Tuesday, October 4, 2011

nilai sahabat




salam & moshi-moshi.

ni entry ke-3 untuk hari ni....


semalam, aku bersama seorang sahabat keluar sama2, sama2 mencari ketenangan. bermusyawarrah.
kongsi2 ilmu. aku pun tanya ilmu2 yg dia bljr kt UITM tu.
huhu
seronok.
aku harap sahabat aku tu pun seronok dapat keluar bersama dengan aku.
kami pusing bandar raya Ipoh & picnic.
motif kami, pergi ke taman2 yang terkenal di Ipoh ni, taman DR, then taman Polo. last sekali  ke Ipoh Parade. carik buku.

2 hari lepas, aku berkesempatan mengajar sahabat aku tu buat kek.
harap2 ilmu tu bermanfaat untuk dia.
dan dua hari lepas aku serta dia bersama seorang lagi kawan keluar ke taman Botani, berpicnic.

semalam masa keluar dgn sahabat aku tu, dia cakap> "budak bilik aku cakap, tak malu ke kawan dengan orang macam ko. yelah kau pakai purdah kan"
"aik, mana budak bilik tahu aku pakai purdah & ko kawan dengan aku?" soal aku hairan.
"dia nampak aku bukak wall fb ko time aku online" kata sahabat aku ni.
"owhhh"
"tapi, aku balas balik kat budak bilik aku tu yang aku bangga kawan dengan orang-orang macam ko. sejuk hati aku. tenang" kata sahabat aku sambil matanya melihat jalan, sambil memandu dia bercerita tentang itu.

aku hanya mampu tersnyum di balik purdah.
Alhamdulillah, dapat jugak sahabat yang menghargai aku. bukan main dia back up aku.
huhu.



semalam kami pakai JUBAH, sama2 pakai jubah warna hitam.
dah lama tak borak dengan dia since aku habis sekolah. aku form 4 aku masuk asrama.
bila kami borak2, last2 kantoi yang kami ni minat Taylor. watak jacob dalam twilight!
haha..

aku senang bila kami bercerita, sama2 senyum.sama2 seronok.
menikmati persahabatn.
indah, tak dapat aku ungkap dengan kata2.





dalam bersahabat, tak perlu lah nak menilai dari segi pakaiannya.
janji sahabat kita itu baik2.buruk pakaiannya hanya Allah yang boleh nilaikan.
tiadalah kita punya hak untuk menilai pakaiannya, mahal atau berjenama, bertutup atau terbuka.


aku rasa,semua tahu previous university aku mana kan?
terus terang aku cakap, mostly kawan-kawan di sana jenis berada dan tak berapa bother tentang aurat.
tapi jujur aku cakap, mereka sangat menghormati aku. dan kalau mereka rosak sekalipun (clubbing) mereka tak pernah memesongkan aku. mereka tak berburuk sangka.
aku hanya mampu berdoa agar Allah buka pintu hati mereka untuk lebih mengenali Allah.
so, dalam konteks persahabatn tu. aku tak layak nak judge life dorang, pemakaian dorang.
tu semua dia dengan Allah. Allah je layak menilainya.
jauh di sudut hati, aku bersyukur dorang menghormati pendirian aku & ikhlas berkawan dengan aku.
aku ada ramai kawan lelaki di sana, kawan kelas. almost semua perokok.
tapi bila kami ramai-ramai2 keluar makan lepas habis kelas, bila dorang nak merokok, dorang mintak izin atau dorang gerak gi meja lain untuk merokok.
bertapa dorang hormat aku, aku jugak berdoa aku sentiasa menghormati kawan2 aku. dan aku mendoakan mereka menjadi baik di mata Allah.





bulan lalu, aku dapat seorang sahabat baru jugak. budak lelaki.
baik orangnya meskipun orangnya tu sedikit lurus & MONTEL.
hehe..

aku seronok bersahabat dengannya. dalam kesibukkan dia membuat contest paper reseach dia, dia sempat carik CD Opick yang aku pesan (if sempat & if jumpa) semasa dia di Jakarta semperna festival tentang petroluem APOGCE 2011.


whatsoeva.
:P
some more,aku dapat buku best dari sahabat ni.thanks again.






alhamdulillah, di kurniakan sahabat di sekeliling aku yang baik2 hati. kadang2 sahabat aku ni lah yang sumber inspirasi untuk aku kuat dalam bidang yang aku ceburi, dalam bidang perubatan & pada masa yang sama aku penulis bebas.
kritikan dan nasihat mereka membuatkan novel yang aku tulis semakin mendapat perhatian pembaca.
sahabat-sahabat aku ni juga, baik. setia dan sudi mendoakan kejayaan aku.
aku bersyukur sangat, malah aku juga mendoakan kejayaan mereka.



bagi aku, tu definisi seorang sahabt.

nikmat mendapat seorang sahabat ialah, dia mampu membuat aku tersenyum dan aku membuatkannya tersenyum juga.
dan bila berduka, kami sama-sama menangis. serta aku memberinya semangat dan begitu juga dia. dan dia tak mahu melukai hatiku serta aku juga. dan kami senang dengan kejayaan masing-masing.


bukan senang nak dapat seorang sahabat meskipun di sekeliling kita penuh dengan kawan-kawan.
:)


sesungguhnya jangan pernah berhenti berharap kepada Allah dalam hidup ini, atau kita tidak ubah seperti mayat.

carilah sahabat. jangan penah penat okey?
selamat berjaya.





-ALIAHELMI-

bercinta LAGI

salam and hye.

