Tuesday, March 22, 2011

surat cintaku pada-Mu

salam.
hari yg indah ini,alia nak berkongsi tentang cinta alia.
in other words,nota2 rindu alia untk _______.
hehe..
nota rindu untuk si Dia.
=)


bismillahirahmanirrahim,

malam-malam cuti semester yang tak di undang begitu lama ini,membuatkan alia lebih mengenali si Dia.
acap kali,Dia datang dalam setiap hembusan nafas alia.
terima kasih kerana sudi menitipkan rasa rindu ini dalam diri alia.

meskipun hari-hari alia kelihatan membosankan,syukur alhamdulillah.alia dapat merasai cinta-Nya,terasa makin dekat,makin hampir dengan hati.

malam,beganti malam.alia gembira bagaikan menari-nari di awangan.dapat berdua bersama-Nya.
merintih,merayu,melepaskan perasaan sedih,berkongsi cerita sedih dan sekaligus melestarikan lagi rasa rindu kepada-Nya.

kepada Kau ya Rabb,sesungguhnya malam-malamku sangat indah,tatkala hati ini di rundum pilu dan derita yang mendatang menjengah diri yg kerdil ini,Kau sudi mendengar-Nya tanpa ada sebarang prejudis. malah kau terbangkan mimpi yang baik-baik agar aku tabah menghadapinya.jiwa kecil ku ni menangis,meronta,meraung memohon Kau ampuni dosa masa silam ku.dosa kerana sering lupakan -Mu.ke khilafan ku selama ini.kini,dalam setiap degupan jantungku ini,aku gembira kerana jiwa ku terisi dengan rindu dan cinta yang hakiki untuk-Mu.

tatkala mentari datang,mungkin cintaku seperti kabus pagi di gunung-ganang.tiap bait-bait cinta tidak dapat ku ungkap kerana malu.malu dengan mereka yg mendengar.maafkan aku Ya Rahman..namun,jau di lubuk hati ni,aku sangat malu dengan-Mu.ampunkan aku ya Hakim.nilai manusia hina sepertiku yang sedang berlajat bertatih mencari redha-Mu.malam yang bening,aku jadikan tempat yang aman untuk ku meraih cinta-Mu ya Jabbar.

dii kala manusia lain di henyak mimpi-mimpi indah,aku berharap dengan menahan nafsu tidur sebentar dapat mengeratkan hubungan antara kita Ya-Rahim.Kau adalah yang terhebat,sentiasa mendengar pemintaan ku setiap hari,hari berulang hari.sudah menjadi resam manusia,sikapnya yg sering meminta,meminta,meminta dan meminta.

lantas,ku berharap cahaya bintang dan bulan dapat menjadi kilauan kasih sayang antara aku sbg hamba-Mu kepada Sang Pencipta langit dan bumi.aku mohon Ya Hafiz,Kau sinarilah diri ku dengan amalan soleh.agar aku boleh menjadi wanita solehah penyejuk mata kedua ibubapaku,keluargaku,teman-temanku,dan mereka yang sentiasa mendampingiku.dan jika di beri suami kelak,jadikan aku juga sebagai penyejuk mata suami ,ku pohon ya Allah.


Ya Hadi,jika kau sudi titipkan rasa bahagia buat diriku.kumohon,Kau titipkan juga titisan demi titisan rindu buat mereka yang mengenaliku.Kau zahirkan lah rasa kecintaan mereka pada-Mu,di samping Kau lukiskan rasa cinta mereka kepada apa yang mereka cintakan.dan ku mohon agar cinta itu di lunaskan pada jalan yang betul Ya Allah.

semoga cinta kita sentiasa utuh,tidak pudar di telan Tsunami mahupun angin radiasi nuklear. ;)
jangan Kau pesongkan hatiku setelah Kau limpah kesemua nikmat ini.

semoga keberkatan ini,dapat di rasai bersama teman-teman yang lain umpama mini kafe 'cinta bakso' abudullah khairul Azam dalam karya Habiburrahman dalam novel Ketika Cinta Bertasbih.


akan ku cuba tingkatkan lagi ayat cinta ini di samping melaksanakan tugasku sebagai hamba yang konsisten. impianku kan mahu jadi hamba yang mendapat CGPA 4.0. ;)
ku mohon limpah rahmat-Mu pelihara lah daku.syukur atas nikmat mata dan bulu mata,hidung dan bulu-bulu hidung,tangan dan kaki serta semuanya sekali. =.=

sekian,infinity titsan hujan ku gambarkan tanda terima kasih ku atas kesudianmu mendengar ayat-ayat cintaku.

yang mencintai-Mu,
hamba-Mu yg comot ini.
(nuraliah binti Helmi)


22/3/2011. 5.33pm

No comments:

Post a Comment