Monday, April 22, 2013

Superhero dad


Kasih abi bawa bahagia

“Abi tak tahu nak cakap macamana dengan kamu.  Kalau betul-betul nak jado doctor kena perfom belajar.  Jangan lari dari focus.  Orang bukan tak kenal abi dengan umi, anak dia belajar main-main”  dari nada abi, aku tahu sangat dia berharap.
“Kalau duit sambung belajar tu perlu sampai abi gadai tanah dekat Beranang tu.  Abi gadaikan sampai kamu jadi doctor” meskipun mata abi meniti pada jalanraya.  Aku tahu hati dia betul-betul faham dengan sokongan tak berbelah bahagi dia untuk aku.
Ayat dia tu memang buat aku sentap sampai ke hari ini.  Okey.  Sentap in POSITIVE WAY.
Since habis dekat MSU, I enrolled to UNISEL.
As my dream was doctor FORENSIK POST MORTEM (in short, doctor yang incharge bedah mayat-mayat dalam kes-kes yang memerlukan pembuktiaan sebelum kes dibuka di mahkamah sebagai bukti)
Anyway, umi dan abi sangat nak aku jadi doctor bedah jantung.
Oh please.. tak minat laa.. maafkan anakmu yang lansung tak pernah bercita-cita nak ‘round-ward’ just other doctor did.
*that was so not me! Tak advanture*
Why I choose medical laboratory technology? Cause, I want to have strong basic on handling samples and how to cooperate with tools and machine in my forensic world.
Abi dah tahu dah minat aku.  So dia pun bagi full support.
Telling the truth, dari sekolah. Aku belum pernah mengecewakan parents aku dari segi performance akademik.  UPSR dapat 4A, one of the best studs.  PMR, 7A. top 10 best studs. SPM?
Hah..tu, jangan Tanya.. sangat allergic! Haha..
Cuma time after PMR, I went to one of the famous school in PERAK.  SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.  Sekolah asrama khas under kerajaan negeri Perak.  Hanya yg dapat 7As sahaja LAYAK memohon masuk. Itupun after saringan.
*perghh…
I still remember when abi wrote a letter to the principal *mohd Gufri*, he mention that.
‘diharap permohonan anak saya diluluskan, dalam memastikan cita-cita beliau sebagai ahli forensic tercapai’…
Ayat tu yang membuatkan lagi aku Berjaya masuk sekolah tu.  Sebab after keluar result PMR, aku menangis sebab tak dapat masuk asrama.
Then, rupanya abi sangat ALERT dengan tangisan (poyo) aku tu.  He write a letter just for me. How sweet is that. (ok fine, mood nak nangis tu dah mula ada dalam badan right now)
Tapi masa di Bainun, aku tak perfom bagus sangat. Maybe sebab aku rasa suasana asrama yang memenatkan membuatkan aku stress.
Yet, after tamat SPM. Aku apply MSU foundation.  Abi invest almost 20k for my 1 years study there. I mean, 1 1/5 year there.
But still, aku tak perfoms bagus. Mungkin sebab culture shock.
*buduh punya alia*

