Monday, December 10, 2012

HIDAYAH BIASISWA KE SYURGA



HIDAYAH BIASISWA KE SYURGA
“Alhamdulillah, semua budak kelas kita dapat biasiswa penuh belajar dari kerajaan negeri” kata Abu gembira.
“Tapi, apasal pulak aku tak dapat? Nama aku takda lansung dalam list.  Ni yang aku bengang ni.  Tak adil lansung!!  Padahal semua hebat-hebat dalam kelas kita.  Aku tak puas hati! Aku nak jumpa pegawai yang uruskan biasiswa ni” bentak Mamat.
…………………………………………………………………………
Hakikatnya, ini adalah realiti sebuah kehidupan seorang manusia.  Bila diberi peluang mendapat sesuatu kebaikkan mahupun keuntungan, semua akan gembira.  Sebaliknya, berapa keratkah yang akan sabar sekiranya tidak mendapat sebarang keuntungan malah seseorang individu itu juga terdorong untuk mula menyalahkan orang lain serta bertindak untuk melepaskan amarah lantas ketidakpuasan hati dalam jiwa.
Begitu juga Hidayah.  Saya mengklasifikasikan hidayah seperti biasiswa.  Di mana, biasiswa merupakan satu pemberian yang sangat bernilai, dan hanya di beri kepada mereka yang terpilih atas faktor-faktor yang menarik perhatian pemberi biasiswa tersebut.  Biasiswa juga merupakan satu tiket istimewa kepada penerimanya sehingga membezakan penerimanya dengan mereka yang tidak layak menerima biasiswa.
Allah juga memilih orang diingini olehNya untuk di berikan Hidayah.  Hidayah yang mampu merubah corak dan cara seseorang itu hidup di luar kebiasaan hidupnya, kearah yang lebih positif dan tenang.  Namun, hanya sekelompok kecil sahaja yang layak untuk menerima Hidayah.  Semua itu bergantung atas pemilihan yang telah Allah rencanakan.  Bayangkan, dalam berjuta umat manusia hanya kumpulan minority sahaja yang berpeluang merasai nikmat dan hikmah Hidayah?
Sekiranya biasiswa itu kita anggap sesuatu faedah yang sangat menguntungkan penerima, bagaimana pula dengan Hidayah?  Hidayah merupakan pemberian Allah kepada hamba-Nya.  Sebaliknya, Hidayah jauh lebih bernilai dari biasiswa!
Hidayah seiring dengan perubahan menuju Ilahi, dan pada masa yang sama menyeimbangkan dengan segala aktiviti dunia.  Dapat di definasikan perubahan Hidayah atau dalam kata lain, hijrah ini kepada 2 jenis aspek; kurang baik kepada baik, dan baik kepada lebih baik.  Perubahan ini juga bersifat positif dan memberi manfaat kepada individu tersebut, malah akan memberi kesan yang baik buat orang sekeliling.
Perubahan selepas menerima Hidayah merupakan satu jihad.  Jihad yang memerlukan diri untuk melawan perang melawan nafsu.  Di dalam Quran menyebut mengenai perihal berjihad, Al-Baqarah 216; “……….boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia baik untuk kamu.  Dan bole jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk buat kamu.  Allah lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak”
Acapkali kita mendengar sesetengah golongan masyarakat kita yang bergantung kepada ‘seru’.  Dialog yang tidak asing ialah,“tunggu la nanti sampai seru” atau “belum dapat seru”.  Sedarkah kita, bahawa seruan Allah telah lama ada dalam Al-Quran 4000 tahun yang lalu? Ayat-ayat kebenaran menuju Allah telah lama di turunkan, kenapa perlu kita mengeluarkan perkataan ‘seru’ untuk menyelamatkan diri kita untuk tidak mengikut perintah Allah? Persoalan berbangkit, apakah kita ini layak di gelarkan manusia yang bersyukur?
Perumpamaan lain, kita memberi pertolongan kepada seseorang sahabat kita.  Susah senang sering bersama, namun tiba saat kita dalam kesusahan dia tidak sudi memberikan pertolongan malah meninggalkan kita.  Perkataan pertama yang barangkali di keluarkan pihak ketiga selaku pemerhati ialah; tidak mengenang budi. Betul?
Begitu juga kehidupan kita di dunia ini, Allah telah memberi pelbagai jenis nikmat, tapi kita masih lagi ingkar dan mungkar di bumi yang telah Allah beri kita pinjam ini.  Meskipun, nikmat di beri ini adalah percuma, keingkaran masih lagi ada malah semakin berleluasa. Apakah kita semamangnya wajar di gelar ‘tidak mengenang budi’?
Bagaimanakah caranya untuk menjadi hamba yang mengenang budi? Yang taat akan perintah Tuhannya? Apakah kita mempunyai effort untuk merubah diri? Di manakah keyakinan untuk membentuk personaliti yang di redhoi Allah?
Langkah pertama dalam mencari identiti diri mahupun dalam proses mencari Sang Pencipta, pembacaan sangat memainkan peranan yang penting.  Membaca menjadikan kita mengumpul pelbagai maklumat yang sering kita tertanya-tanya.  Malah, jika persoalan itu tidak dapat di rungkai melalui hasil pembacaan, usaha itu mesti diteruskan dengan berjumpa mereka yang faham agama atau yang mudah kita kenali sebagai ustaz mahupun ustazah.
Dalam misi mencari Hidayah, usaha yang tidak berbelah bahagi amat di perlukan.  Selautan semangat yang kuat dan segunung kesabaran. Kombinasi ketiga-tiga elemen ini penting sebelum keikhlasan akan perlahan-lahan terbit menujah dalam hati.  Hidayah juga merupakan satu kesedaran yang di alami oleh seseorang individu terhadap perbuatan lampaunya adalah salah dan dia berjanji tidak mahu mengulanginya kembali, sama seperti konsep taubat yang di anjurkan Islam.
Pokoknya, janganlah kita menjadi orang yang rugi.  Hanya menanti dan terus menanti.  Yang pasti, hidayah memerlukan usaha untuk mencarinya.  Allah Maha Pengasih dan Penyayang.  Sesiapapun status kita, kita berhak untuk menerima hidayah dengan syarat kita berusaha dan ikhlas.  Perubahan positif ini juga memerlukan keyakinan yang penuh terhadap Allah. 

(bersambung…)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget