Friday, July 13, 2012

ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT.

Assalammualaikum wtbh,
hari ni nak cari tentang keistimewaan bulan-bulan Islam,
umi kata refer DAIRI Islamik.
godek-GODEK.
tapi benda lain pulak yang di jumpa.
its normal.
kita cari lain, jumpa lain.
nak jumpe ehem2 tapi jumpa uhuk3..
:P
mesti ada hikmah.

tiba-tiba terjumpa tajuk
ALLAH CINTA ORANG MUDA YANG BERTAUBAT.
 
 (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
  Quran, At-Taubah Ayat 112 

tidak bermakna saya menulis tentang taubat, amalan saya sudah menggunung tinggi.
saya juga punya khilaf yang perlu saya kesali dan mohon keampunan dari Tuhan.
just i really intrested with Allah cinta ORANG MUDA yang bertaubat.
very well.

dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud:
"Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu:

Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG MISKIN yang pemurah

Aku cintakan orang yang merendah diri, TETAPI
Aku lebih cinta ORANG KAYA yang merendah diri

Aku cintakan orang yang bertaubat, TETAPI
Aku lebih cintakan ORANG MUDA yang bertaubat.


taubat dalam bahasa mudah ialah;
mengaku bersalah dan menyesali akan perbuatan yang lalu dengan melakukan taubat.
tunduk dan sujud memohon ampun dari Allah & berjanji tidak akan mengulanginya lagi. 




jelas kan maksudnya?

Sesungguhnya Allah telah membuka peluang kepada hamba-Nya untuk melakukan taubat.
Pintu taubat di buka seluas-luasnya meskipun begitu sedikit manusia yang menyahut seruan untuk memohon taubat kepada Sang Pencipta.
Taubat akan di terima selagi matahari belum terbit dari sebelah barat dan sebelum nyawa sampai di kerongkong.
sekiranya matahari terbit di sebelah barat & nyawa di kerongkong, taubat tidak akan di terima lagi.

Orang yang memohon taubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan.
kerana manusia tidak pernah sunyi dari melakukan salah,silap dan dosa. maka taubat merupakan satu medium penyucian jiwa yang amat di tuntut oleh Islam.
Orang beragama Islam tidak perlu memohon taubat dari pengantara seperti agama lain, sebaliknya agama Islam menuntut pengikutnya memohon keampunan dari Allah sendiri, terus dan lansung.
kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun.

kerana itulah Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat,kerana sejak usia muda lagi sudah berusaha membersihkan diri dengan taubat.
Taubat di kalangan orang muda amat di sukai Allah, kerana  tidak perlu menunggu usia sudah tua baru mahu memohon taubat dari Allah. 
 kerana kita sendiri belum yakin waktu yang tepat bila ajal akan menjemput kita.
awal atau lambat, kita semua belum tahu bila waktu ajal kita.
usia muda juga bukan jaminan kita untuk terus hidup lama. s
esungguhnya Allah Maha Berkuasa,pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil nyawa kita.

Fitrah orang muda adalah terdorong kepada perkara yang melalaikan dan merosakkan akhlak,malah jarang orang muda yang memiliki ketekunan dalam beribadah.
Inilah sebabnya Allah begitu mencintai orang muda yang melakukan taubat.kerana orang tua yang bertaubat,maka itu sudah sepatutnya dia berbuat demikian.
namun orang muda yang pintar dan tahu makna hidup tidak melengahkan usianya dan terus mengambil peluang untuk melakukan taubat.
itu yang sebaiknya.
sebagai contoh;
kita tengah tak cukup duit nak beli hangbeg baru.
kita tahu ada 1 shopping complex ni ada MEGA SALE, jual handbeg yang kita nak tu diskaun 80%!
tapi kita tetap pergi shopping complex yang takda MEGA SALE. 
tak ke rugi?
atau bahasa orang muda zaman sekarang, tak ke sengal?
erkkk~
-.-'

wallahualam.
saya menyeru diri saya & kawan2 yang ingin bertaubat, jangan melengah-lengahkan taubat.

Allah mengharamkan api neraka menjamah badan-badan yang terkena air mata taubat, air mata taubat yang jatuh pada badan atau tubuh hamba-Nya.


ingat,
KEMATIAN ADALAH SATU TEMPAT ISTIREHAT DARI MELAKUKAN SEBARANG DOSA,
JADI,
PASTIKAN ISTIREHAT KITA KELAK TENANG DARI DI PALU DI DALAM KUBUR AKIBAT DOSA KITA SENDIRI.






kalau kita seronok melakukan kemungkaran,
ingatlah seronok akan hilang,
tetapi dosa kemungkaran akan kekal.

jikalau kita penat melakukan kebaikkan,
ingatlah penat itu akan hilang,
tetapi pahala kebaikkan akan terus kekal. 


TIPS solat sunat taubat;
  1.  2 rakaat (terpulang kpd individu)
  2. bacaan selepas surah Al-Fatihah ialah, 
  3. 11 kali ayat Kursi &
  4.  11 kali Al-Ikhlas
  5. lebih afdol di buat ketika malam (tahajud time/qiammullai)
  6. di selangi dengan tangisan penuh keinsafan dan memohon keampunan dari ALLAH.

antara sebab kenapa doa kita susah sangat nak makbul,
sebab
  1. Allah nak bagi lambat
  2. Allah nak bagi yang lebih baik
  3. dosa kita banyak sangat.
justeru, di anjurkan melakukan solat sunat taubat. semoga Allah memakbulkan doa kita.
insyaAllah.
wallahualam.
biiznillah.
take care.
wasalam



ikhlas tapi jauh,
aliahelmi

 

No comments:

Post a Comment