2nd entry for today.
kadang2 benda yang membuatkan kita benci untuk ingat, bring benefit act. meskipun sikit.
:)
as shown in Quran, Al-Baqarah:216
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

aku pernah ada pengalaman cinta MONYET.
uuuuukk.uuuukk.. (bunyi monyet) :P

faedah yang aku pelajari, aku lebih menghargai buku, mencari ilmu.
:)
yang tak berfaedah, semua aku dah tinggalakn. *mmng patut break lah* haha..
:P
tu zmn kanak2 ribena.
:)

hari ni, aku bercinta lagi..
jengggg..
suspen!

bercinta dgn buku lah chaaaa...














special thanks kpd kwn sy sbb almost 90% ni semua buku dia.
cuti ni, rasanya dah plan untuk menghabiskan waktu dengan membaca bahan yang lebih relaks.
bila bukak semester baru, banyak buku akademik nak kena baca.
pening~
haha..

my book > bercinta kerana Allah & pilihan terbaik kisah aneh dan iktibar dari Mekkah.
siapa nak pinjam, boleh2..
:)


bagus jugak baca buku2 ni, boleh cari idea untuk tambah dalam novel.
:)


oklah, nak sambung baca buku, Great Discoveries.


bye~wslm

its just a PUPPY!





salam & hye everyone.
yeah, from here i can see you half sawan sebab i tak update blog since Ramadhan.
i'm sorry for that dear.

bukan apa, kadang-kadang hati ni dah berkobar-kobar nak type, bila sampai depan netbook> you-tube menggoda!
hesh~
astagfirullah..
:)

yup, rasanya tak terlambat nak wish selamat hari raya. meskipun last syawal 4 hari lepas.
:P

chill sudah.
i baru balik afrika, jadi lambat sikit.. hehe.. *pertukaran waktu.

owh, hari ni nak cerita pasal anjing.

"omaigod, comelnya anjing tuuuuu" kata sumi-sumi kepada lolipop.
"kau gila, anjingkan haiwan yang haram. mana boleh pegang anjing, berdosa!" confident muka lolipop.
"aiikk, sedap hati kau cakap aku gila. weii, aku sumi-sumi lah" marah sumi-sumi
"pegang anjing tu berdosa kalau ada keadaan yang darurat & ada sebab?" sambung sumi-sumi.
"dulu time sekolah, ustaz cakap camtu" lagi sekali minah ni buat muka confident konon.
"woi, kau tu yang tak habis belajar. time belajar dalam kelas, kau gi main dengan coklat sape suh? kan dah mengong kepala kau. ni mana ada berdoasa pegang anjing tu. kalau 2-2 kering, si pegang dan yang di pegang, tak perlu di samak. kalau salah satu basah, kena samak dengan air tanah. lagi satu, kalau dah emergency boleh je pegang. sebagai contoh kau nampak ada puppy yang tersepit kat dahan pokok, ko boleh alihkan pokok tu and pegang puppy tu. atau kerjaya kau nanti sebagai doktor haiwan. faktor kerja untuk menyelamatkan haiwan. tapi ada limit lah, kalau Allah kata benda tu haram kena tengok dari sudut apa haramnya. kaji betul-betul. memang haram, tapi ada beberapa sudut yang boleh kita pegang kalau kedaan darurat" kata sumi-sumi
"eleh kau ni, ya lah tu cakap kau ni" perli lolipop.
"ni, yang kau pegang tangan boyfriend kau hari-hari tu tak haram ke? cara kau suci balik dosa kau tu? guna air samak ke?puiiiii~ takde kan?pernah kau terpikir, kalau kau peluk-peluk boyfriend kau. pastu kau gelabah cari air tanah nak samak? ade? puiiii~ takda! owh kalau bab anjing tu, cepat sangat kau cakap haram, yang bab boyfriend kau tu? hape?" berapi-rapi ayat sumi-sumi bagi ceramah FREE.
lolipop sentap then buat muka cmni =.=' (ok fine)


the END.

apa ya mesej dalam short story kat atas tu?
mesejnya, soh u all ke kedai beli sumi-sumi & lolipop!
haha..
memang takkk lah kan..
benda yang nampak haram, tak semestinya boleh buat berdosa. tapi benda yang tak nampak haram pun boleh buat dosa.
macam pening kan?
haha..
bagus, pergi beli panadol. pastu baru sambung balik baca entry ni..
hehe..
:P


ada cerita lain nak kongsi lagi ni.
di besarkan dalam keluarga yang ada duit ini, benar-benar mengajar aku erti bersyukur.
hmm...
ape taknya, umur aku 7 tahun. aku dah pernah ikut abi site projek. tengok pekerja abi susun batu, kacau simen> last> jadilah sebuah rumah/rumah kedai/sekolah and macam2 lah.
umur 8,9 tahun> aku dapat naik backhore naik krain. and so whateva.
dengar bunyi orang buat piling (bakkk 'anngggg, bising gila dow!)

setengah family or anak gadis tak pernah rasa nikmat macam aku dapat..
:)
pekerja warga asing ayah aku dok pnggil " cik! jangan main kat situ. bahaya, ada paku!"
hehe..
aku dah biasa dengan semua tu.
sejak kecil jugak, abi akan bawak makanan2 atau tulang2 ke tempat kerja untuk bagi anjing makan.
sampai anjing yang garang pun, goyang2 ekor bila nampak abi datang. suka!
jinak.
tapi kami takda la pegang. sebab takda purpose pun nak pegang.so tak payah.


aku nak tanya lah korang, berapa ramai kat sana ada persepsi buruk dengan makhluk Allah yang lain?
mesti malu-malu nak cakap kan?
berapa kerat dari kalian ikhlas dengan kejayaan kawan-kawan kalian?
berapa kerat dari kalian mengsyukuri menjadi sahabat yang lain?

hmmm....
di besarkan dalam macamana jenis keluarga sekali pun, jangan lah nak angkuh or perasan AWSOME.
muak okeyyy.