Ok now, after saw my parents cry because of me. Aku dah decide untuk study kencang2 untuk make sure dorang happy dengan aku.
Tell you what, my parents sambung degree in business when I was in form 2. And they finish their degree with honoured when I was in form 4!
Gosh, sangat malu kalau aku ni pemalas tahap kura-kura. Walhal parents sangat rajin belajar.
:G
Lebih memalukan aku ialah, abi terus sambung master dalam jurusan perniagaan dekat UITM. Dan dia Berjaya habiskan pengajian sarjana dia!
Now! He almost finish his PhD.  Now in thesis mode. Amik kau.. bapak sambung study sampai lebam. Anak-anak dia? Givin up dan malas lenga?
Oiii… kalau betul WARIS, mesti rasa tercabar.
Since that, aku selalu jadikan pointer dia untuk aku beat on.
That’s why, kalau aku sedih. Aku rasa abi akan bagi solusi yang sangat MANTAP.  Dan aku ingat lagi masa zaman sekolah, setiap kali dia bagi ucapan depan mak bapak (oh yea, dia YDP PIBG sekolah rendah & sekolah menengah). Aku sangat inspired dengan speech dia. Bukan sebab dia bapak aku. Tapi aku rasa, dia memang suka membaca. Dan idea dia sangat kencang. Sampai setiap cadangan dia untuk improvekan prestasi akedemik sekolah sentiasa menjadi target setiap cikgu-cikgu.
Dia boleh balancekan waktu kerja dia sebagai bos (ok fine, bapak aku development director and he is CEO of his company), ayah kepada 6 anak yang banyak songeh, suami kepada isteri yang cantik dan penyayang, abang long kepada 4 adik beradik, atuk kepada 2 orang cucu yang handsome, seorang YDP PIBG untuk 2 buah sekolah, pengerusi surau an-najmi dannnnnnnnnnnnnnn seorang pelajar universiti.
How come dia uruskan hal-hal macam ni?
Aku sangat impressed dengan dia.  Sampaikan aku dah habis sekolah almost 6 tahun, yet. Cikgu-cikgu semua respect dia. Kalau jumpa tu, siap tunduk-tunduk hormat bagai. Kalau gi kedai tu, mahu dapat diskaun! Amik kauuuu..
Apa yang aku suka lagi tentang abi, dia sangat RISK TAKER. Dan dia pemurah sertaaaa dia jenis tak berkira. Yet, kalau dalam dunia pekerjaan dia, dia tak suka orang buat kerja cincai. Mahu bergegar speaker handphone dengar dia ‘hengtam’.
Hehe..
Lagi yang membuatkan aku bertambah sayu, dia kalau berkerja. Tak pernah kenal penat. Petang-petang dia pergi kebun. Uruskan pokok pisang, betik, cili, jagung, mata kucing & macam-macam lah..
Kang bagi pulak ikan keli makan.
So, dengan cara tengok dia tidur berdengkur dekat ruang tamu sambil tengok kulit kaki dia yang pecah-pecah & kering tu dah CUKUUUUPPPP buat aku menangis.. berdengkur-dengkur sebab penat.
:’(
(ok fine, sekarang aku memang REAL tengah nangis)
Abi tak pernah nak kerja makan gaji.  Bagi dia takda kepuasan.  Lagi 1, abi memang kerja kuat dari muda untuk cari sesuap nasi untuk anak-anak dia. 
Aku tak boleh imaging kalau dia takda dalam hidup aku.
Kalau hilang suami pun belum tentu buat aku sedih macam kalau aku hilang abi.
Abi is too precious dalam hidup aku. Kau bagi aku apa benda pun, jangan harap akan sama dengan abi.
Ni pesanan buat lelaki yang bermimpi nak jadikan aku suri hidup, kalau tak boleh cope dengan my dad. You boleh cari girl lain. I tak rugi apa pun kalau tak jadi bini you. Trust me.
Abi jaga aku elok sangat.  Aurat aku, dia akan remind. Dia tak rotan aku since aku umur 10 tahun. Dia lebih gunakan psikologi. Rotan masa kecik sebab tak bangun subuh je. (malas punya alia)
Kalau aku takda duit, ada je kang SMS masuk dalam phone. Abi mesti tahu-tahu je. Dan kalau aku mintak pun. Within one day dia dah bank in kan..
Tu sebab, aku ni kerja kuat. Sebab aku tak suka malas. Dan aku tak suka tumpang kekayaan abi (just like pakcik makcik kata, yang ayah aku orang senang)
