Sunday, July 31, 2011

di-PINANG & me-MINANG.

DIPINANG ATAU MEMINANG?








"kakak, ada orang pinang kamu." said umi.


itu adalah perkataan yg bisa membuatkan makanku terhenti seketika sbb... TERCEKIK!


bia benar umi ni..ni yg rasa nak lari sampai tol simpang pulai ni.
siapa pulak yg brkenan kat ak ni. mata dia rosak level bpe?
haish~   *tak lah, gurau jer.. (dialog rekaan smua ni)












untuk semua kaum lelaki, tolong maklum 1 perkara.
wanita zmn modern zmn sekarang tak macam dulu.
kesabaran mereka tak lama.tak lebih 2,3 tahun  hanya untk prosess MENANTI kalian SEMATA-MATA.
kalian ingat kalian tu next angkasawan?


tolong sikit...hehehee...


wanita kini SANGAT GAGAH..


mereka mampu study di luar negara tanpa keluarga, mampu bekerja di sektor koprat dgn 
gaji yg besar.
mereka mampu membeli sebuah kereta tanpa minta 1 sen daripada lelaki, 
mereka mampu menjaga anak2 seorang diri (10 orang for example), 
mereka boleh membuat 3 kerja dalam masa sehari,mereka masih mampu
tersenyum melihat anak2 tidur kepenatan walaupun mereka 
baru jer balik keja out station,mereka mampu memandu sambil make up,
menari pakai hills, 2 inchi,3 inchi, wedges!! (just name it!)
mampu berleter 12 jam tanpa henti. hehehe...
kami larat je angkat barang/alih barang dekat 30kg,40kg sorang2.
kami tahan je dgr suara anak menangis tgh malam. sbb lampin basah.
kami okey jer mengandung anak hasil hubungan yg halal, pinjam perut 9 bln 10 hr.
*itupun kalau tahun tu,tambah lg thn2 akan dtg. al maklum lah, AKTIF! hihihi...
kami relax+chill je kalau PMS..sakit oke PMS ni. tp kami mampu tahan.


pendek kata, semua boleh lah! sampaikan kereta rosak pun mereka mampu settlekan...
by what? by calling the pomen lah! hihihi... jst sediakan duit jerrr =)




jadi, jangan biarkan kami menjadi wanita GAGAH BERANI DAN SEPI.....


kami memang mampu buat tu semua tanpa lelaki.tapi kami perlukan lelaki untuk
 melengkapkan hidup kami SEBENARNYA.
;)


perhubungan itu lebih AFDAL,PERFECT,MASHYUKKKKK, TERBAIK kalau 
anda pinang si gadis tu, ajak bertunang.. lagi AWSOME> KAWIN dgn si gadis tu.








hubungan atas dasar COUPLE tak pernah di hormati oleh mata2 yg memerhati.
apatah lagi mata Allah.
jeng2..
kalau nak buat maksiat boleh syg, tapi jangan sampai Allah nampak.
hehehe..
boleh?
hihi.. (kelihatan alia golek2 gelak, siapa terasa nasib lah *gatai mkn cili lg)
in conclusion, couple tu kan maksiat? selagi takda hbungan halal.
so?
tak boleh la...tunang pun bukan tiket untuk hurung anak gadis org kesana kmari.
bak kata ustaz hr tu di surau Perdana> kalau dating boleh.. tapi bawak ayah!
kalau naik kreta.ayh dok kt seat sblh pmandu. kalau naik mtor,ayh dok kt tgh2.. hihi..
=p kalau kena saman, bakal menantu lah kena bayar. LOL...* comelkan?




untuk wanita, jadi persiapkan diri jika mahu diri di pinang..


a) ilmu memasak perlu di perkasakan dari ilmu2 atas katil tu.
b) ilmu menjaga aurat perlu di dahulukan dari ilmu menjaga mata suami tgok wanita lain.
c) ilmu menghormati keluarganya perlu di perkasakan dari ilmu2 yg entah karut korang mintak 
kat bomoh siam mana tah.
d) ilmu menjaga bayi dari ilmu dok 'how to prevent from getting pregnant!'
e) then, ilmu nak menjaga adab suami isteri. wei, ingat dah kawin xda lagi adab suami isteri?
aiii... nak kono sekeh ni..  =p
mestilah ada, suami kan yg tertinggi dlm rumah tangga kita, dlm bahtera cinta perkahwinan
kita.mesti la ada adab kita dgn dia. x boleh ckp kasar2, suami bukan untuk di kasari,
tapi untuk di manja..mereka perlukan belaian, bukannya leteran 24jam!
hehehe....
;)












kalau kawan2 rapat sy mesti pnh dgr sy ckp,


"ALHAMDULILLAH, alia dah break up"
(hanya mereka yg trpilih shj dgr words2 ni)








kenapa ye???????