cerita balik pasal puppy.
dua hari lepas, abang aku yang jaga site projek ayah kat sri iskandar cerita ada puppy kecik mati lemas.
kat lopak air kat site projek.
abang aku cakap, dia kesejukan & macam terhimpit dengan benda berat kt site projek.
aku ni dah la animal LOVER. jadi, tacing sikit bila dengar citer tu.
timbul rasa kesian.
dalam syahdu dengar abang aku cerita pasal puppy yang kasihan tu, dia tiba-tiba marah.
(bakkk 'annngggg, tekejut dow!)
dia cakap pekerja kt tempat projek baling batu besar kat puppy lain.
*standard lah kat tempat pembangunan projek ada anjing,or anak-anak anjing)
abang aku pon sound lah worker dari negara jiran tu.
"heyyy, apa pasal pukul anak anjing tu, kenapa baling batu?" abang aku ni spesis penyayang sikit.
"bos, saya tak suka itu anjing!"
"kenapa nak pukul anak anjing tu? dia pun mahu hidup jugak! sekali lagi saya nampak kamu pukul itu anak anjing atau anjing lain, siap kamu!"


aku kurang suka cakap dengan orang yang rendah IQ ni. aku cakap
 " nasib baik aku tak gi site projek tu, kalau tak, memang aku hempuk worker tu" hehe...
agama kita tak pernah ajar untuk membenci. tapi agama kita cakap untuk menghargai.
ada sebab kenapa Allah cakap kita tak boleh buat itu ini, tapi janganlah kita menghukum dan menyeksa benda yang takda dosa dengan kita tanpa pertimbangan akal.
benda itu lansung tak menganggu gugat kita, so why must kita torchue dia?

for me, its just a puppy. baru nak belajar erti hidup. apa dosa dia? dia tak berakal, dia tak da harm kita pun. kita tiba-tiba nak seksa dia.
bodoh lah namanya, kita pun macam haiwan jika kita behave like that. pukul anjing or babi tanpa binantang tu harm kita.
Islam just cakap benda itu haram untuk di bela sbg haiwan peliharaan (alau takda purpose, tak payah pegang), di makan.
so just follow yang tu jelah.
takda pulak Islam cakap> semua haiwan yang haram ni> perlu di pukul sampai mati.
takda.
so, tak payah buat fakta baru.
kang dapat pulak huruf 'F' lain kang.
hmmm...


meskipun anjing haram di pegang tanpa tajuan, haram di makan.
kita semua makhluk Tuhan, jadi tak wajar sebab itu kita nak benci lalu menderanya atau membunuhnya.
only looser je nak harm benda yang lemah.

aku bela kucing kat rumah ni, si kunyit tu.
aku bagi je kunyit tu makan.
ada tulang-tulang lebih, aku campak kat dalam rumah jiran depan yang bela anjing tu.
& ada anjing jinak yang tak bertuan yang datang ke rumah aku menjelang malam.
anjing2 yang garang ni, kalau nampak aku kuar rumah , bukan main dia goyang ekor suka!
tambah lagi kalau aku panggil dorang dengan nama manja "puppy!" (padahal anjing tu dah beso gadabak)
hehe...
nilai kemanusiaan tu penting, jangan lah di buang.
please show some MERCY sikit untuk haiwan.



bagi jelah binatang apa2 pun makanan.
aku respect lah orang2 barat ni dari segi kasih sayang.
kalau haiwan injured atau teperangkap kat ceruk mana sekalipun> dorang ada specialist untuk rescue haiwan2 ni.
dorang kalau haiwan tu bisa macamana, buas ke ape ke. dorang tetap try untk dekati.
sbg contoh host rancangan crocodile hunter tu, Steve. mendiang sangat mencintai haiwan.
dalam agama tidak menjadikan kita sebagai kejam kan? kita di ajar untuk menyayangi haiwan dan alam sekitar serta semua yang ada di bumi & langit sebagai tanda kita menikmati ciptaan-Nya.


so, motif hari ni punya penulisan.
aku nak remind korang.
haiwan haram ni, haiwan juga. tp jangan lah seksa dia.
agama Islam just mention, haiwan ni haram. tapi takda mention> perlu bunuh/pukul/seksa.
kalau kita buat,
kita yang berdosa.

tu je.
saje nak bawak citer tentang anjing~
hehe..
k, bai~



lalalalala...
wslm.


-aliahelmi-

Wednesday, August 31, 2011

aliahelmi = niqabi ?

salam and hye!
:)

di kesempatan yang ada, saya nuraliah bt helmi (aliahelmi) ingin mengucapkan selamat hr raya, maaf zahir & batin buat pembaca/follower blog.
dah lama tak update blog.
maaf ya.
:'(





alhamdulillah, Ramadhan benar-benar mengajar sy menjadi muslim yang baru.
di harap amalan2 di bulan Ramadhan yg lalu tak hilang mcm tu shj, ttpi tetap akan menjadi amalan2 kita di waktu bukan Ramadhan juga.
syukur alhamdulillah, Ramadhan ni juga sempat kita nak merasa sampai ke penghujungnya.
bagaimana dgn Ramadhan thn dpn? harap2 Allah masih bg kita peluang nak rasainya.
:)


Alhamdulillah, sejajar usia makin meningkat (20). ada yg perlu di touch up dlm diri ni.
perubahan sikap, perubahan dan peningkatan jiwa/spiritual/diri...