Well, agree or not. Bukan senang jadi senang, bukan susah jadi susah. Right?
Tu sebab aku PANTANGGGGGG dengan mana-mana creature yang malas.
If people said, where you got all these attitude?
I got it from my abi!
J
Kalau orang tegur aku, payah lah aku nak take note.
Tapi.. kalau abi yang tegur.. insyaAllah.. within a day aku akan terus ikut.
Dan apa yang aku suka tentang abi. Abi bukanlah lelaki alim macam ustaz ke ape.
Dia budak dari sekolah secular jugak> st.john KL.  Yet, dia solat full all the waktu.
Then I do listen to his voice during recite Quran. masyaAllah, dia sampai hafaz juga few surah-surah yang tough.
Semalam masa sembang dengan umi, aku sempat interview umi tentang suami dia (bapaku yang handsome). Hehe..
“apakah komponen yang umi rasa membawa kepada kebahagiaan kepada perkahwinan umi dengan abi disamping menjaga 6 orang anak yang banyak songeh macam kitaorang ni?” selamba aku Tanya.. dah macam wartawan melodiiiiiii.. hihi
“agama” jawab umi pendek.
“maksud umi?” aku pelik. Jawapan tu dah macam common, jadi aku perlukan penjelasan yang gempak.
“kalau ada agama, kita akan sabar bila bergaduh dan bermuhasabah serta akan cari titik untuk melengkapi pasangan disamping kita tahu dengan tanggungjawab kita.  Selain itu, sentiasa solat berjemaah dan pastikan waktu makan, makan bersama-sama” jawab umi.
“since kawin, sentiasa solat jemaah?” Tanya aku untuk dapatkan pengesahan.
“Iya.  Kalau tak jemaah, rasa rugiii sangat.  Unless kalau abi ada urusan luar yang dia tak dapat balik untuk solat jemaah sesame dan makan bersama.  Kalau tak makan bersama, rasa takda selera nak makan” umi senyum.
Ya Allah.. rupanya abi didik umi macam ni.  Dan dia sangat sporting serta open minded dalam mendidik isterinya.
Dari kecil lagi, umi kata. Abi dah pesan untuk dibelikan tudung untuk aku dan adik aku. So, if tak silap. Since I was 3 years old. Kami dah di ajar pakai tudung. Tapi fully pakai masa darjah 1 plus tak pernah bukak since akil baligh darjah 3.
Abi belikan 1 set telekung dan sejadah untuk aku dan adik aku. To ensure that we are so semangat when it turns to ‘prayer time’.. very good alternative.
Abi juga tak pernah ajar anak-anak dia beli mainan yang merepek.  Frankly speaking, he never bought me ‘barbie doll’. Aku sangat bangga sebab aku bukan pemain patung Barbie. Yekssss…
Itu rupanya cara abi dan umi ajar anak-anak dorang. Masa kecik, bila tidur. Kalau waktu solat dah masuk. Abi akan kejut kami menggunakan ‘hanger’ dan pukul kat kaki supaya kami bangun dan solat.
Kalau kami menjawab atau mengomel sebab di pukul abi, tahu tak siapa yang akan menjawab soalan kami balik?
Umi akan cakap, “syaitan suka lah dengan orang tak sembahyang.  Nak jadi kawan syaitan?”
Hamikkkkk…
Sound harsh. Tapi zaman dulu, budak-budak sangat faham bila ibubapa mengajar cara begitu. Yet, I found it that very good ways of teaching kids to know the good and bad.
Dari apa yang pernah aku tanya dari sedara mara, pakcik dan makcik. Dorang kata umi dan abi sangat zuhud.
Zuhud tu ape? Ok.. pergi google lah! (pemalas la kome ni..lempang kang.. haha)
Itu yang membuatkan aku lebih faham bagaimana untuk menjadi pasangan yang baik nanti (insyaAllah) serta bagaimana untuk mendidik anak-anak.

Aku rasa cukup la dulu nota terbaru dari aku semperna hari lahir abi 5 april.
J
Syukur Alhamdulillah abi masih diberi peluang untuk berkhidmat dan bersama kami sekeluarga.
Terima kasih Allah atas kurniaan-Mu ini.  Abi adalah antara nikmat yang paling indah aku terima.
Terima kasih.




Until we meet again sayang,
Aliahelmi

No comments:

Post a Comment