kat ceruk mana sekalipun> dorang ada specialist untuk rescue haiwan2 ni.
dorang kalau haiwan tu bisa macamana, buas ke ape ke. dorang tetap try untk dekati.
sbg contoh host rancangan crocodile hunter tu, Steve. mendiang sangat mencintai haiwan.
dalam agama tidak menjadikan kita sebagai kejam kan? kita di ajar untuk menyayangi haiwan dan alam sekitar serta semua yang ada di bumi & langit sebagai tanda kita menikmati ciptaan-Nya.


so, motif hari ni punya penulisan.
aku nak remind korang.
haiwan haram ni, haiwan juga. tp jangan lah seksa dia.
agama Islam just mention, haiwan ni haram. tapi takda mention> perlu bunuh/pukul/seksa.
kalau kita buat,
kita yang berdosa.

tu je.
saje nak bawak citer tentang anjing~
hehe..
k, bai~



lalalalala...
wslm.


-aliahelmi-

No comments:

Post a Comment