27.8.2011.
tarikh yg sy tanpa sedar sy amik untuk menjadikan sy wnita 'ninja'.
hehe...
di hadapan cik elifah dan cik padilah.
korang sgt supporting. tarikih kita ziarah ke rmh ank2 yatim jasa di Manjoi.

tp tarikh sebenar was 28.8.2011.
:)
alhamdulillah perjalan sebagai niqabi brmula.
ya Allah, ku mohon.. kuatkan semangatku, kuatkan rasa istiqamah ini ya Allah.

terima kasih shbat2 yg mmberi skongan moral dan nasihat.
hanya Allah mampu mmbalasnya. terima kasih juga atas doa2 yg kalian kirimkan itu.
:)



kenapa tiba2 sy nak pakai?
mesti ramai tertanya2 kan?
heeee~

alhamdulillah sy di kurniakan umi yg solehah.
mungkin ni antara pnyebab, nmpak umi lebih tenang dgn imej begitu.
btw, sy bnyk buat research tntg 'be a niqabi' .
:)

mendengar cerita umi, how she decide to be a niqabi. she said, she live in house yg housematenya pakai jilbab labuh, then ada yg brpurdah. solat pun slalu jemaah..
ada kawan umi masa tu ada yg nama aliah & aqilah. my name ngn my lil sis di amik dr nama dorang. :)
ada kwn2 hadiahkan tudung labuh untk umi. :)
dlu umi x berjilbab tau.
alhamdulillah, Allah pilih umi untk sampaikan hidayah tu. akhirnya umi berjilbab dan brpurdah
pada 4 januari 1983.
4 januari??? woooo..sama tarikh ngn my besday!
:p
tapi mine> lahir january 4 year 1991 lah.heeee~

dlu masa zmn sekolah, rmai yg ckp> "itu mak ko ke aliah? mak ko tabligh ye? bila ko nak pakai mcm ko? muka mak ko cmne?"
soalan2 cepu mas betullll...
kuangajjjaaaq nooh!
tu soalan2 stndard la..
chill..
meh sy jwb soalan2 tu.
yes, itu mak aku... comel kan? hihii
mak ak bukan tabligh.. dia muslim biasa mcm kita juga. :)
bila? bila Allah dah titipkan rasa berniqab tu. (alhamdulillah now dah)
muka mak aku? mcm muka aku lah.. tp lg cntik, kulit dia xda wrinkle then licin habis... bersih.....
bukan cm aku dlu2, time sekolah.. jerawat bersepah!
:p






kelebihan,
bg sy menjadi niqabi bukan trletak pd> wowww... pkai purdah wanita solehah!
tp, sbrnya> pd nilai akhlak yg kita jaga/nilai kurniaan Allah yg kita rasa begitu precious smpai kita nak jaga dan beri pd mereka yg ada kaitan keluarga dan suami shj yg lihat. atau mereka2 yg kita yakin,  tidak akan timbul/adakan fitnah jika lihat wajah kita.

jgn risau, be a niqabi> bukan wajib lahhh..
chill sudeh~
:p

selain itu, secara tak lansung, org akan rasa nk lebih dekat dgn kita. esp kaum muslimah. bila bjabat tgn, kita rasa nk brpelukan. ukhwah tu makin MESRA. kita nampak org, kita nak bagi salam or dia akan bg salam.
saling mendoakan kesejahteraan org lain.


kena faham apa cabaran2 seorang bergelar niqabi.
apa yg sy rasai *spnjang be a niqabi* terasa lebih nyaman, meskipun mind set org kata> panas gila dow..
ttup2 bagai ni...
:)
cik abg/cik akak.. panas tu kejap je... sy tgh 'praktikal', risau dgn kepanasan di alam akhirat.



plus, msa ni iman kita makin di uji2...panas terik, nak mkn pon> cm sikit sawan.. (beginer)
hmmm..
kadang2 risau jugak.
lolz... diri ni kuat dah ke? ckup ke 'suppliment' yg di amik before ni?? ke kena tambah lagi?
huhu..
apa pun, sy akan cuba kuat ya. mohon doakan sy sukses.


mirah/najihah : kenapa kak aliah pakai purdah? tak panas ke?
me: rasa macam nak lebih dekat dgn Dia. sbb kak alia rasa tak cukup dekat ni dgn Dia. hmm..
alhamdulillah tak panas, kat sini kan ada kipas. kang naik kreta> ada aircond! :p

mak busu : sejak bila pakai purdah ni liya? boyfriend kau suruh ke?
me : alhamdulillah sejak Ramadhan. hish, untunglah bf kpd sesiapa pun, kalau di suruh gf pkai purdah, terus gf pakai purdah. alia pakai atas diri sndiri. plus, dah lama break up... now single mingle.. tak da kaitan dgn bf bagai. BERSIH dr gossip liar ni smua.. insyaAllah. hehehe...

:)


now, takda la isu... bdk2 skola agama boys boleh tahu tgok pp girl bila dorang *girl2* ni senyum lebar2....
*hnya mereka yg faham je tahu. :p
now, kalau senyum... hnya 'smiley eyes' shj yg berbicara.
:)

namun, prjalanan menjadi seorang doktor pakar forensik masih di landasannya.
insyaAllah, kalau smbung studydi egypt> takda hal nak pakai purdah. tp kalau ke manipal or bangelore...
myb during lecturer cls je kot 'off' sebentar. hormat lecturer asing, kang dia ckp "aliah, are u sleeeping!"
then kalau kerja, myb dlm bilik ruangan mayat tu> pkai mask ..cm doktor2..
kat luar, mcm biasa.. niqabi..
kalau dpt hubby yg rajin brusaha.. dan bkemampuan nak sara> myb tak kerja. jst kerja doktor personal mana2 company or family je.
:)


kpd adik2, jgn risau.. apa pun pakaian kalian. jgn rasa 'something' bila dduk ngn org brpurdah..chill sudah..
:p
akak nasihatkan diri akak ngn korang, jaga imej, jaga diri, jaga hati,jaga iman...
pakai lah apa pakaian pun, janji mengikut syariat.
xda baju sendat,tudung pendek, jarang..
nak berhias make up pun kena tahu batasannya.
:)

akhir kata,
*speechless!
:p

bye all..
biiznillah.