1.kenapa kau tak menangis pun aliah?dia x call lansung? *tu soalan dari farah nadzhirah..haha
2.alia cam relax jer, bia benar perempuan ni! ganaz gila! * tu ayat marsyada
3.aik, korang dah nak kawin kot..dah lah korang sweet! *tu ayat nadzreen
4.ko ni memilih la aliah. dia dah cukup baik tu * tu ayat hazeem shaari
5.eh, alia. betul ke? sbr ye. akak rasa baik alia study. * tu ayat kak fasihah.
6.aliah, marry me! * tu ayat Nayeeb taheri (jejaka Iran yg baik hati, my bff since i was in f3)


dan mcm2 lg... hihihihi....






terima kasih atas sokongan kalian.. terima kasih sbb sudi vote sy..
wanita paling kental atas dunia ni..tq2...i love u all.. *ayt org menang AWARD.(hehe)




kalau nak story lah kan, confirm.. smua kwn2 sy akan belasah lelaki berkenaan.
atau anda boleh direct tnya dia, ape dosa dia kat sy.
;)
b4 ni, kwn2 ada ckp> mak oiii.. x guna gila lelaki tu.. choi! kalau jumpa, aku pukul
bg pihak kau...
memang patot aliah tingglkn dia.


(ayt2 korang ni stock2 ayt mak tiri lah) hahaha....garang kau ni cha!




Allah tu masih sygkan sy, jd... sbb itulah dia tak titipkan lelaki itu untuk jadi sebahagian 
hidup sy.
lelaki tidak mampu menjawab 5 soalan, serta tak mampu mengikut peraturan 90 hari.
tapi dgn aliahelmi peraturan 6 bulan.tak menghormati standard wanita sy sbg seorang wanita.
selayaknya> sy memang patut DUMP dia. and let other girl yg tergila2kan dia, amik dia.
nobody cares!


aliah, chop2....
soalan apa??? peraturan 90 hari? standarrd wanita? 
apa ni semua?
haaaaa...
pergi baca buku ACT LIKE A LADY, THINK LIKE A MAN. by Steve Harvey.




sebab apa ya gadis2, sy mahu kalian analisa kembali diri kalian.
lelaki ini di ibaratkan sebagai pemancing, pemburu!
tetapi, sejauh mana standard anda sebagai wanita.
ikan kelisa mahupun ikan toman?


renung2kan.


kerana sy menjaga standard sy sbg wanita yg ada pendirian yg tegas, maka sy dgn 
confidentnya meninggalkan dia. *dia x layak di panggil beliau*
sy mahu di anggap seperti ikan kelisa.
dan sy ada kuasa trhadap prhubungan yg JELAS dan BERMATLAMAT.




bukan kerana sy seorang gadis yg dtg dr keluarga yg besar2..
*walaupun hakikatnya> yer>memang pun. so?


cha! gua layan ok kedai mamak, roti canai, pasembor! air kosong..
lumba lari, peluh2,masam2, main lumpur kat sawah. angkat bnda berat,cuci pinggan
time knduri kawin.
pe lagi, jalan kaki dari naik kreta...
kasut selipa je... naik mtor... sgt!
tidur pkai toto jer dr tilam VONO bagai.




tapi layan lah sy sperti seorang wanita yg ada standard wanitanya.
hormati sy sbg wanita.
kalau bnda simple anda tak mampu, jgn AKU dikau BURU.
;)


p/s: cincin pemberian si dia, telah selamat sy POS ke UIA PJ awal januaru 2011.
entah die tgok ke x. maaf lah, x maw pakai lg.
SINGLE ok. hihi..  ;)












k lah.
tajuk td nak ckp tntg di pinang dan meminang je..
ttibe mlalut..
hahaha..
semoga kalian faham kenapa sy single skrg.


sbb sy cari lelaki yg serius, yg faham dan hormat standard wanita.




ingat kata steve harvey, "sekiranya kami meletakkan tangan di mana-mana
bahagian tubuh kamu, kamulah yang menentukan sama ada mahu mengalihkan
tangan kami atau membiarkannya di situ. Itu kuasa kamu wahai wanita"






so ? dont let them touch you before married!
that's what i do. i dont let him touch me...... that's the key so you wont
feel sad or worst.
;)




hihi..
kalau dah kawin/nikah smua... boleh la syg...nak pegang mana pun boleyyy..soley2... heheee...


p/s: tak pasal2 watak dia mati dlm novel soul mate sy... hehehe.. sorry bhai! i jumpa
watak lg best dari you... i bunuh watak u dlm novel i.  =p




ni keje nayeeb. tq for the Iran ice-cream kat Seri Kembangan.  so lovely!






hve a nice day.


wasalam.


