Tuesday, January 10, 2012

merinduimu lebih dari kemampuanku

salam.
hari ni ZH nak berkongsi sikit kt kwn2 mgenai pengisian semalam (gathering/usrah unisel)...
yelah, kdg2 ter-babas membaca mcm2 maklumat, selagi RIM otak ni okey..
why not gunakan se-maksima yg boleh ala2 jimmy neutron..
ecece...


well, back to motion. ihve no time to rindu to bf or ape segala jenis phubungan tak jelas.
as i'm single student.. (apo kono mgono dgn den?) :P
kita mulakan dgn mendalami mksd surah dari Al-Azhab:56,
"sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
siapa msih tak berapa clear tntg ayt di atas?
pndai2 lah google...
* :P


hari ni ZH (bukan nama sebenar), ok fine> nama betul aliahelmi nak bawa 2 kisah tntang Nabi Muhammad s.a.w. the last Messenger, our beloved prophet.
then after baca, mari kita nilai tahap ke-rinduan kita kpd baginda.


jom kita renung sebuah kisah yg menunjukkan bertapa baginda s.a.w merindui kita; umat akhir zaman.
suasana majlis pertemuan baginda bersama sahabat-sahabat kelihatan tenang dengan cuaca lembut.
mereka kelihatan berfikir sesuatu terutama Saidina Abu Bakar.

pertama kalinya beliau mendengar dari baginda Rasulullah tentang pengakuan yg membuatkan hatinya terusik.

kemudian seulas snyuman jelas terlukis di bibirnya setelah Nabi Muhammad merungkaikan pengakuannya itu.

"Siapakah saudara-saudaraku?" tanya baginda Rasulullah s.a.w
"apakah maksudmu ya Rasulullah? bukankah kami ini saudara-saudaramu?" tanya para sahabat (Saidina Abu Bakar).


"Tidak Abu Bakar, kalian semua ialah sahabat-sahabatku dan bukanlah saudara-saudaraku" jawab baginda tenang.
semua kelihatan binggung dengan jawapan Muhammad s.a.w.


"tapi ya Rasulullah,kami juga saudara-saudaramu jua kan?" tanya para sahabat untuk mendapat lebih kepastian.
"saudaraku ialah mereka YANG BELUM PERNAH MELIHATKU TETAPI MEREKA BERIMAN DENGANKU SEBAGAI RASULULLAH, DAN MEREKA SANGAT MENCINTAIKU. malahan CINTA MEREKA KEPADAKU MELEBIHI CINTA MEREKA KEPADA ANAK-ANAK DAN KEDUA ORANG TUA MEREKA"



wellllllllllllllllllllllllllllllllll....
boleh imaging tak apa maksd ZH?
bertapa hebat dan tinggi status kita sbg umatnya, sehingga para sahabat berasa cemburu dengan status kita sbg saudara Muhammad, dan mengalahkan status mereka sbg sahabat baginda.
subhanallah....


ok, 2nd story.....
pada perjumpaan lain Rasulullah dengan para sahabat. bertanya lagi baginda kpd sahabatnya "siapakah PALING AJAIB IMANNYA?"

"malaikat" jwb slh seorang sahabat.
"bgaimana malaikat tidak beriman, sedangkan malaikat itu sentiasa berada di sisi Allah swt" jawab baginda.

"para nabi dan rasul" jawab seorang sahabat lain.
"mana mungkin nabi dan rasul tidak beriman, sedangkan wahyu itu di turunkan untuk mereka" balas Muhammad s.a.w

"barangkali kami" jawab para sahabat.
"bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku (Muhmmad s.a.w) berada di tengah-tengah kamu" tenang nabi Muhammad menyangkal jawapan para sahabat.

"kalau begitu, hanya Allah sahajalah yg mengetahuinya" balas para sahabat tidak tahu jawapan kpd persoalan Rasulullah.


"Kamu ingin tahu siapa mereka?" tanya Rasulullah.
kelihatan semua mengganguk kerana rasa ingin tahu membuak dlm diri mereka.

"Mereka ialah UMATKU YANG HIDUP SELEPASKU. MEREKA MEMBACA AL-QURAN DAN BERIMAN DENGAN SEMUA ISINYA.BERBAHAGIALAH ORANG YANG DAPAT BERJUMPA DAN BERIMAN DENGANKU. dan INGATLAH, 7 KALI LEBIH BERBAHAGIA ORANG YANG BERIMAN DENGANKU TETAPI TIDAK PERNAH BERJUMPA DENGANKU" jelas Rasulullah.


"Sungguh! Aku rindu hendak bertemu dengan mereka" ucap Rasulullah sebelum mengakhirkan bicaranya setelah membisu buat seketika.
Allahummasollialamuhammad (berselawatlah kalian kpd Muhammad s.a.w)


bertapa tinggi martabat kita di mata baginda, sehingga keimanan kita begitu AJAIB mengalahkan malaikat,nabi,rasul serta para sahabat.
bina kembali keimanan kita, agar kita tergolong dlm mereka yg dikatakan "iman paling ajaib' di mata Rasulullah.

so, grab this chance to improve yourself & devote yourself to Allah. & love Muhammad and miss him as he really care about his ummat.
even, masa ajal ingin menjemputnya..
dia masih boleh teringatkan kita..
"ummati,ummati,ummati". *trnslation> ummatku,ummatku,ummatku.


seee....
kalau kekasih Allah sudi untk ingat kita, why not US?
smoga kisah ni dpt beri pgajaran kpd ZH dn pembaca sekalian.
wallahualam..
bai~
Allah Hafidz.
wslm


love you~
Zeeshan Heikal (ni bukan nama Cina lerrrrrr)
-aliahelmi-




spread this entry to all for the seek of our beloved prophet Muhammad.
we  misss you tooooo....

No comments:

Post a Comment