Saturday, August 20, 2011

nak baby TWINS

salam....


dlm diam cita2 aliahelmi dari dulu ;
nak anak kembar.
:)
insyaAllah, semoga Allah perkenankan doaku...



nak dengar cerita wanita bersalin tak?
hmm.. hope you like it...
(saja letak nama Alya. malas letak nama org lain. nanti kena saman)
:P

Alya duduk di ruang tamu, menanti Furqan pulang dari pejabat.
Siaran TV lansung tidak menarik perhatiannya, matanya tertumpu di lembaran kertas di atas meja.
"Ibu, aku rindu padamu".
artikel semperna hari ibu itu benar-benar menarik perhatian Alya..

baju t-shir berlengan pendek dan kecil itu sengaja Alya pakai, sengaja mencari mood ibu mengandung.
kelihatan perutnya yang sarat hamil anak pertama, kakinya juga jelas bengkak.
Leka Alya membaca artikel, tersenyum, tertawa dan menangis sendirian.
Luahan dari seorang anak yang kehilangan ibunya akibat kanser payudara.
Luahan dari anak kecil yang rindu pelukan hangat dari Sang ibu.

Selesai membaca, Alya bingkas bangun untuk ke dapur. Cadangnya mahu memasak menu kegemaran suaminya.
Furqa bekerja sebagai engineer, memiliki syarikat sendiri. Pada usia 32 tahun, Furqan mampu untuk menampung kesemua keperluan Alya dan keluarganya di kampung.

"Liya, nanti tengahari abang balik. Kita makan sama-sama ya" ujar Furqan ringkas dan ceria.
"Ok darling. I love you" Alya tersenyum
"Love you too my beautiful wife. Sayang, abang ada meeting pagi ni. Kalau apa-apa , call S/U abang Kak Tipah. Take care"

Perut terasa senak. Jam di dinding meniti ke pukul10 pagi. Senak yang makin kuat di rasakan.Leka-lekas Alya duduk. Alya mula mengerang sakit,
"Ya Allah, sakitnya perut ni... Tadi salah makan ke? Allahurobbi " ,tangan Alya mula meraba di sekitar bawah perut.
Air yang hangat mula membasahi seluar yang di pakainya.
Alya segera menelefon telefon bimbit Furqan.

"Hye, i'm Furqan. I'm busy right now. Please leave ur name and phone number, and i'll get u back later"

Peti simpanan suara benar-benar membuatkan Alya memangis dalam sakit.
Segera Alya mencapai kunci kereta Honda yang di beri Furqan semperna perkahwinan mereka tahun lalu.

Di capai jaket labuh, tudung dan handbag Alya terus berlalu ke Hospital Rawang.
Sebelum sempat sampai ke hospital, Alya berhenti beberapa kali di tepi jalan. Alya tekad memandu sendirian.
Sakit yang di rasakan bukan kepalang. Mulutnya di basahkan dengan istighfar sambil memujuk diri untuk terus bertahan sehingga sampai ke hospital.
Air ketubannya kini mula membasahi seat pemandu. Apabila kesakitan mula berkurangan, Alya meneruskan memandu. Di tekan pedal minyak laju.

Tiba di pintu masuk hospital, Alya segera keluar dan menekan hon di hadapan hospital. Mujur ada beberapa attandance hospital di situ sedar dengan kehadian Alya.
Alya di papah masuk ke dalam wad dengan kerusi roda. Keretanya di biarkan dan di berikan kepada penjaga hospital....



p/s: dah3...
tu citer merepek..
hua3..
tak tahu ayat pon lintang pukang..
pe de hal..
adoiii..
kalo betul2 cmtu.. balik2 je, siap lah suamiku! "abang tido luar rumah.. tak maw kawan!"  :p
dushhh~


sebenarnya melihat ibu2 yang hamil ni, terasa seronok sgt.
seri yg hadir di wajah mereka sgt lain.
perasaan kagum mula menyelubungi diri.
wanita hebat ini di pilih Allah untuk mengandungkan seorang insan.
wanita hebat ini juga di uji kesabarannya, tatkala tidur malamnya terganggu dengan tendangan kecil anak di dalam kandungan.
wanita hebat ini juga mampu memandu, menjalankan tugasan harian meskipun kepenatan hamil itu terlalu sukar di ertikan.

mnyedari hakikat menjadi wanita/isteri yg hammilkan benih2 cinta hasil kemesraan suami dan isteri, sy rasa macam nak kawin sekarang.
Nak rasa pengalaman menjadi ibu.
:)

cita2 nak anak kembar. kenapa?
rahsia....
hehehe


k lah,bai2..
wsalam.
hve a nice weeknds peepz..