-aliahelmi-  

Thursday, July 14, 2011

terlalu menCINTA




salam.
alhamdulillah, pagi Jummat..
may Allah bless my day today.
hello mike! (untk viewer dr Aussie/australia), opss.. buat teman2 lain juga...


rasanya dah berjambang kalian tunggu sy menulis blog kan?
maaf ye, ada keperluan lain yg perlu di uruskan. nak jaga suami, anak2... (nipu!) =p
ye la, nk sediakn sarapan, baju2 sekolah ank2, pastu mak mertua ada dtg visit hr tu, layan suami, pakaikan 'tie', sikatkan rmbut dia, salam n smua lah... cewah2~.
(-nampak bena tipu, sbbnye> kan penulis novel. smua ni dlm tgn je kalau tulis- hehehe...


saje make it fun untk di baca.


ok back to topic. seramai mana mahasiswa/siswi yg mnggunakan pendekatan ini dlm jiwa kalian.
terlalu mencinta... cinta siapa?
boyfriend? girlfriend?
umi, abi?
tunang, suami?
atau Sang Pencipta.




hari ini, berapa kerat lah di antara kalian yg bangun solat Subuh 'on time'?
berapa kerat kalian hari ini, pagi-pagi lagi bagun dari tidur baca doa bangun dari tidur?
berapa kerat dari kalian yg sudi memberi kelapangan untuk 'dating' dengan-Nya dengan solat taubat, bacaan mathrurat atau baca Quran?
berapa kerat dari kamu-kamu semua yg menjaga pandangan mata hr ini?
berapa kerat dari kalian yg hari ini dah menjaga auratnya?




jum kita renung2 kan..
pagi ni, shah alam di temani hujan... hujan yg penuh rahmat.
*btw, alia trsekat kat kedai mamak.. hehe,lupa bawak payung..cmne nk g MSU. relax2, class pukul 11..
hehe..

macam biasa,i'm not going to write about cinta terhadap manusia..
but back to The Creator, The Great > Allah swt.
minggu lalu, seorang sahabat PMI> helwanis beri pinjam buku Tautan Hati karya Fatimah Syarha (ex-stud UIA)...

alhamdulillah,terima kasih kpd penulis.. meskipun hati ini terasa berat dgn ayt2 pnggunaan bahasa yg sarat.. tp sy cuma mahu mencari apa isi dlm buku karya saudari...
Cinta kepada-Nya di ketengahkan... bagus2.. mumtaz~ saudari akan saya jdkn sbg role model dlm bdng penulisan.

mnyedari, bahawa mencari cinta dari-Nya mahupun mencari Sang Pencipta itu sukar, perlukan istiqamah dalam mencari-Nya.
kadangkala, kita hanya membiarkan persoalan itu terbiar ibarat hamster di padang pasir...
kenapa hamster? hmm.. hamster kan comel, cubaa korang biarkan dia ter-hidrasi dkt gurun sahara sekor2...
tak kasihan ke?
ibarat mcm itu lah...
seharusnya kalian berusaha mendalami ilmu Islam untuk memastikan hati kalian terus utuh dengan agama Allah ini..
dugaan dari mereka yg tanpa sedar makan daging saudara sendiri ini (di akhirat kelak ) perlu di abaikan. tomahan, sindiran, kata-kata yg tottaly -ve ni.. abaikan.. lumrah manusia..


kerana mencintai-Mu lebih indah dari segala cinta di dunia ini.

wahai lelaki, andai kau benar mencintai si gadis....apakah ;


 kau tidak akan MENYENTUH si gadis sebelum menikah denganmu 
 kau tidak akan MEMANGGIL si gadis SAYANG/BABY sebelum menikah denganmu
 kau tidak akan MELIHAT AURAT si gadis sebelum menikah denganmu 
 kau takkan menyebabkan si gadis LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK 

 Jika kau mencintaiku karena Allah jangan dekati aku 

 Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menggodaku 

 Jika kau mencintaiku karena Allah jangan merayuku 

 Jika kau mencintaiku karena Allah jaga izzahmu denganku 

 Jika kau mencintaiku karena Allah jangan menyentuhku 

 Jika Mencintaiku karena Allah jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya 


p/s: alia teringat reaksi muka kwn2 yg 'heran' kenapa alia sgt galakkan perkahwinan di usia awl. even myself nak nikah awal. sebab dosa ni tak mengenal waktu dan tempat, usia dan orang. jadi, harus di tundukkan hawa nafsu dengan cara yg telah di tetapkan Islam.


wallahualam..
cintai Allah, nescahaya seluruh makhluk dunia akan menghormatimu.


wsalam.

*dah2, pergi kelas laaa....



l0ve,
aliahelmi



Monday, July 4, 2011

mengejar pelangi di tangan TUHAN

Tuhanku,

di sini, di atas hamparan pentas dunia ini...
ku memerhati,
memerhati segenap ruang pelosok yang telah Kau ciptakan.
ku menilai,
menilai  erti penciptaan yang telah kau zahirkan dalam dunia ini,
ku memohon,
memohon agar aku di beri peluang untuk mengenali-Mu melalui  hasil penciptaan-Mu yang agung ini.
ku mensyukuri,
mensyukuri dengan apa yang telah Kau titipkan buat diriku ini....


tetapi...
ku berharap Kau tetapkanlah rasa kehambaan dalam jiwaku ini.
agar aku lebih mengenal makna kehambaan dan terus sujud tanpa lelah terhadap-Mu.
sesungguhnya, aku adalah hamba yang sedang mengejar pelangi di tangan-Mu.






nukilan,
ALIAHELMI
library MSU, level 1
* handbag empunya blog + purse + netbook cari rezeki. :)
4th July 2011, 2.54pm

