Saturday, March 26, 2011

Tips Pilih ISTERI



salam.
hari ni,nak berkongsi tips-tips memilih calon isteri,lantas calon yang paling pantas menjadi ibu kepada anak-anak kalian.InsyaAllah.semoga ia menjadi panduan untuk teman2...yg dah get ready untuk menikah.
ni bukan dari saya,tapi ini nasihat dan panduan yg saya peroleh dari kaum ibu-ibu.al maklumlah.cuti sem yg 'secara tak sengaja' ini,buat sy lebih aktif dgn program masyarakat di kwsn perumahan,lantas berjumpa dan berborak dgn makcik2 di sini. huhu..makcik2 ni comel la...sbb besar betul harapan dorang >nak menantu mcmitu lah,ini lah..huhu...comel seyh~

ciri2nya :
1.pagi-pagi sesudah subuh,sudah mandi dan bangun dan membuat aktiviti.
2.rajin mengikuti majlis kenduri kendara tanpa rungutan.
3.menjaga kebersihan toilet /kamar mandi yg di gunakan anak gadis itu.
4.masuk ke dapur dengan senang hati tanpa di paksa.
5.membasuh pinggan2 kotor di sinki dapur.
6.rela megangkat sampah busuk,berulat tanpa sedikitpun menuntup hidungnya atau geli.
7.jika makan,tidak gelojoh dan tidak merungut jika makanannya serba sederhana.
8.gemar memakan sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan berkhasiat.
9.memakai pakaian yang menutup aurat mengikut panduan Islam serta cantik.
10.sentiasa mencintai ilmu,sentiasa takut pada Allah dan sentiasa mencintai rasulnya.



sebab2nya :
1.beliau bisa bangun mengejutkan si suami untuk menunaikan solat subuh,malah anak-anak juga akan di ajar untuk solat subuh berjemaah.serta bersiap sedia menyediakan sarapan sebelum suami dan anak-anak keluar dari rumah atas urusan harian.

2.menanam nilai saling membantu dan menghormati jiran tetangga.serta yakin dapat mengeratkan ukhwah antara muslimat.

3.mencerminkan gadis ini seorang yang peka dengan kebersihan diri,bermula dengan kamar mandi mahupun toilet.dengan ini,beliau akan memastikan kamar mandi tempatt yang bersih dan selamat untuk keluarganya. dan dia tidak senang dengan kekotoran,meskipun tempat itu bermula dari toilet dan kamar mandi.
*perlu ada baju khusus untuk mandi,kain batik atau baju pendek untuk mandi,lambang wanita ini menjaga 
adab,meskipun di dalam tempat yang tertutup.

4.di saat suami dan anak-anak pulang pada waktu tengah hari,si isteri dengan senang hati,tanpa di paksa memasak lauk pauk untuk santapan keluarga.air tangan masak-masak ini dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan,malah si isteri prihatin dengan kesihatan keluarga.memasak makanan yang berkhasiat. menjana kelansunggan ummah~

5.agar si isteri sentiasa menjaga kebersihan dapur,jangan sampai di tegur suami kerana tidak menjaga 'kawasan pemerintahan' sendiri.yakni dapur.dengan mencuci pinggan dengan bersih,keluarga akan terhindar dari sakit-sakit.

6.supaya nanti,jika anak-anak,suami,mertua,mahupun ibu bapa si gadis di timpa musibah.si gadis tidak merungut dan berasa geli ketika sesi menjagaanya.sebagai contoh pesakit Diabetes,kulit kaki akan rosak, mengeluarkan bau yang tidak enak.jika luka tidak di cuci dengan bersih,bau akan membuatkan tekak mahu sahaja muntah-muntah.dan jika berulat sekali pun,si isteri tidak kekok menguruskannya kerana tidak merasa geli,malah lebih sifat empati dalam diri.subhanallah~
7.jika si suami tidak beroleh rezeki yang lumayan pada bulan tertentu,isteri tidak terus menyalahkan suami, malah akan tetap redha dan bersyukur dengan rezeki yang ada.malah,memuliakan pemakanan suami dan anak-anak.kerana itulah di panggil ibu yang sejati,wanita yang solehah,penyejuk mata suami.

8.supaya kelak,beliau dapat mengajar anak-anak kita memakan makanan yang berkhasiat malah mampu menjana zuriat yang berkualiti untuk keluarga yang sakinah,mawardah wa rahmah.
Alhamdulillah~

9.supaya,ketika ketidak adaan kita (suami) di rumah ,isteri dapat menjaga auratnya,maruahnya yakni farajnya. serta,jikalau si isteri memakai pakaian yang mampu membuatkan lelaki lain naik syahwat terhadapnya, maka suami nya tidak akan dapat mencium bau syurga.kerana perlunya suami perlu mengajar isteri menjaga auratnya. aurat hanya pada muhrim dan suaminya sahaja.cantik,supaya suami bergembira dengan kecantikan isterinya,dan kecantikan itu hanya untuk tatapan si suami.*refer aurat antara muhrim dan suami,sesama muslim dan lain2.

 -sekadar hiasan,pelakon dr Indonesia ni,cantik...=)  -

*ciri yang tidak patut di pakai oleh seorang muslimah.

10.kerana sebaik-baik manusia,manusia yang mencintai ilmu.dan jika si gadis yang ingin di nikahi takut pada Allah,dan cinta pada rasul.insyaAllah,beliau akan mendidik zuriat-zuriatnya untuk lebih sayangkan Islam.


wallahualam.

cinta itu tidak salah ya rakan-rakan.tapi pengendalian cinta oleh pecinta-pencinta yang ada terhadap cinta itu, yang membuatkan cinta itu salah.
cinta tanpa alas yang HALAL,tidak di sukai Allah.makanya,si laki2 atau wanita yang saling mencintai perlu takut dengan azab Allah,jika percintaan mereka itu boleh mendorong mereka ke arah zina yakni tanpa ikatan yang sah.nauzubillah.
sebaiknya berkhitbah atau menikah.










*auuuw...nak nikah ler...excited tgok pic  kawin ni..huhu



wallahualam.
kepada gadis2,selamat menjadi wanita solehah pilihan ibu-ibu mertua ya.insyaAllah.


alia tingglkan pembaca dengan lagu ini.semoga gembira.harap2 entry kali ini,boleh mengukir senyuman di bibir kalian.Allah rahmati kalian.~





l0ve,
aliahelmi

No comments:

Post a Comment