Friday, August 19, 2011

nak KAWIN eh? amboiiii~


salam..
bismillahirrahmanirahim....
*ayt di copy dr group kami nak nikah awl..( act, mmng nk tulis cmni.. tp shabat i dah tuliskan dlu.. tq Siha)




sahabat sy cakap, "usah la difikirkan sgt hal kawin. lebih baik kita risaukan azab kubur dan azab kat akhirat kelak. pelajaran pun penting jgk, fokus kan yg tu dulu.."

memang betul dia cakap yg kita mmg perlu risaukan azab2 Allah dan fokuskan diri dalam pelajaran..

tapi sy teruja bila dapat tahu bahawa pernikahan tu dapat menyempurnakan separuh daripada agama kita..

sy teruja bila dapat tahu bahawa salah satu tanda keberkatan bagi seseorang wanita adalah nikah awal..

sy teruja bila dapat tahu bilamana seseorang wanita itu solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatan dan taat kepada suami, maka dia boleh pilih mana2 pintu syurga yg dia mahu dan seisi alam beristighfar untuknya selama mana dia taat kepada suaminya..

sy teruja bila dapat tahu bahawa selama seorang wanita itu taat berkhidmat untuk suaminya, maka tertutuplah pintu2 neraka dan terbukalah pintu2 syurga untuknya..

sy teruja bila dapat tahu para malaikat beristighfar untuk wanita yg hamil..

sy teruja bila dapat tahu bahawa solat wanita yg hamil lebih baik daripada solat wanita yg tidak hamil..

sy teruja bila dapat tahu bahawa apabila seirang wanita mulai rasa sakit hendak bersali, maka Allah memberikan ganjaran orang yg berjihad di jalan Allah..

sy teruja bila dapat tahu bahawa apabila seorang wanita melahirkan anak, gugurlah dosa2 nya seperti bayi yg baru lahir..

sy teruja bila dapat tahu bahawa seorang wanita itu mati syahid jika dia meninggal kerana melahirkan anak..

sy teruja bila dapat tahu wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya dan jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka para malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya..

sy teruja bila dapat tahu syurga anak2 itu terletak di bawah telapak kaki ibu..

sy teruja bila dapat tahu bahawa sebenarnya kelebihan2 menjadi isteri dan wanita yg solehah itu tidak terkira banyaknya..

sy teruja bila sahabat2 sy yg dah kawin cakap bahawa pernikahan sgt membantu dalam pelajaran dan kehidupan..

jadi, salahkah jika sy mempunyai cita2 untuk berkahwin awal sedangkan terkandung terlalu banyak hikmah di dalamnya..?





Everytime u scream at yr woman, there’s another man wishing he could whisper in her ears. When u humiliate, offend and insult her,there’s another man wanting to remind her how wonderful and beautiful she is. When u hurt her, there’s another man wishing he could hug the pain away. And when u make her cry, there’s another man wanting to steal smiles from her.Treat ur ladies right coz there's some1 out there who can and will..! 
-Post this on ur wall if u’re against Abuse and Domestic Violence~


yg benar,
aliahelmi
:)

sahabat ~_~


salam n hye fellow frenz....




mesti gelabah smcm kan bila baca title kt ats..
dont worry kwn2, maut ,jdoh, rzeki smua rahsia Allah di loh mahfuz,
hmm..
act, thing that i wnt to highlight was > 
SEKIRANYA INI RAMADHAN TERAKHIR BUATKU, APAKAH KALIAN MENGANGGAPKU SAHABATMU?
APAKAH KALIAN SUDI MEMAAFKAN KESILAPANKU?

hmmm...
APAKAH AKU SAHABAT YG BAIK?
APAKAH AKU SUDAH MENGGEMBIRAKAN HATI KALIAN? (pernahkah aku meberi kalian senyum tawa?)
APAKAH KALIAN SUDAH MEMAAFKAN AKU?




apa yg sy nak minta/mohon dr kalian..
maafkan ksilapan sy,mohon kemaafan dr lubuk ht yg kecil ni.
kerana bg sy,
yg namanya SAHABAT ialah bukan yg MEMUJI-MUJI kamu,
tetapi yg mencari KESILAPAN kamu.
:)


kpd mereka2 yg sudi mencari kesilapan sy, mahu pun mnegur sy..
Allahurobbi. kalian lah yg di cari.
terima kasih kerana mengingatkan sy, terima kasih kerana sudi meluahkan rasa nasihat itu kpd sy.
:)
i do appriciate that.




dari AKU BUKAN SAHABAT YG BAIK,
aliahelmi

(post ni sebijik mcm kat my fb notes)
:)


Wednesday, August 17, 2011

JADDIDUN IMANAKUM

salam and hye evryone..



miss me?
hah! tahu dah.... kalau lah kat farmasi ada jual ubat rindu, mesti korang da beli seguni kan?
masalahnya tak da. so terpaksa lah kalian kumpul..kumpul..kumpul banyak2 rindu!
weee~
*pdn mke, kenal2 aliah lg bwt hape? kui3..



bismillahirrahmanirrahimm..

mengambil tajuk JADDIDUN IMANAKUM.

pendefinisian secara bahasa masyarakat setempat > PERUBAHAN IMAN.

perubahan yg bagaimana?
perubahan meningkatkan iman itu sendiri.
iman?
pasti semua tahu maksud iman. dari kecil kita sudah di biasakan dgn perkataan iman.bukan?

perubahan iman ini perlu untuk meraih keindahan akhirat yg abadi kelak.

namun sejauh mana kita telah menjadi mereka yg sering melakukan perubahan iman yg hebat?

apakah amalan seharian kita sudah cukup?
sy sbg seorang penulis bebas juga sdg bertatih untuk mencari cinta-Nya.

mana mungkin kita dengan yakin> iman kita sudah cukup?
untuk mendapat pengakhiran hidup yg indah, tetapi kita lnsung tidak menyediakan bekalan untuk mati, kehidupan alam barzakh. meskipun kita tahu kita akan mati, namun? apa kita sudah tingkatkan iman kita?
kalau keadaan mati kita dlm keadaan tenang dan sempat mengungkap kalimat syahadah.. syukur Alhamdulillah.. bagaimana pula dengan, mati dlm keadaan yg tragis?
di bunuh? kemalangan mengorbankan nyawa?
Allahurobbi~

"ustaz, sy dah ckup bab2 amalan wajib ni tau ustaz.. solat x pnh tinggal zakat, puasa.. smua sy buat" kata sifolan,si folan....