Monday, June 27, 2011

isu tudung dengan sampai seru.

salam n hye buddies..



today going to write about IKHLAS... bukan tentang jejaka bernama ikhlas or,takaful ikhlas. hehe...
bcakap tentang ikhlas, ada kwn2 rumah bg tengok video lawakKING yg tgh famous di kaca TV.
ada salah 1 group yg berbicara tentang isu IKHLAS dlm bersedekah.
 bagus kumpulan tu. sbb dia mndidik msyrkt tentang pentingnya ikhlas dlm mlakukan ibadat.
dia ambil contoh menderma di tabung masjid/surau.

tapi kawan2 sekalian.. i'm not going to talk about derman. but i'm going to talked about TUDUNG.
ada sahabat saya seorang lelaki,yg di FB nya sering mmbicarakan fashion aneh tdung gadis2 sekarang.
question mark!
nape eh?
hmm.. myb sebab dia jeles tak dpt pakai tdung,dia kan lelaki..


answer : naaaa.. u wrong girl!

kebanjiran fashion tdung mmng x dpt di bendung lg. me myself pun pkai tdung fesyen2.. tak caya? jom serbu bilik i, penuh pashima... *nipu2, ada 5 helai je kot*  =p

there's nothing wrong with the hijab. but wrong with the pemakai.
y?

easy. cara,kaedah pmakaian tdung yang tlh di tetapkan ,dah trtulis BAIK PUNYA dlm Quran.
so, bwt muhasabah, check up.baca detail.
*baca terjemahan,ye lah.. nk tnggu faham bhsa Arab 100%, brjanggut la I tnggu u all..  lolx....
 hah? MALAS nk baca..
amboi kau ni senah... FB kau layan smpai longgar tulang jari2 tgn,xpe ye... Quran tu x boleh pulak?
kau ni senah... ish2..

hmm.. talked about IKHLAS..
pernah dengar tak bila org berdalih tentang isu aurat.pernah? kalau tak pernah, meh i gmbar kan 1 cerita to mke u clear with the situation.

pemuda XY: beb, kalau kau pakai tdung aku rasa lagi cantik. InsyaAllah.
gadis XX : ye ke? tapi kan, aku belum sampai serulah. mana boleh paksa2 bab pakai tdung ni. nt tak dpt pahala sebab trpaksa.
pemuda XY : la boley pulak cmtu. tapi kau kan muslim. pakai tdung kan wajib bagi yang dah baligh.
gadis XX: ye laa.. mana boleh paksa..  *smbil buat muka bangga, dgn rambut karat~ (annoying gila)
pemuda XY : tapi kan, Allah swt ADIL kan... Dia tak pernah pulak BERKIRA IKHLAS ke tidak nak bagi oksigen kat kau. kalau kau ingar suruhan Dia, tiba-tiba dia sambar kau dengan petir! atau dia buatkan bil berapa peratus oksigen kau dah hirup guna hidung kau tu. alik-alik tiap bulan ada surat > BIL OKSIGEN bulan ni. or bayaran tertunggak bil oksigen. KALAU Allah swt tu berkira, aku rasa dah ramai mati, masuk surat khabar front page! subhanallah~ (muka laki tu penuh advanture, siap ada buat gaya kena smbar petir) =p
gadis XX : *muka sentap*  insaf~


btw, i tak suka diskriminasi fashion tdung. tp i mula akan diskriminasi bila tdung tu tak ikut syariat Islam.
tak labuh,jarang.
biarlah tdung tu selesa, labuh,dan x jarang. faham?

so,sekalian pembaca blog milik saya ni..
ni nasihat untuk diri sy dan juga kalian. mengapa kita PERLU berkira dengan Allah swt, sedangkan kita ni HAMBA je okey....




sama juga dgn ibadah solat, di terjemahkan dlm bentuk cerita,

u all nak g jumpa raja *zmn dulu2, zmn Hang Tuah as exmple*

u all bawak la buah2an untuk di prsembahkan pada raja.. u all beli kat Giant/tesco/kedai buah2, or tutti fruti. =p

tapi, korang ni lupa nk tgok keadaan buah tu mcm mana..korang pun bg la kar raja.
tiba-tiba pemberian korang tu di campak kt muka korang,sbb buah yg korang bagi BUSUK, plus dulang yg korang bg tu sumbing gilaaa  *(ape punya test lah u all ni)

ibarat buah tu > ibadat solat
raja tu > Allah swt.

cuba renung2 kan...bagaimana sy, dan anda melaksanakan ibadat solat. apakah dah terbaik?
hmm... smlm kakak2 usrah d TTDI ada ckp > anggap lah bila kita solat tu, itu solat yg trakhir.jadi buat lah sebaik yg mampu. dgn sifat ehsan di tanamkn dlm jiwa. yakni,seolah2 Allah sedang memerhati kita.



ok,tu je perkongsian untuk hari ni...
biiznillah.



