Friday, July 26, 2013

Jenis hidayah, Which one are you? (:

Assalammualaikum & hello.


* i bought this masa pesta buku there> SACC*
baru ada peluang nak baca after gedebak gedebuk balik Sabah & finish all my work.
Alhamdulillah


1. Seorang yg lahir dalam keluarga yg beragama. Golongan yg bernasib baik.

2. Lahir sahaja di dunia, Allah bekalkan dia petunjuk dan kesedaran.

3. Dalam perjalanan hidupnya, berjumpa dengan kelompok yg beragama Islam dan mengamalkan syariat, lantas mengikut golongan tersebut.

4. Sentiasa tercari-cari kebenaran, sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat berbagai golongan agama dan ideologi. Akhirnya bertemu dengan kebenaran.

5. Mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah, kursus agama, menghadiri majlis agama. Mendapat petunjuk dari belajar dan mendengar itu.

6. Apabila dipilih Allah untuk terima ujian dan insaf dan sedar setelah ditimpa ujian.

7. Melalui keajaiban. Seperti bermimpi alam barzah (alam kematian), melihat azab (seksaan), melihat pokok bersujud, melihat kejadian alam. Berasa takut dan bersyukur dengan ciptaan Allah.

8. Golongan yg merasa mewah dengan apa yg dimiliki keluarga/kehidupannya namun berasa kosong di benak hatinya.  Membawa haluan sendiri untuk mencari kebahagiaan dunia serta kebahagiaan akhirat.

9. Dikelilingi kehidupan serba mewah dan pangkat, namun tidak mengecap kebahagiaan. Keluarga porak peranda serta apa yg ada serba tidak bahagia, tiada kemanisan. Akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Mendapat petunjuk hasil doa dari seseorang yg soleh dan mahupun dari kalangan orang bertaqwa kepada seseorang. Perubahannya hasil doa si pemberi doa (orang soleh/orang bertaqwa), dimana doa si pendoa di makbulkan Allah.


Semoga perkongsian hasil dari bahan bacaan saya ini mampu memberi sedikit ilmu kepada pembaca semua.
Wallahualam. Digalakkan membaca buku ini.  Banyak kisah tentang perngislaman saudara baru kita.
Kisah yg memberi inspirasi.
Tc yaw!

Mohon maaf salah silap dari saya jika teremo dlm entry yg lepas.
Biasalah, egois gitu..
:P

Tabarakallah everyone.
Love as always,
Aliahelmi

No comments:

Post a Comment