sy bg pihak ustaz nak mnjwb soalan yg di utarakan...
dlm ibadah, mengurai maksud iman.. tiada istilah cukup. kita sentiasa nak tambah amalan2 kita..
kerana kita dapat merasai kemanisan iman itu.
bila manis/ sedap, nak ke kita berhenti untuk terus bermujahadah? terus mengabdikan diri pada Sang Pencipta?
sudah pasti tidak.



merujuk tajuk yg sy pilih, sy mahu tekankan tentang iman.. iman yg sering di tambah2 untuk meraih cinta abadi dari-Nya.

kehidupan ini ada 4 fasa ;
1.alam roh (rahim/dlm kandungan ibu)
2.dunia fana
3.mahsyar
4.akhirat

pengakhiran kita semua di alam akhirat yg abadi.
:)

nak masuk syurga?

mengikut ulama Sufi/khalaf.
perjalanan ke syurga mengambil masa 35 ribu tahun.

bila di tiupkan angin sengkakala pertama (manusia mati)
akan hancur 1 cakrawala ni..
jin, malaikat, syaitan juga turut mati.
kecuali malaikat yg mncabut nyawa> izrail.

bila di tiupkan angin sangkakala kedua (manusia di hidupkan semula)
malaikat izrail juga di hidupkan semula.

alam akhirat, semua manusia akan berkeaadan NUDE, berbogel.
pada itu, semua itu tidak menjadi perhatian orang sekeliling.
semua sibuk memikirkan dosa masing2.tiada lagi malu, tapi dosa yg di fikirkan.

pelbagai ragam manusia/ pelbagai gaya jalan manusia di padang mahsyar nanti,
tempang,kaki ke atas kepala di bawah,berjalan, berlari, merangkak, mengengsot.
itu semua berpandukan amalan2 kita di dunia. baik ke buruk ke... terpulang kpd kita untuk tentukan.
ketika itu, Allah swt mnutup matahari, tiada bentuk cahaya yg di beri kpd umat manusia)
berjalan lah kita dalam kegelapan.

Allah kemudianya memusnahkan matahari...
setelah itu, Allah akan mencipta matahari akhirat. matahari untuk padang mahsyar.

berpeluh lah manusia dengan matahari padang mahsyar, yg membentuk lautan. dan manusia yg berjalan di padang mahsyar berenang2 untuk ke sana untuk mendapatkan syafaat dr setiap nabi2.
bagi yg beramal soleh, insyaAllah.. kesenangan menanti.
:)

bermula dengan nabi Adam.
namun kesemua 24 nabi tak dapat membantu dengan doa mereka untk memohon syafaat dari Allah.
akhirnya tiba pada nabi Muhammad, Allah perkenankn doa itu.
perjalanan kita dari 1 nabi ke 1 nabi, mnurut ulama sufi/khalaf.. mengambil masa 1 ribu tahun.
1 ribu tahun di sana bersamaan dgn 5 ribu tahun di dunia.
jadi cuba kira2..
125 ribu tahun kita untk sampai mencari nabi Muhammad saw.

sy nak berpesan pd diri sy dan teman2
"jangan sesekali memandang enteng dengan hidup di akhirat ya"




*tazkirah ni di ambil ketika tazkirah kt surau an-Najmi.

wallahulam.
biiznillah.

wsalam.

-aliahelmi-

p/s: ayt entry kali ni.. mmng skema.. hrp maklum. k,  bai.....

Friday, August 12, 2011

transformasi DIRI

salam.

hari ni, parents tak da di rumah.
sesuailah dgn status mereka 'bekas pljr civil engineering'.
mereka ke site projek di Gombak.
insyaAllah ada rezeki, site kondominium area situ mereka akan buat.
insyaAllah, mudah2kan Allah tambah rezeki kami sekeluarga.
:) amin.


dan kerana ketiadaan umi dan abi serta adik bradik yg lain,
i decide to layan u-tube.
tgok hijab/niqab tutorial..
*nasib rumah wifi. hihi..

teringat tentang transformasi..
transformasi atau bahasa mudahnya> perubahan.

Alhamdulillah.
i tgh berdikit2 untk merubah diri.
*asyik2 citer psl diri sndiri je kan?*
biolaaaa..... kang citer psl u all, u all mgamuk.. mcm increadible HULK!
:P

bila i muhasabah diri balik.. buat self check up..
i dapat rasakan, ada lah skelumit prubahan dlm diri i smenjak akhil baligh ni kan..
huhu..
alhamdulillah..

i ni manusia.. so, manusia mana pernah puas.
so, i decide nk berubah lagi...
sesuai dgn status i sbg anak 'pak ngn mak' aji...
hmm..
sesuai dgn i> anak gadis.
sesuai dgn diri> bakal2 medical practitioner.. *insyaAllah.
i tak lah baik sgt, tapi i sedang mencuba untuk merubah diri.
teringat kata2 hikmah yg i post last few days past,

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.



sebenarnya, manusia yg x bljr dr kesilapan ibarat seperti MAYAT!
hmm..
nothing changers...
hmm.. thts so awful...
life its all about changing..
but change in good way.
:)

dari akhlak yg x manis, ke yg lebih manis
dari seorg yg lupa Penciptanya kpd yg ingat Penciptanya.
dari mereka yg bongkak kpd yg rendah diri
dari mereka yg lalai kepada mereka yg fokus bribadat kpd Allah
dari anak yg biadap kpd anak yg soleh
dari yang malas kpd yg rajin.
n many more.

kita ambil kisah Wardina Safiyyah sebagai platform kita untuk kita mulakan hidup baru.