love,
aliahelmi

Thursday, June 23, 2011

bercinta dengan jejaka bernama usrah =)

salam...
nai,nai... sawadikap.
*tolong2,alia nak try ckp siam..tp tak jadi...hua3




hye all... hye u.....(biasa la student MSU semua pandai cakap omputih) terer! yo,yo an kan.. hihi..
*kome jgn nak pikir bukan2..takdanya budak lelaki kt MSU nama usrah... tak payah nk buat g0sip baru.. pukui sat g. =p

malam semalam sempat join group kakak2 usrah di area TTDI.
waw! pengisian jiwa yang sangat mengagumkan. terima kasih kakak2 semua.
(erk,i paling muda/jambu pink)-ecewah- =p

yesterday we dicuss about syiah..fahaman syiah... u all tahu ke mende ape tu? hmmm...
camno den nak explain ni... fahaman syiah yg trkenal di negara2 timur tengah ni. yg mengagungkan saidina ali..

further anda boleh GOOGLE ye... hehe...

semalam ada sahabat yg bercerita tentang  3 panggilan dari Allah swt...
3 jer? nak tahu ape?
1.panggilan untuk menunaikan solat *wajib,xda pengecualian*
2.panggilan ke baitullah (haji) bagi yg berkemampuan dgn syarat2 yg tertentu
3.panggilan ke rahmatullah.

2 dari 3 panggilan ni kita boleh buat2 lewa,lambat2....tapi panggilan yg terakhir tu.takda rundingan2 lagi.
hmm.

.bayangkan time masuk waktu solat..berapa kerat di antara kita yg zuuup laju p amik wudhuk n terus solat? meskipun kita lewat2,dok skejap-skejap...Allah tetap ihsan dengan kita,Dia maha pengampun.
dia bagi kita peluang dan terima ibadat kita. tak pulak kes, sebab lambat solat> dengan tiba-tiba Allah bang2 kita dgn kilat..xda kan? syukur Allah tidak berbuat begitu,Dia masih sayangkan kita.namun sejauh mana kita menghargai kasih sayang Dia?
renung2kan.

panggilan untuk menunaikan haji.Allah tetap memberi kelonggaran untuk kita.Dia tidak berlaku zalim pun kepada hamba-Nya ,kalau tak buat haji,kena sambar kilat atau kena telan bumi. subhanallah... Allah itu sangat penyanyang kan? tapi sejauh mana kita menghargai sayang tu? kalau lah Allah buat macam itu pada hamba-Nya,mesti dah banyak kuar paper ramai mati...huhu...

yg terakhir.panggilan untuk menghadap-Nya. haaa..yg ni,takda siapa pun yang tahu and tak da siapa boleh minta tangguh untuk delay waktu kematian..apa korang ingat ni tiket kapai torobang untuk delay2? banyak songeh kome... hehe....
kalian orang kaya ke,miskin ke,berpelajaran atau tidak,rajin beribadah atau tidak...panggilan ke-3 ni tiada siapa yang mampu tolak.


jadi,persediaan korang apa ya untuk ke arah panggilan yang ke-3 tu?
jom muhasabah...  =)

wallahualam

*mati adalah tempat untuk kita berehat dari melakukan ibadah kepada Allah.namun,kalau tak mahu rehat itu sesuatu yang MENYEKSAKAN,pastikan kita tidak penat melakukan ibadat kepada-Nya.


barakallahuminkum semua.

love,
aliahelmi

Friday, June 17, 2011

SERIBU hari mencari cinta

salam..
sawadikap!...
my name is alia..n u? hehee...
sudah2~ ckp thai konon,ckp BM pun terkedek2..hehe...




hmm...
agaknya la kan,berapa ramai la yg klik2 kat blog ni bila baca title nye kan?
pasni,alia usha kt stats...entah2,seratus,seribu..hak3...
trima ksih kpd viewer dr luar negara..esp gang2 egypt,india,us,german,russia n also singapore plus indonesia...
hye u all.....
=)

back to topic....
its not 100 days to find love..but thousand...mybe could be million to infinity... perhaps~

pernah rasa lonely tak? or jalan2 sorang2..smbil dgr lagu berbentuk ketuhanan..x kisah la kalau u all penganut ape pun..pernah? pastu,lalu pulak kat kwsn yg sgt nature....
what do u feel at that time?? rasa mcm lain kan..meremang bulu tgn kan?
x pun,bila u all tengah kesusahan...u will start to talk alone ,seolah2 tgh brkomunikasi dgn Tuhan.. (i talk in general la).....
i pernah feel that way....hmm...serius....rasa mcm sgt dekat dengan-Nya...
bila dah dekat sekali.rasa nk dekat banyak2 kali...sebab,rasa selesa,aman,bahagia...  hmmm...

ambil contoh cerita Cat Steven...pernah dengar nama tu?? dia aties (xde agama),if x silap laaa..
dia ni musician hebat taw...zmn2 the beatles,beegees... =) 60's flash back..hehe..
kalau tak salah mndegar la dari penceritaan abi kat alia (abi=my dad)..
katanya,cat steven ni,die g cruise.....then tah camne,kapal tu sink....mok! ada jerung rrrr.. hehe...
masa tu dia berpaut pada dahan kayu untuk terus survive kt laut tu...

masa tu,dia brharap sgt..kalau ada pertolongan dari Tuhan,dia akan pcaya Tuhan and akan kaji agama yg dia nak masuk menganut agama tu...
dengan kuasa Tuhan,akhirnya cat steven di jumpai oleh anggota pnyelamat...
ni dialog dia time tu,* i take from wikipedia.

