Tuesday, April 12, 2011

maafkan lah

salam.
tulisan ini di tujukan buat siapa yang mengenali diri ini..
kepada Ya Rabb,umi dan abi,teman-teman sepejuanganku,mereka yang mengasihi diriku.
ku mohon seribu kemaafan atas sikap kasarku yang sudah semestinya menikam hati kalian.
bukan atas kehendakku ingin berlaku biadap.aku cuma manusia biasa yang tidak lepas dari masalah dan tekanan.
maaf juga andai diri ini seringkali melupaimu,mencintaimu,memberi perhatian kepadamu.maafkan aku.

pengisian masaku ini kian padat hinggakan tiada masa yang bolehku buat bergurau senda,bermesra.

buat Yang Maha Esa,
maafkan hambamu,andai diri ini mengabaikan tugasku kepada-Mu.tetapkan hatiku hanya untuk-Mu.
tiupkan lah rasa disiplin dalam diri agar aku sentiasa mencintai-Mu dalam setiap hembusan nafasku.

buat umi dan abi yang tersayang,
maafkan anakmu yang degil ini.kadangkala egoku tercabar dengan situasi yang mendatang,lantas kadangkala kehendak kalian aku tidak tunaikan.maafkan aku.bukan niatku untuk tidak menghormati kalian.jauh di sudut hati,aku berasa kesal dengan tindakankku.tanpa redha kalian,siapalah aku di hadapan Allah kelak.

buat teman-teman yang di kasihi,
andai aku terkasar bahasa,mahupun tingkahlaku menguris hati kalian.1 pintaku,berilah aku kesempatan untuk menerangkan apa yang sebenarnya menyesakkan hidupku ini.aku insan biasa yang tidak lepas dari dugaan dunia.kau sahabatku,sahabatku dunia akhirat.aku juga perlukan teman untuk merawat  kesedihan hatiku ini. harapku juga,aku juga mampu menjadi penemanmu tatkala kau dalam kesedihan dan kesepian.berkongsi cerita suka dan duka bersama.kau tetap sahabatku yang ku kasihi,dunia akhirat.insyaAllah.semoga persahabatn kita kekal ke akhirnya.

buat yang mengasihi diriku ini,
sesungguhnya aku bukan wanita yang terbaik untuk menjadi milikmu.tidak akan aku ikat kau dengan janji yang membuatkan kau berbelahbahagi kelak jika kau sudah menjumpai wanita solehah untuk zuriatmu kelak.
aku tak secantik untuk kau banggakan.aku tak sepintar mana untuk kau hebahkan.aku hanya wanita biasa yang tiada apa untuk di jadikan kebanggaanmu.jika kau sudi menantikan diri ini,aku harap kau sabar menantiku dengan sabar.jika pilihanmu untuk menunggu waktunya tiba,aku juga berharap kau sanggup menantiku dengan sabar sehingga aku mengapai cita-citaku.andai kau rela berpisah,aku harap kau sanggup menahan ujian yang akan ku lakarkan untuk dirimu,di tinggal tanpa sebarang berita sepanjang peninggalanku nanti.jika kau jodohku,aku bersyukur.andai kau bukan jodohku,aku tetap bersyukur kerana ada wanita yang lebih hebat mengisi ruang hatimu.semoga kau berbahagia bersamanya.aku tidak mahu mengharap padamu, kerana aku yakin apa yang sudah tercatat di loh mahfuz mengenaiku.yakin pada Allah,dan berusaha kuat demi cinta halal dan hubungan yang di redhainya.



teuskan mendoakan kejayaanku,terus mengasihi diri ini.maafkan diri ini andai aku melukaimu.
maafkan aku.


yang mencinta-Mu/mu
aliahelmi

No comments:

Post a Comment