i pun begitu jugak.
tgh slow2 naik tangga untk brubah.
berubah dgn yg lebih baik.
ada kwn2  yg gelar i 'hot blogger n novelis jelita'....
Allahurobbi..
rasanya, tak layak betul i pegang status tu.
i'm just ordinary girl. nothing special.
just nuraliah.. only aliah.
:)

insyaAllah, kalau kalian trjumpa aliah yg baru nanti. tegur2lah.
i'm stiil aliahelmi, but i just make a new adjustment of myself n make a little bit transformation.
what i want, please do pray for me.
for my new life...i also pray for u.
;)


insyaAllah, ada rezeki kita jumpa lg dlm entry yg mndatang.
biiznillah~

i tinggalkan u all dgn lagu dari kumpulan di negara seberang, surga cinta by ada band.




l0ve,
aliahelmi


Thursday, August 4, 2011

jangan AKU, kau BURU.

salam.
hmm,..
trademark ni dah menjadi kegilaan kwn2..
esp engineer dari UNIMAP.. my senior! =p



back to topic.


ANDA SANGAT NORMAL, WHEN YOU START TO THINK ABOUT LOVE, MARRIAGE. SANGAT NORMAL.




pernah kena stalk?
mesti lah pernah kan? i yg x cantik ni pun ada yg stalk.korang yg hensem/jelita, confirm ada!
:)


since zmn sekolah, ada surat cinta atas meja n so what ever.
budak laki paling hensem ngorat.
tp i?
buat tak tahu. hmm.. bukan jual mahal, tp memang mahal pun harga diri ni..
nak pilih suami ingat senang?
opss... i x berminat dgn hubungan couple.. b4 ni pun, dah banyak kali ajak kawin.. tp org tu je yg x amik serius. so? bye2... i dont have time to couple, but for legal relationship> memang ada masa. NIKAH  :)


bukanlah nak kata apa,
i came from simple family jer.
eventough mampu nak mgabiskan duit cmtu jer.


cerita tentang kawin, ramai yg excited.
 alhamdulillah perkahwinan umi dan abi, angah ngan sha takda grand2 bagai.
no pelamin megah ,no flower girls, baju smpai 10 pasang. no, takda tu semua.


but i prefer amik contoh wedding my parents.
no make up, no photographer, no persalinan yg mhl2, no pelamin.


meskipun i budak aliran perubatan, i x pnh nak pkir nak minta hantaran smpai 40 ribu.
hmmm..
kalau nak jd anak dara tua, buat lah mahal2...kan? heeee~
for me, perlu ka buat mahal2 ni? i wonder...
sesi jual anak ke? sbb ank bljr tinggi, jd kena letak mhl2 lah?
hmm..
pakcik, kalau anak pakcik nak kawin dgn Putera William, ada jugak rasionalnya..
(mana boleh, tu Kate punya!)
tapi....
yg nak kawin dgn anak pakcik tu member KAMCHING sy..
kwn sy tu takut TER-terkam ank pkcik, jd dia nak halalkn phubungan dia.
so, apa kata pkcik bg green light.. kan mantap..


bab duit, pas kawin.. dia kerja> bukan stkat 40 ribu dia bg, tanah, bunglow, sport car.. name it!


perkahwinan idaman i..
simple, di hadiri teman2 rapat, keluarga kedua belah pihak.
majlis nikah di sekalikan dgn kenduri.
easy.
nak pakai jubah yg di beli murah> below rm150 @ jahit sndiri.
(kalau nak jimat lg, nanti i bljr jahit baju melayu pulak)
tudung murah je. songkok hubby mhl la sikit... sbb i x reti jahit songkok..  =p
x mahu lah sanding2 ni, MEMBAZIR.
xmaw make up artist bagai...lgpun, kecantikan i ni untuk suami.. yg nak jaja paling cantik wat ape? da kawin da pon.. hik3...
mahar? rm100. nak diskaun 50% pon bole.
mesti pandai mengaji, dan nanti akan mengajar i mengaji.
kasut? croc yg kat psr mlm je.. *kalau hubby x tinggi lah*
i ni sgt simple. tak payah risau duit banyak habis. insyaAllah, didikan yg parents i bg, i xda nak mgabiskn duit u.
majlis makan2 (kalau sama negeri, kita sekalikan majlis)...
tapi ada peraturan. tak ssh pun peraturannya.
:)
bawak parents jumpa parents i lah.. nt i bgtahu syaratnya.
kita taaruf ye.


~senang~


dengan i, anda kena paham jadual padat i. (ada rezeki, insyaAllah i akan minta job kat bhgian post mortem mayat, jabatan forensik)
tp jgn risau, insyaAllah makan minum anda ,i akan jaga.
but, pls dont expect i akan bukak tudung or dgr ckp u kalau langgar syariat.
i'm romantic person, but i dont expect romantic husband 4 me.sebab;


Finding the perfect person won’t make you fall in love. When you see an imperfect person perfectly; thats love

tapi i need caring, loving, responsible & SOLEH husband.
kalau tak berapa nak hensem, jgn risau. WANITA SEBENAR tak perlukan lelaki hensem untuk jadi TEMAN HIDUP.
kalau tak berharta >1 lautan. kesederhanaanmu melengkapkan diriku.
solat FULL, tapi rajin jemaah.
lelaki berjanggut, dan gelap sgt di cari2...
kalau xda pun, x mgapa lah.

my advice , tgok adik i dulu... sbb i ada adik yg cantik.




:)


anda akan i bg ujian.. PERATURAN 90 hr sebelum i CONFIRM setuju dgn pinangan anda.




kalau rasa diri anda mampu dan kuat> boleh lah inbox minta alamat i..


cewah~ mcm program cari suami kan?
ape2 je lah.
yg penting, niat baik ye.


kthnxsbye.wslm

love,
aliahelmi