In 1976 Stevens nearly drowned off the coast of Malibu, California, USA and says he shouted: “Oh God! If you save me I will work for you.” He says that right afterward a wave appeared and carried him back to shore. This brush with death intensified his long-held quest for spiritual truth. He had looked into "BuddhismZenI ChingNumerologytarot cards and Astrology".[21] Stevens' brother David Gordon brought him a copy of the Qur'an as a birthday gift from a trip to Jerusalem.[13] Stevens took to it right away, and began his transition to Islam.
(further,baca wikipedia..type cat steven)


*orang putih ni,kalau janji...dorang 90% memang akan tunaikan janji...
disbbkn dah selamat,cat steven memulakan pencarian agamanya..and at last..he found Islam..
nama dia dah tukar dah sekang...cuba teka...nama ape?? hehe... Yusuf Islam..  =)
alhamdulillah..


dalam mencari agama tu,Yusuf mencari cintanya dahulu..cinta yg boleh buat dia lagi kuat untuk suka and sayang Islam...(cinta tentag agama,bukan cinta manusia)..ok?


tak semestinya cari cinta tu,korang usha mamat2/aweks2 kat kampus u alll...
cinta yg hari2 korang jumpa....

tiba2 ternampak anak kucing yg kelaparan..korang pun bagi la kucing tu sikit roti yg korang makan... tu pun cinta jugak..cinta manusia dengan haiwan...

hari ni,mak pesan> abg tolong mama,siram pokok.... u all pon ,anak soleh...u all pergi siram...itu cinta juga juga...cinta pada mama,cinta dengan tumbuh2 an...

hari ni,terasa nk cuci kereta.....u all pon cuci kerata,shing2...siap polish..berkilat,smpai nmpk gigi !! hehe.. cinta juga tu...cinta dengan nikmat yg Tuhan dah kurniakan...
lepas tu,duit dah cukup...rasa berkenan kat seseorang pun ada....pastu,gi lah meminang...itu cinta juga..

cinta,and nak jaga halalkn hubungan...



haaaa...kan molek tu..tak semestinya cinta mesti tentang pasangan bercinta...
dengan kawan boleh,buku,nature and all....



cuba buat list,hari ni benda apa yg dah buat kalian jatuh cinta...ingat ye,ni bukan list jatuh cinta minat2/yg lansung tak bawak faedah....cinta yg buat kalian lebih menghargai makna diri and mengsyukuri nikmat dari-Nya...

day 1,
cinta dengan buku..buku apa? ....tulis sikit...
day2,
cinta dengan prsahabatan..hr ni kawan baik ht kasi pinjam 20sen..sebab tadi masa beli burger x cukup duit.. hehee..  =p
day 3,
cinta dengan usrah....hari ni ada usrah..kuar dgn kwn2...kami muhasabah diri bsama2....saling mengingatkan tentang pljrn,agama,hidup...alhamdulillah~
day 4,
cinta dengan ibu/mama/umi/mak,
hari ni,call mak/mama/umi/ibu sampai LEBAM! saje suke2....rindu dengar suara manja mak/mama/umi/ibu...
hehe... smpai hdfon panas! hehe...bateri habis! hehe


and so onnnn...


try la...best kot.. =)


okai lah...mls tulis lg...sbb balik Ipoh ni,main thing nk spent time dgn family..


p/s: syukur,application form progrm MBBS..nk bgtahu parents ke?? hihi... bg suprise sikit...
tp nk g egypt...ape2 pon,kne istikarah lg ni....nk g egypt rasanya.. =)


take care...have a perfect weekends ya..


l0ve,
aliahelmi

Thursday, June 2, 2011

kasih abi bawa ke syurga

salam.




today tajuk yg paling di sukai oleh penulis..that's was me....tentang ayah/abi/papa/daddy...sajak untuk abi....

dari redup mata abi,
aku sangat tahu apa yang terpendem di lubuk hatinya
dari setiap urat di tangan abi
aku sangat tahu apa yang telah di usahakannya sepanjang hayat dirinya
dari setiap kedutan di dahi abi
aku sangat tahu apa yang di fikirkannya seumur hidupnya
dari setiap hela nafas abi
aku sangat tahu apa fungsi dan makna nafas itu dalam jantungnnya
dari setiap langkah abi
aku sangat tahu keperluan langkah itu untuk hari-harinya
dari setiap butir bicara abi
aku sangat tahu kepentingan dalam perbualannya
setiap apa pun tentang abi
aku sangat tahu apa yang tersirat di dalamnya,kerana aku juga sebahagian darinya.

Ya Allah,
terima kasih kerana kurniakan aku seorang abi yang bertanggungjawab dan dia merupakan 'super hero' ku kini dan selamanya.
nikmat mempunyai seorang ayah itu sangat aku syukuri.
pintaku,Kau lindungi abi dan sentiasa menjaga abi dalam rahmat-Mu.




ok fine,rasa nak ngis..*tisu!!!!!

kpd yg sudah ketiadaan ayah,sama2 kita doakan ayah kalian dalam rahmat Allah...semoga ayah bahagia di sana.. sayang ayah.  =)

to all ayah2 di luar sana..HAPPY FATHER'S DAY.
btw,everyday is father's day...

saya anak abi,
aliahelmi

Sunday, May 22, 2011

I'm going to CHANGE MY PHONE NUMBER





naaaaa...

salam..
hello peepz yg di sayangi~
i'm going to chnage my phone number la sweetie..
biasa la,tgh mgelak dr 'makhluk asing' yg mganggu~
i feymes kat marikh...so,bnyk la alien kaco2..

*in tht pic>totaly not my number,,..display jep..
hua3..mimpi!

btw,kindly please PM me through facebook..
insyaAllah,i give u detail about my new cell phone number..
k?



love,
aliahelmi

Thursday, May 19, 2011

kata SAYANG





salam...

MOKKKKK... *gemuk*
banyak gile habuk..
mak oiiii..

sat naa.nk p amik pnyapu. lalala...
lapppppp~
shing shung swing.....
kan da berkilat...guna je shampoo je nak ksi brkilat n wangi... weee  =p


back,back to topic...
kata SAYANG...
awwww...suke x?
kome jgn nk mgada...xde keje i nk citer tntg BF,GF bagai...trkeluar topic pe...
nmpk x tpk tgn or kaki den ni ha? nmpk? kasi sat g...  ;)

today,i'm going to talk...eh silap kau...i'm going to type about SAYANG to momma,papa,sibs n cikgu2...
hehe...

before terlupa n jd antara ribuan anak2 derhaka...
i want to wish all mother ,all around the world
"HAPPY MOTHER'S DAY"... i l0ve u...muah2...





talking about muah...
kalau dgn bf or gf kau..kau BERANI gila ckp 'MUAH' =kissing sound..

kalau kau SMS dgn mak/umi/ibu/mama kau...x da plk nk tulis kan..
ces besar n penting sgt ke BF ngn gf kau dr mak/umi/ibu/mama kau??
ceit....stakat bdn deme beso gedabak cm gorila tu x pyh la nk bangga sgt..
baik ko banggakn kat mak/umi/ibu/mama yg 'besar' sbb dulu mgandungkan ko ngn adik bradik ko..
;)  I LOVE MY UMMI!!!!





hmmm..
tentang ayah/abah/abi/walid/papa u all semua ni....
berapa kerat yg DARE gila ckp kt ayah/abah/abi/walid/papa "I MISS YOU".
arghhh ceit....
xde kan? kcuali i>nuraliah binti helmi..kalo x caya p slongkar fon abi...  ;)
oooowwww..kt GF/BF kau yg x bpe jauh tu nk miss2 la sgt...
pdahal 1 univrsity...ek ele,lu ckp lebih ek...kls2 pun sblh jer..
kalo ko jauh antara benua skali pun,bila bukak peta amik pmbaris..xde la jauh mne pon..bpe CM jerkkkkk...
lu kerek ek.. *pe? x  puas ht?  haha

pasni rajin2 la tulis ayt2 yg mnyenangkan or gembirakn ht kdua ibubapa kita... its not hard to tht tiny2 thing...DEM senang~
kalo malu nk express by words>tulis or send SMS la syg.. hehe..








hmm..aha!SIBLING~
i nk bgtahu u all la...
i have 6 sibs...i no-5...
waaa ckp lu..ada adik bradik rmai>bole lead to SAWAN tau...
siyes...BUT>itu kalo u all ni sengal n x nk mgalah..tp if u all ok,xde hal laaa..
zmn kecik2 we all 6 bradik..jgn citer..gadooooooo jer...
tumbuk,sepak,pukui,ngissssss,tarik rmbut,berebut,mnjerit...memang bnyk rrr..




sbb msing2 nk attention dr parents..kalo x pcya,cuba u all kawin..dpt ank bnyk2...
CONFIRM! mmng 'sawan' kjp u all nk handle smua...
ada pgalaman trtinggl kat R&R la,ada yg lemas la..ada yg trcicir kt rmh sape2..
mcm2...mujur la my parents,naik je kreta>mula kira ank2 dia ada bape..
hoho...COMEL gila....


ada tak u all ckp cmni kt sibling u all "KAU COMEL LA,SAYANG KAU" or "KAU HERO AKU" or "I LOVE U,MUAAHHHHHHH"?
ade?
cet..xde kan?
except i je yg berani buat..u knw wht,my brother xda plk ckp "kau knape aliah? x betul eh"...dorang bls blk,chill je "muahhhhh" juge..

point? kalu kau brkasih belum tentu PERMENANT...but relation between u and ur sibs totaly PERMENANT...so? x rugi pon..esk2 dia dah kawin,da x dpt manje2 dgn dia lg...sedih o0ooo0ooo....


talk about cikgu or lecturer...
hmmm...mesti yg penah kena rotan n bagai kan?
tell the truth la...dulu zmn2 kls add math,i slalu je kena rotan.
'favourite' cikgu untk di rotan..i'm telling u...
haha...
dasyat lah~
suke..


nowdays? bdk2..bila cikgu nk rotan,dia boleh mnjawab..aish,nsib baik i x maw jdik cikgu..kalo jdik..sure2 rmai bdk kne dera n belasah...bdk2 skrg degil okie...
ish2...
how many of u yg appreciate cikgu??
dosent mean u hve to give hadiah MENJELANG HARI GURU...
cikgu2 ni smua,x heran pon dgn hadiah u all tu..dorang lgik bnyl duit nk beli hadiah2 tu..
but then,the way u apprciate them.
ada masa,send sms...say "THANK YOU FOR EVERYTHING,MAY ALLAH/GOD BLESS YOU NOW AND FOREVER"




*uuu..kacaknye cikgu ni...cikgu ni hnya untk skola tadika jep..haha




its not hard thing to do..kalo sms pun,br 1 page je pon...
ade la dlm bpe sen je hbis...takkn tu pon nk brkira bhai??
kalo ko call gf/bf kau 24 jam tu...xde plk kau kisah kan?ish2...
bg karate Siam kang...hesh....
so,appriciate la cikgu2 kome yek...
jgn derhaka...
nt kena BAKO!
kita BAKO!!!
haha



*yeha~ great teacher onizuka...huwalawei....best!

tu je..mls nk ckp lebih...nk study..jp lg exm..mohon doakn kejayaan i..  ;)
bye.wslm






love,
aliahelmi

Sunday, May 1, 2011

al kisah budak sekolah ALL BOYs~


salam.
alhamdulillah...hari ni adernaline sgt banyak~ waw...i like that energy..
hehe..
demam makin okey...cuma tekak ni..masih kekal dgn suara GANAS tapi SEXY~
haha..
doktor kt klinik kesihatan Shah Alam,entah ape lah..bagi ubat yg tak effect...
MD dari mana lah ek die tu...geram betul! tak caring~ x mo jadi cm dia...haiyaaa~
syukur alhamdulillah,dapat jumpa umi dan abi,qila n along + alang..
nampaknya semua risau nak carikkan rumah sewa yg dekat dgn MSU...
aduhai~ finally x pindah pun...hehe  =P

ok,back to topic....SEKOLAH ALL BOYs?
btw,nak bgtahu..dulu abi sekolah all boys...St John Inst,KL...
wa..bila bercerita psl sekolah semua lelaki ni..berderau darah dengar..sebab teruja..*miahaha..normal untk gadis2 yyg straight...hehe..(like me)
melihat produk2 sekolah semua lelaki ni,saya yakin mereka semua COMEL n TERBAIK..
why?
sebab boleh tgok abi...for example..die sgt sweet~
setiap tahun besday,abi mesti bagi hadiah..n kalau exam atau sakit die mesti care habis~.
i LOVE my dad~
hari ni...dia bagi hadiah tudung yg cantik~
*ni kat dunkin' donut..teruja dgn tdung yang abi kasi..ada manik2..x terlalu over..simply THE BEST!

then,nak di jadikan cerita...ada la hamba Allah yg suka dkt i ni pun dr produk sekolah all boys...
hmm..teringat dulu dia kasi surat..sweet~ (walaupun handwriting sgt2 tak cantik) yeks~ boys! hahaa
dia lukis2 gmbar ,yg for me lagi bermakna dr dok belagak bawak naik kreta mahal2 pusing KL..ceit~
cute sgt~ siap ada lirik lagu nasyeed...
*ingat ustzah Baayah jer ada surat cinta? sy pun ada..
masa sekolah rendah dulu pun dpt surat cinta...dr budak St.Michael Ipoh..haha..handwriting ko jgn citer rr... burok beno..tapi main thing,dia nak ckp "saya suka n cintakan awk,aliah"..tatabahasa sgt FAILED! hehe..


 teringat..abi pun jenis tulis surat kat umi,...pernah rr selak2 dokumen lama,terjumpa! OMG...sgt sweet ok...setahu alia la..semua jejaka yg berkait dgn hidup alia>semua suka tulis surat untk express their feeling...so sweet~*abi,abg2,n si dia...

just nak bagitahu u all..siapa yg ada buah hati dtg dr sekolah all boys...sebenarnya dorang ni pemalu n sweet... dorang tak romantic tau..memang tak romantic lansung..but the way they act accidently itulah yg sweet... kalau tak percaya,pi test!!

memang dorang lack of way/skill nk communictae dgn girls >most of them..but seriously...they perfom in love pretty cool...
2 jer nak share info..

yes i do love lelaki pemalu n dtg dr sekolah semua lelaki..> YOU...*siapa yg berkenaan~ =)
insyaAllah,jika kalian *girls* di jodohkan dgn boy datang dari sekolah all boys>tak kecewa..insyaAllah..


love,
aliahelmi